ADSENSE

Ahad, 10 Jun 2012

Asparagus Goreng Belacan

Selamat berhujung minggu buat semua pengunjung. Pagi Ahad ini kita bersantai-santai sahaja di rumah. Esok akan bermula sesi persekolahan untuk penggal kedua. Kelmarin kami sekeluarga sehari semalam berada di rumah kakak ipar. Ada kenduri kesyukuran, majlis cukur jambul meraikan kehadiran cucunya yang pertama. Dapur pun tak berasaplah jawabnya. Apa pun, Amie ingin kongsikan Asparagus Goreng Belacan yang Amie masak pada petang Jumaat lepas.


Resepi : Asparagus Goreng Belacan
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan: 
15 batang asparagus gred A - potong panjang ikut citarasa
1/2 cawan udang kering - rendam dan tumbuk kasar
1/4 sudu teh pati asam jawa
1/2  sudu pati ikan bilis
1/2 cawan air
 minyak

Bahan kisar:
10 biji cili kering
3 biji bawang putih
5 biji bawang merah
3cm belacan

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan kisar dengan api sederhana panas hingga terbit minyak.
2. Masukkan udang kering, air dan pati asam jawa. Masak lagi sehingga sambal menjadi pekat.
3. Masukkan sayur asparagus dan gaul rata.
4. Masukkan serbuk pati ikan bilis. Gaul hingga sebati sehingga sayur asparagus bertukar warna.
5. Tutup api dapur. Angkat sayur asparagus dan sedia dihidang panas.



 Rangup! Sedap ratah begitu saja.

9 ulasan:

mama aini berkata...

salam hujung minggu amie..ehem pagi2 mama dtg sini jadi lapar pulak..he2x..thanks share resepi !!!..

ummiross berkata...

Amie cayang..kecur airliur ummi tengok, terus lapor rasanya...

Delima Zamrud berkata...

ermmmm sedap nyer sesuai tuk org bujang :D

ummiaisyah berkata...

salam wiken k amie...arini las rilex..peh ni terus pecut gear 4 kiter hehe...dh lama tak mkn asparagus ni tau kak atie..lenkali kena bli la..asik2 sayur yg sama je boring gak kan.

Ilhamkreatif berkata...

Salam Amie..asparagus,masak macam ni...sedap,kalau ratah je,boleh habis sepinggan.

mama sara nur berkata...

assalam k.Amie
nampak menyelerakan
sekali je penah makan asfaragus ni masa JJCM he he

ibundo berkata...

besok dah nak sekolah dah ye amie...
wah.. sedap asparagus goreng belacan ni. kalau dapat resepi ni dek jamie oliver ..hehe..
bundo kalau pergi cameron highland mesti beli asparagus ni banyak2. kat sini agak mahal gaklah kalau banding dengan kat ch.

Sue @ Nenie berkata...

Salam Kak Amie...nampak sedap asparagus ni..

myda_ahmad berkata...

Salam Kak Amie,....
saya suka jugak sayur asparagus,terutamanya my hubby...