Selamat Ulang Tahun UcuBakery @ Faridah Mokhtar

10:41 PTG

Tiba-tiba teringat gurau senda kami di ruangan FB, dalam kumpulan Meriahnya Dunia Masakan tentang hari ulang tahun UcuBakery @ Faridah Mokhtar pada 25 Mei 2012, yang jatuhnya pada hari Jumaat yang mulia ini. Bila berkunjung ke rumah Ucu, rasa sebak di dada membaca entrinya yang penuh keharuan dengan linangan airmatanya kerana menyedari usianya semakin bertambah. Oh! Ucu sayang.... masing-masing akan menambah usia dik, sama ada sedar ataupun tidak! Mudah-mudahan dengan muhasabah diri di samping meraikan hari istimewa ini kita akan sama-sama semakin mendekatkan diri kepada Allah. Usia 39, bukanlah usia tua sayang.... usia itu adalah usia menuju kematangan! Jadi, senyum selalu dan ceria setiap hari he he hehh insya-Allah awet muda!


Ucu, pagi tadi Kak Amie sempat ambil gambar di atas meja, sekuntum bunga mawar merah dan sebuah jam di sampingnya. Walaupun kurang kemas dan tidak sepertinya, tapi ini ingatan ikhlas Kak Amie buat Ucu. Ibaratkanlah diri Ucu sentiasa cantik, memiliki segala keindahan hidup sebagaimana berserinya mawar merah yang dikelilingi bunga-bunga kecil berwarna kuning itu. Jam di sebelahnya itu akan sentiasa menunjukkan bahawa diri kita adalah milik waktu, adakalanya kita tidak menyedari tentang permainan masa dalam hidup kita! Warna gelap di sekeliling gambar ini pula menunjukkan kita perlu mencari cahaya sebagai panduan atau pedoman hidup dari masa ke semasa kerana adakalanya kita hampir tersasar disebabkan emosi dan masalah hidup. Dan warna ini juga membawa makna, kita hidup di dunia yang fana hanya untuk sementara, manakala kehidupan seterusnya hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui.

Ucu sayang....
Dari jauh, Kak Amie doakan semoga Ucu sentiasa gembira menjalani hidup seharian bersama Pak Usu tercinta, dan keluarga tersayang! Selamat Ulang Tahun!

7 comments

  1. salam kak amie..
    happy bthday wt ucu jgk ..semoga sentiasa dirahmati allah:)

    BalasPadam
  2. Happy Birthday buat ucu.. dan so sweet bunga dari Kak Amie buat ucu.. muahhzzzz

    BalasPadam
  3. slmt u/thn utk ucu ,x lupa utk diri sendiri juga..betul tu kak ,usia mematangkan kita....tp kalau difikir2
    takut pulak.....kulit berkedut..huhuhu...

    BalasPadam
  4. happy birthday jugak buat ucu, semoga diberkati selalu..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe