Kerabu Mangga

8:54 PTG

Assalamualaikum. Kami sudah selamat sampai ke kampung bonda. Di luar hujan sedang turun. Apa pun perut sudah kenyang. Hidangan malam kami berupa Ikan Pari Masak Pecak, Tumis Pucuk Paku Merah dan juga Kerabu Mangga. Di bawah ini Amie tayangkan Kerabu Mangga yang memang istimewa sebab mangga yang digunakan ialah mangga udang yang kami bawa khas dari Lahad Datu. Mahal harga mangga udang ini tau, sebab kena bawa naik kapal terbang. Kerabu Mangga ini adalah hasil air tangan kakak Amie iaitu Kak Rosilah.


Resepi: Kerabu Mangga
Sumber: Rosilah Simon

Bahan-bahan:
1 biji mangga udang seberat 1200 gram - kupas dan cincang / sagat
3 biji bawang besar - mayang halus
1 mangkuk ikan bilis - goreng dan tumbuk kasar
1 mangkuk kerisik
20 biji cili padi - hiris
garam dan gula secukup rasa
2 biji limau nipis - perah jusnya

Cara:
1. Gaul semua bahan di atas hingga sebati.
2. Tuangkan jus limau nipis. Gaul rata.
3. Siap untuk dihidangkan.

Oleh kerana ada di antara ahli keluarga yang sedang dalam pantang, jadi Kak Rosilah tidak gunakan belacan ataupun udang kering serta kacang tanah tumbuk sebaliknya hanya menggunakan ikan bilis dan kerisik. Bagaimanapun, Kerabu Mangga habis licin!!!!!!


26 comments

  1. Salam kak amie! dtg malam2 ni nmpk kerabu mangga tu, gullp** terliur betulll kita, kalau masam2 pedas tu lah yg kita suke :D sedapnyer!

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Amie...

    Sedapnya Kerabu Mangga...Terliur Kak Lin Bila Menatap Gambar Ni....

    BalasPadam
  3. Seronoknya Amie,dah sampai ke kampung halaman. Mesti berselera kan makan bersama ahli keluarga,ada pulak kerabu mangga, pergh!!!

    BalasPadam
  4. air liur mengalir laju nih
    memamg sedap...suka ratah mcm tu je

    BalasPadam
  5. Kak Amie...sedapnya kalau ada ikan bakar ni...emmm meleleh sudah air liur..abis tisu ni kak.

    BalasPadam
  6. Salam Amie,

    Ya Allahhhh Amie....kegemaran Kak Ros nih.....

    BalasPadam
  7. mangga sini mahal, mangga muda x jumpa lg. kalau beli mmg terus makan je. hehe..

    BalasPadam
  8. kak amie..kalau sy..kerabu mangga ni sy tak makan dengan nasi..sy makan cm tu jer

    BalasPadam
  9. fav ayu ni akak
    dah lama benor x makan
    susah nak jmpa mangga muda kat sini

    BalasPadam
  10. Salam Kak Amie..sedapnya kerabu mangga..lama tak buat..tak tau lah kenapa, lateky ni lidah ni macam tak tahan plak nak makan yang masam2....Kalau dulu, mangga muda tu berbiji-biji boleh habiskan makan cicah kicap

    BalasPadam
  11. dah berpuluh tahun makan pucuk paku merah...masak bening dibubuh lada hitam pun sedap....pastu ada sambal belacan berasap telinga...

    BalasPadam
  12. tersilap ayat lah pulak...dah lama tak makan pucuk paku merah...hihihi...

    BalasPadam
  13. tersilap ayat lah pulak...dah lama tak makan pucuk paku merah...hihihi...

    BalasPadam
  14. salam kak amie..sedapnya kerabu mangga..akak balik bercuti ke ni?

    BalasPadam
  15. seronok betul kalau dpt mkn kerabu mangga nie.....lebih2 lg kalau org tgh berdiet....

    BalasPadam
  16. dah lama lia x makan kerabu mangga..kat belakang umah ni b'gayut2 buah mangga tp sygnya org punya...klu nak buat kene lah beli kat pasar... :)

    BalasPadam
  17. Ika,
    di Bangkok lagi banyaklah resepi kerabu mangga yang sedap2 ye Ika...

    LinRosly,
    Waalaikumussalam...kerabu mangga orang kampung ni Lin.

    Ummi,
    Dah sampai kampung... memang seronok sangat, makan pun rebut2 sebab ramai sanak saudara datang... yang rebut2 tu yang sedap, best!

    BalasPadam
  18. Ain,
    memang sedap Ain, sebab hasil air tangan orang he he hehh

    Kasih,
    memang sedap ratah gitu aje, lagipun banyak... tapi sekejap je habis.

    Rahel,
    betul tu...kawannya tentulah ikan bakar ye.

    BalasPadam
  19. Ros,
    memang kerabu mangga kegemaran rfamai ye Ros.

    Asmara,
    takpe, boleh makan puas2 kalau balik sini nanti.

    Pen Biru,
    memang sedap makan ratah aje gitu.

    BalasPadam
  20. Lady Ayu,
    jarang orang tolak kerabu mangga ye Ayu, lagilah kalau guna mangga yang tak berapa masam macam mangga udang.

    Sue,
    Aie pun tak boleh makan yang terlalu masam, rasa linuuuu gigi, tapi ini mangga udang yang tak berapa masam, kira bolehlah melepasi tekak.

    Ucu,
    paku merah alias paku udang ni ada di kampung aje ye ucu, memang pernah merasa sayur bening pucuk paku merah, goreng ikan kering dalam sambal belacan!

    BalasPadam
  21. Kamalia,
    sedang bercuti ni... bersama keluarga dan sanak saudara di kampung!

    Myda,
    kalau nak diet kenalah rajin buat kerabu begini ye Myda.

    Mamamya,
    yang eloknya, kerabu mangga ni gunakan mangga yang fresh dari pokok, barulah terasa kerangupannyakan Mamamya.

    BalasPadam
  22. sedapnya..ni salah satu menu kegemaran qema & suami ni makan confirm bertambah nasi:)

    BalasPadam
  23. my fav kerabu ni kak...sedapnya! rasa nk cari nasi jer tgk kerabu ni..hehe

    BalasPadam
  24. semua ni kegemaran hanis kak amie... yum yum...

    BalasPadam
  25. Qema,
    kena buat lebih ni Qema, biar lebih kerabu mangga jangan lebih nasi...he he he hanyut diet!

    Nieza,
    sedapkan kerabu begini Nieza, jarang orang tolak...

    Hanis,
    jom makan sama Hanis, kalau habis boleh buat lagi....:)

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe