Rindu!!!!!!

12:15 PTG

Salam rindu yang teramat rindu buat semua teman blogger dan rakan pengunjung Amie's Little Kitchen yang disayangi! Oleh kerana agak lama tidak bertemu, rasanya agak kekok sedikit untuk memulakan bicara.....  namun apa yang ingin Amie sampaikan di sini sudah tentulah rasa berterima kasih yang tidak terhingga di atas doa, semangat dan kata-kata perangsang dari rakan sekalian sewaktu Amie berhadapan dengan situasi kelam kabut tempohari. Alhamdulillah Encik Suami telah beransur sembuh dan cuti sakitnya berakhir pada 12 Mac ini. Bagaimanapun setelah keluar dari hospital, kena berulang setiap hari ke hospital untuk mencuci luka pembedahannya. Amie mulakan pertemuan kali ini dengan berjalan-jalan keliling rumah setelah meninggalkannya selama tempoh sakit Encik Suami. Nampaknya pokok mata kucing yang ditanam bersebelahan dengan pokok epal bidara telah berbuah untuk pertama kali.



Oleh kerana saiznya yang agak besar, ada yang mengatakannya bukan buah mata kucing. Jadi buah apa pula ye?


Nampaknya kena tunggu sehingga buah di atas matang sedikit barulah boleh nampak jelas benarkah ia buah mata kucing! Kita pergi belakang dapur... kita tengok buah mangga udang yang bergayut-gayut sehingga mencecah tanah. Selama ketiadaan Encik Suami, memang rumput tumbuh subur dan terus bermaharajalela..... menjadi semak samun pula!


Oleh kerana pohon mangga udang yang masih kecil, tetapi buahnya besar, terpaksalah disokong dengan kayu supaya buah mangga tidak terbenam dalam tanah.


Ada beberapa biji mangga udang yang masak di pokok. Jom kita tengok di bawah, agaknya berapa berat sebiji mangga udang kami ini.


Yang di atas ini hampir mencecah 1400 gram sebiji!



Yang ini pula hampir 1600 gram!


Oleh kerana mangga ini masak di pokok, sudah tentulah isinya manis! Jom makan sama! Sebiji mangga udang boleh dimakan untuk seisi keluarga Amie yang kecil bilangannya!



Buah epal bidara sudah matang di pokok dan boleh dimakan. Rasanya manis dan rangup! Rasa seronok melihat sanak saudara datang berebut-rebut memetik buah yang lebat bergayutan di ranting!


Buah epal bidara di atas ini  terlebih masak dan ada juga yang terlebih kandungan air akibat banjir tempohari.



Insya-Allah, tidak lama lagi pohon epal bidara akan mengeluarkan bunga dan putiknya lagi.



Cuba teka..... masak atau buruk!



Amie terbau harum ros kampung setiap kali membuka pintu dapur! Memang bunga ini sengaja Encik Suami tanam di depan pintu dapur..... baunya semerbak!



Anggerik tanah telah mengeluarkan bunga tetapi kerana kedudukannya terlindung oleh pohon epal bidara. Amie potong bunganya dan letak di depan pintu dekat anjung rumah.



Tidak lupa..... buah anggur yang tinggal! Semasa ketiadaan Amie, burung-burung telah memakan buah anggur yang mulai masak. Tak apalah... sudah rezeki burung! Hmmm.... insya-Allah, esok lusa Amie buka pintu dapur... he he he   jumpa lagi! 

19 comments

  1. rindu kak amie!! lama x baca coleteh akak. hehhe.. bestnya byk pokok buah2an. nnti nak gi rumah akk la. ehehe.. moga akk dan keluarga terus dikurniakan kesihatan yg baik. amin..:)

    BalasPadam
  2. Rindu Kak amie jugak...!!!!

    Alhmdulillah...suami akak dah semakin pulih....

    Besarnya buah mngga tu....Aduhhhh tgk buah mngga yg masak tu ..mmng terliur...dah dapat byangkan kemanisan buah tersebut...

    BalasPadam
  3. cheq nk buah pelam tu
    uwaaaaa meleleh ayaq lioq ni
    qindu akakkkkk

    BalasPadam
  4. Pertama sekali syukur pada Allahswt suami Amie dah beransur sihat.. Ani doakan Amie sekeluarga di dlm lindungan Allah sentiasa.. keduanya nak mangga tu kirim ke seremban sebiji bole? hehe :D

    BalasPadam
  5. Salam kak amie!!!! laaaaaaa akak pun senyap jugak rupanyer! ingatkan kita ajerr sorang yg tenggelam hihihi.... BESTTTTTTTnyerrr umah akak! mcm2 buah ada! tp kan yg paling geram pelam dgn epal yg bergayut gayut tuuuu..eeeeeeeee... kalau ada depan mata kita ni abis kita petik ehehe...

    BalasPadam
  6. Salam Amie..

    Kami pun rindukan Amie... seronok baca celoteh Amie yg sentiasa punya cerita & info yg menarik...

    Seronoknyer tgk pokok buah2an tu semua..... kalaulah ada rezeki sy ke Sabah...teringin nak singgah ke rumah Amie nak petik buah2 yg ada keliling rumah Amie... hehe... buat muka tak malu aje... seronok tgk buah yg bergayut2 tu... terliur tgk buah mangga udang tu... teruja tgk buah epal bidara.. mcmanalah rasanya ye? buah mata kucing tu gamaknya spesis longan kot sbb tu buahnya besar sikit.. kalau mata kucing ia sedikit kecil & isinya nipis...

    BalasPadam
  7. ya Allahhh.. macaam2 buah ada. geramnyaaaaaa.. seronoknya nengok hasil bumi kan. kepuasan pulak nengok sanak saudara makan. alhamdulillah..s emuanya kurniaan Allah maha besar..

    semoga akak terus tabah dan miss u too

    BalasPadam
  8. aslmkum amie.. syukur en hb dah semakin sembuh.. seronoknya bila keliling rumah dipenuhi dgn pokok buah2an yg subur berbuah.. paling best buah mangga tu.. i like it..

    BalasPadam
  9. salam kak..
    Alhamdulillah.. dah beransur baik yeh..


    bestnyer.. semua bergayut dipokok.. mcm2 ada..

    BalasPadam
  10. Salam rindu juga buat Kak Amie..
    Alhamdulillah suami akak semakin sembuh semoga lepas nni kembali seperti biasa..

    Wahhhh Kak Amieee..bestnya ada mini kebun kat belakang rumah...Rezeki alam....

    BalasPadam
  11. salam amie..maaf tak tau pun suami amie sakit..semoga dia akan sembuh segera..wah! seronoknya dapat nmakan mangga fresh tu.

    BalasPadam
  12. Ixora,
    2 3 kucing berlari,
    mana nak sama kucing seorang.... he he hehh

    Asmara,
    kak pun sangat rindu kat As.... memang seronok kalau hasil tanaman menjadi,
    insya-Allah mudah-mudahan diberi kesihatan yang baik.

    MP,
    sama-samalah kita rindu ye MP....
    insya-Allah akan terus pulih,
    mangga tu hasil tanaman Encik Suami... agaknya tangannya sejuk kot... he he hehh

    BalasPadam
  13. Lady Ayu...
    pelam masak di pokok memang sedap Ayu! mehlah makan sama.... kak Amie pun windu sama kat Ayu!

    Choco Ani,
    alhamdulillah syukur kepada-Nya yang memberi kesihatan...
    boleh...boleh pos ke Seremban...sebiji aje ye... cukup ke he he hehhh

    Ika,
    he he he... bila dah tenggelam, susah sikit nak timbul balik ni,
    memang seronok petik buah-buah tu Ika... kalau nak petik jangan lupa bawa bakul besar ye he he hehh

    BalasPadam
  14. Madiha yang Amie rindui...
    rasa buah epal bidara tu... manis dan rangup! Memang seronok tengok sanak saudara datang petik dan makan sebab baru pertama kali datang beramai-ramai ziarah Encik Suami tempohari...
    Buah mangga udang tu sebenarnya baru belajar berbuah tapi tak sangka pula boleh jadi besar dan masak manis isinya pula,
    oh buah longan ye... agaknya kot sebab saiznya memang besar!

    Izah,
    miss you too.... kalau makan sendiri tentulah tak habis, jadi bila datang saudara mara memang rasa seronok sebab melihat mereka seronok berebut buah epal!

    Dzana,
    waalaikumussalam... alhamdulillah,
    tanah sekangkang kera aje tapi tangan gatal nak tanam macam2 pokok he he hehh alhamdulillah, ada hasilnya...

    BalasPadam
  15. Ena,
    alhamdulillah...bertambah baik,
    jom datang sini panjat pokok petik buah gayut2 tu he he hehhh

    Sue,
    syukur keadaannya semakin pulih,
    memang seronok kalau tanaman menjadi & membuahkan hasil... tapi tanah yang ada pun seco'et je.... tak dapat nak tanam macam-macam yang diingini he he hehh

    Whitecappucino,
    alhamdulillah semakin sihat,
    mangga fresh memang sedaplah WC.... jom makan!

    BalasPadam
  16. salam rindu kak Amie! saya pun lama juga sepi tak bw memang tertinggal ketapi dah ni. harap akak sekeluarga sihat-sihat yer. bestnyer umah akak mcmx2 ada tu.

    BalasPadam
  17. Alhamdulillah,suami kak amie dah beransur pulih ye..
    rindu jugak dengan kak amie, saya pun skrg i jrg BW jugak..hehe
    betsnya tengok buah2 tu semua..ni yg terasa n ak pi rumah kak amie jugak ni..:)

    BalasPadam
  18. Nieza,
    selamat bertemu kembali Niea.... kak Amie pun rindu sama, tak apalah... bila ada kesempatan kita boleh bw,
    memang best kalau pokok yang ditanam mengeluarkan hasil.

    Kamalia,
    Kak Amie lagilah sangat2 rindu! Jom datang rumah kakak... mangga udang pun masih banyak bergayut di pokok!

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe