Ayam Kari Kerisik - Yatie Memories & Fridge Magnet Dari Bicara Kak Noor

1:59 PTG

Salam ceria buat semua pengunjung setia Amie's Little Kitchen. Tengahari ini Amie kongsikan resepi yang sungguh lazat hingga menjilat jari! Oleh kerana ini merupakan kali pertama Amie masak gaya berkerisik, jadi Amie memang percaya rasanya sungguh lazat sebab Encik Suami kata kuahnya sedap! Terima kasih yang tidak terhingga buat Yatie Memories di atas perkongsian resepi yang enak tak terkata ini, dan tidak lupa buat penyumbang resepi terhebat, tak lain dan tak bukan sifu masak-memasak kita Che Mat Gebu - DAPUR TANPA SEMPADAN yang menggunakan daging sebagai resepi asal. Sebaik sahaja anak-anak bersama Encik Suami membuka pintu sekembalinya dari menunaikan solat Jumaat, mereka terus menyerbu ke dapur..... alhamdulillah, semuanya sudah sedia terhidang di atas meja!


Amie minta izin salin semula resepi Ayam Kari Kerisik untuk tatapan bersama ye Yatie & CMG! Mudah-mudahan amalan jariah anda berdua dapat dimanfaatkan oleh pengunjung yang datang mencari resepi di dapur yang hanya seadanya ini.


Resepi : Ayam Kari Kerisik
Sumber : Yatie Memories

BAHAN-BAHANNYA :
1 ekor ayam- dipotong 12
3 biji kentang, kupas dan belah 4 setiap biji, rendam
2 biji tomato, belah 3 setiap biji
1 keping asam gelugor
1 liter santan cair
250 ml pati santan
1 camca besar gula melaka
3 camca besar rempah kari ayam
1 camca besar kerisik
garam secukup rasa

BAHAN TUMIS :
3 biji bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
2 tangkai daun kari
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

BAHAN KISAR HALUS :
1 biji bawang besar
2 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
4 biji cili merah (nak pedas boleh tambah lagi)
1/2 inci kunyit hidup
1 1/2 inci halia

CARA MEMBUATNYA :

  1. Rempah kari dibancuh bersama2 bahan kisar halus, kacau rata.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumis hingga harum, masukkan bahan kisar halus  dan rempah kari tadi dan tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana.
  3. Masukkan daging dan gaul rata, biar daging kecut sedikit dan masukkan kentang, gaul rata. Tuang santan cair, kacau dan besarkan api hingga mendidih, perlahankan dan biar hingga kentang empuk.
  4. Masukkan asam gelugor, kerisik, gula melaka, garam secukup rasa dan kacau perlahan. Tuang pati santan, kacau lagi dan biar mendidih dengan api sederhana.
  5. Akhir sekali masukkan tomato dan masak sekejap lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api dan hidangkan.

Alhamdulillah, anak-anak pun sudang kenyang. Macam kelaparanlah pula Amie tengok mereka makan, keluar rintik-rintik peluh di hidung dan dahi, sunyi sepi  waktu menghadap hidangan... sedaplah tu maknanya ye! Encik Suami kembali ke tempat kerjanya, anak-anak dengan aktiviti masing-masing dan Amie sedang berkongsi resepi enak ini bersama anda! Dan di bawah ini, pemberian fridge magnet daripada Kak Noor! Awal pagi tadi Amie angkut dari Brunei, berenang melintas Laut Sulu sampai ke Teluk Darvel, huh! Hampir lemas di tengah lautan Kak Noor oiii....


Terima kasih Kak Noor sayang..... jom kita singgah selalu di dapur Kak Noor, sebab hidangannya lazat-lazat dan sentiasa mengancam selera! Kita jengah ke Bicara Kak Noor.

17 comments

  1. asslm kak Amie...sedapnye tgk menu tu...QH suka jugak masakan yg bkerisik ni...kuahnya jadi pekat tu yg btmbh sedap...nk cuba jugakkk...tq ye kak resepi ni...cygggg dia...

    BalasPadam
  2. Qasey Honey,
    memang sedap QH, dah lama nampak resepi ni tapi baru hari ni mencuba, memang menjadi... sangat sedap!!!

    BalasPadam
  3. assalam amie..bila amie kata hingga emnjilat jri tu..dah tentu sedap sangat tu..nanti nak cuba jugak tu..terima kasih amie

    BalasPadam
  4. Salam Kak Amie...wahhhh memang berselera saya tgk set nasi akak ni..siap ada sambal belacan tu, eh betulkan, kat sudu tu sambal belacan...

    BalasPadam
  5. akk amie..kita nk mintak sepiring tau..nk makn dgn roti kt umah tue:)

    BalasPadam
  6. Mesti menjilat jari tu kalau dah sedap sampai tak bersuara. Kena pulak resipi dari sifu...tak mampooo menidakkan kesedapannya.

    BalasPadam
  7. Acik Erna,
    entah apa kenanya sampai menjilat jari... agaknya kelaparan ke atau selama ni mummynya masak tak sedap he he hehh

    K. Nor,
    memang comel kak.

    Sue @ Nenie,
    sambal belacan tu Sue.. betul tu sambal belacan...

    BalasPadam
  8. Zila,
    boleh... kakak bagi lebih sepiring ye sebab sedap sangat!

    Zana,
    memang betullah sedap sebab kita buat pun ikut segala ajaran sifu he he ehhh

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum Amie,
    waduh2..kwetok uweeenakkk temen...kemecer aku..hah3..slang jowo dah kuar daaaaa...btw mmng sedapkan kari ayam kerisik ni..pasni leh wat lempeng plk makan dngn kuah kari tu...mmng makan tak hengattt..

    BalasPadam
  10. Salam Kak Amie..msk list dulu kari berkerisik nii..klu bt sure husben yana suka..cicah dgn roti pun sodap jgk nii ^^

    BalasPadam
  11. As'salam Amie

    maaf Amie dah petang baru ct sempat singgah, sepanjang hari duk melayan keriuhan mulut anak2 suh masak macam2, kita masak ajelah janji semua nak makankan hehehe

    ct kalau masak kari memang letak kerisik Amie, memang tak pernah tinggal. sebab kerisik ni penyedap menu masakan dan membuat aroma lauk tu sangat wangi. kalau beli kelapa tu memang beli lebih2 tuk buat kerisik aje, menu sedap, tapi ct tak akan kari pulak hehehe

    terima kasih Amie cayanggg!

    BalasPadam
  12. Yatie,
    lain kali bubuh kuah lebih tuk makan dengan lempeng pulak ye...

    Yana,
    msuk jangan tak masuk list yana... kak Amie ni asyik bertangguh nak masak, dah cuba sekali lain kali nak buat gini agi ...sodap!

    Ct,
    memang tak cukup tangan dan mulut layan karenah anak-anak masa cuti sekolah, kejap2 nak makan itu kejap2 nak makan ini, syukurlah ada mummy tukang masak tak professional di rumah ha ha hahh
    memang sedapkan kari kerisik Ct, tapi Amie baru tahu... heiii jakunis ni lain kali nak buat kari mesti bubuh kerisik macam Ct juga.

    BalasPadam
  13. Salam kak amie.. wah, jauh betul pegi angkut FM tu kan.. tp tun ternampak gambar abg william laa kt tepi tu.. hihi... akak Kate x jeles ke abg william kt dapur akak ;p

    BalasPadam
  14. Salute sgt sgn kak amie bestny kalau terror msk mcm akak. Magnet tu sgt comel!

    BalasPadam
  15. wow...food kat sini semua sedap2 dan sgt2 menyelerakan...

    BalasPadam
  16. sedapnya tgk kombinasi lauk pauk tu...selera terbuka rasa...

    Fridge magnet tu pun kiut. Saya juga antara pengumpul fridge magnet...jadi kemaruk bila dh mula mengumpul..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe