Nasi Goreng Boeing 737 MH2605

10:07 PG

Salam pagi Ahad dan selamat berhujung minggu. Anda sedang bersantai-santai? Rasanya walaupun namanya hujung minggu, hari untuk beristirehat tetapi biasanya hari begini merupakan hari yang paling sibuk dengan pelbagai perkara dan urusan rumah tangga yang ingin dibereskan. Apa pun, jangan lupa alas perut sebelum memulakan operasi pembersihan segala ceruk dapur, setiap penjuru ruang tamu, bilik air, bilik tidur, perpustakaan kecil,  tempat letak kereta, taman, kolam ikan, longkang dan sebagainya. Pagi ini Amie hidangkan nasi goreng untuk sekeluarga. Idea menyediakan nasi goreng ini bermula apabila mendengar rungutan anak-anak sewaktu menaiki pesawat dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur tempohari. Hidangan yang mereka pilih ialah Nasi Goreng dengan Ayam Masak Halia. Memanglah kuantitinya sedikit, sekadar alas perut, tapi faham-faham sahajalah mulut anak-anak. Sedap tapi sikitlah, bolehkah saya minta lagi? Adeehhh.... itu bisikan anak bongsu kami waktu itu. Maka, ibu yang pengasih dan penyayang ini pun berjanji dalam hati, akan masakkan menu yang sama apabila sampai ke kampung. Malangnya, sampai di kampung, tak sempat pula untuk menyiapkan menu yang serupa. Alhamdulillah, setelah sihat walafiat, pagi ini Amie hidangkan sarapan pagi idaman anak-anak.



Menunya sebenarnya ringkas sahaja walaupun waktu itu Amie pilih hidangan roti jala dengan kari ayam, tapi sempat jeling-jeling hidangan si bongsu yang duduk di sebelah kanan dan Encik Suami di sebelah kiri. Nasi gorengnya hanya dicampur dengan jagung, beberapa ketul ayam masak halia  tanpa tulang dan yang menariknya disertakan sayur kacang buncis dan hirisan lobak celur. Malam tadi sempat selak-selak resepi dan terjumpalah resepi Ayam Masak Halia dalam Majalah RASA keluaran Februari 2011. Jom kita lihat resepinya di bawah.

Resepi: Ayam Masak Halia
Sumber: Majalah RASA Februari 2011

Bahan-bahan:
500 gram ayam - dipotong kecil - Amie asingkan tulang
3 batang daun bawang - hiris -  Amie lupa bubuh
3 ulas bawang putih - hiris
3 inci halia tua - hiris
2 sudu makan kicap manis - Amie tambah sedikit sos tiram
250ml air
garam secukup rasa 
minyak

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih bersama halia sehingga kekuningan.
2. Masukkan ayam, kicap manis / sos tiram,  air dan garam.
3. Kacau rata dan didihkan sehingga kuahnya menjadi kering.
4. Masukkan daun bawang dan sebatikan.
5. Sedia untuk dihidang.

Tulang ayam yang Amie asingkan tadi Amie jadikan sup. Amie tambah sedikit lobak merah, kentang dan juga white fungus. Kalau rakan-rakan ingin tahu, di Sabah biasanya setiap hidangan akan disertai dengan sup. Tidak kiralah kita makan nasi campur, nasi goreng, nasi kuning atau mee goreng. Itulah salah satu keistimewaannya di sini! Mesti disediakan sup! Bukan sup seperti yang Amie hidangkan di bawah ini, tetapi sup kosong (tulang, ayam, ikan dsb) yang ditaburi dengan daun sup dan bawang goreng.



Sup di atas ini merupakan sup kegemaran anak-anak.



Inilah rupa Nasi Goreng Boeing 737 MH2605 versi Amie yang merupakan kombinasi Nasi Goreng Dengan Ayam Masak Halia. Apa tunggu lagi.... jomlah makan sama. Kenyangnya sampai ke tengahari.....

14 comments

  1. hi kak...dahsyat nama menu pagi ni..hehehe

    terliur sudah..sedapnya

    BalasPadam
  2. Et,
    lepas makan terus terbang...brrrrrr

    Puan Ros,
    habis dah.... lewat sampainya he he heh

    BalasPadam
  3. Salam kak amie! Ehehe.... Tgk sayur2 dia mmg sebijik mcm dlm flight nya meal hihihi.... Kaler ayam dia pun serupa :D nasinya pun sama ehehe... Kena beli bekas nasi mcm kat dlm kapal terbang jugak hihihi...

    BalasPadam
  4. okeh jugak ea..colr sayur kacang n carrot tu kombinasi yg menarik..tambah selera nk makan :)

    BalasPadam
  5. fuhhh naik flight pg ni yer..lepas mkn set nasi tu,terus terbang atas katil...ekekekeeke

    BalasPadam
  6. Ika,
    hidangan dalam kapal terbang memang sedap tapi seco'et je... he he heh memang tak puas makan.

    Tihara,
    standard MAS gitulah... mesti ada sayur celurnya, tapi memang menariklah, kalau dah sedikit lobak pun rasa sedap ...:)

    Liza,
    ha ha ha... best betul bunyinya tu ye...

    BalasPadam
  7. Amie..memang betul anie..hari minggu hari paling sibuk dirumah..
    acik dah siap kemas bilik bujang..mk ai..naik semput acik..tu le rupenya kalau harapkan masing2 kemas sendiri..mak jugaaaaakkk..yang kena betulkan..

    BalasPadam
  8. mati2 sy ingt resepi ni ambik dari atas kapal terbang.heheheh

    BalasPadam
  9. akak cakap pasal sup kat sabah tu teringat pulak pertama kali datang ke sabah..makan kat CP sana diorang kasi sup..padahal tak mintak pun..tak usik sikit pun sebab tak nak bayar..hahaha..lawak tul bila teringat..sekarang ni dah kawin pulak dengan orang sabah, lagi banyak makanan sabah yang kena saya teroka..

    BalasPadam
  10. mcm ni nasi lam kapei terobang? ater..sy ni penah naik kapei...nnti la nk cuba..kot dapat aura terbang!

    BalasPadam
  11. Acik Erna,
    cerita pasal rumah ni memang tak pernah selesai ye Acik... ada aje yang nak dibuatnya.

    Pen Biru,
    he he hehh memang ambil idea menu dari kapal terbang, resepinya ikut pandangan mata kita.

    Pipoq,
    itulah kelainannya... di mana-mana kedai, kantin, memang ada disediakan sup!

    Ummiaisyah,
    he he he ala-ala hidangan dalam kapal terbang le tu...

    BalasPadam
  12. nani macam tak berapa sangat kalo nasi goreng dalam MAS ni...tapi kalo nasi lemak dalam AIR ASIA tu memang feveret...mcm kak amie cakap la...kuantitinye sikit aje...nak makan pon x puas...adoi

    BalasPadam
  13. Memang kadang2 makanan dalam flight sedap jugak.Nampak gayanya ummi pun akan missed makanan dalam flight ni, dah tak berulang alik jarak jauh lagi..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe