ADSENSE

Selasa, 19 Jun 2012

Air Rebusan Biji Teratai Dengan Barli

Sejak kebelakangan ini cuaca begitu panas membahang. Apa kata kita nikmati segelas Air Rebusan Biji Teratai Dengan Barli. Barli memang dipercayai boleh menyejukkan badan, dan begitu juga biji teratai yang telah sekian lama menjadi pilihan masyarakat Cina samada dalam hidangan sup atau minuman untuk buang panas.


Resepi : Air Rebusan Biji Teratai Dengan Barli
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 genggam beras barli
1 genggam biji teratai
beberapa ketul gula batu - ikut citarasa untuk manis tapi lebih baik kurangkan manis
500ml air

Cara:
1. Rebus beras barli bersama biji teratai sehingga kembang.
2. Masukkan ketulan gula batu.
3. Tutup api setelah gula batu larut sepenuhnya.
4. Sejukkan sebentar sebelum diminum.

10 ulasan:

leen berkata...

emmm...nampak sedap je air barli tu...leen belum pernah rasa air biji teratai nie...nanti boleh try nie...n tq kak amie krn sudi follow kita...nanti saya follow akak ye..sbb laptop nie x nampak ruangan followers...hu..hu

zila norazila berkata...

arwah ayah zila pun suka minum air rebusan barli nie..bagus jgk utk ogidap batu karang tau..:) sejukk jew kt tekak

Amie berkata...

Leen,
terima kasih Leen sudi datang, biji teratai tu rasa dia lemak (ada kandungan protein).

Zila,
memang beras barli beras berkhasiatkan Zila.

fizafantagirO berkata...

sedapnya barli :) kak sy xleh tgk biji teratai yg dalam kelopak dia tu lg .. hihihi

EmbunRosaliza berkata...

Assalam amie, sedapnya kalo dapat segelas air barli n biji teratai tu, pasti segar rasanta. biji teratai selalu jumpa kat lee chee kang je tak pernah beli lagi hehe

Nuwairani Ismail berkata...

kalau rebus barli, nani suka tambah daun pandan. nanti bau harum satu rumah dengan pandan. air pun jadi lebih sedap. tapi bagi mereka yang suka pandan jela.

Amie berkata...

Fiza,
miuman untuk sejukkan badan ni.

Rosa,
kalau masak sendiri, banyak boleh bubuh biji teratainya.

Nani,
memang sedap baunya, wangi ajekan kalau bubuh daun pandan.

armouris berkata...

terjumpa info ni, juga pasal teratai… sharing is caring :) - Teratai Menyingkirkan Panas

Nens Collection berkata...

x pernah makan biji terantai tu..org ckp sedappp..baru pestime tgk..mmg sejuk je memandang..blom minum lagik..hehe

Amie berkata...

Armoris,
terima kasih kongsi info.

nens,
memang bagus untuk sejukkan badan Nens. Rasanya lemak-lemak.