Ikan Patin Goreng Berempah

9:22 PTG

Biasanya kalau ikan patin orang suka masak lemak cili padi dengan tempoyak atau masak asam pedas. Jarang pula terdengar ikan patin goreng. Selama ini Amie pun tidak pernah buat tapi hari ini Amie goreng ikan patin. Dua hari lepas Encik Suami bawa pulang ikan patin yang siap dipotong dan dibersihkan. Siapa lagi kalau bukan kakak ipar kesayangan kami yang beri. Amie teringat seorang rakan baik Amie yang sekarang mengusahakan restoran masakan kampung di Pelabuhan Kelang. Tahun lepas, kami sempat berbual-bual tentang pelbagai resepi dan bila Amie sebut tentang ikan patin, dia mencadangkan Amie goreng dengan memerap terlebih dahulu dengan beberapa jenis bahan. Amie sebenarnya sudah terlupa bahan yang disebutkannya kecuali halia dengan serai. Petang tadi Amie cuba idea untuk menggoreng ikan patin mengikut resepi tersendiri dan ternyata hasilnya disukai oleh Encik Suami dan anak-anak. Buat rakan baik Amie, Raja Halizah Raja Ali, terima kasih memberi cadangan untuk goreng ikan patin walaupun Amie sudah terlupa apa bahan yang sepatutnya digunakan sebagai pemerap. Semoga perniagaan restorannya bertambah maju dan bolehlah kongsi resepinya yang lain pula.



Resepi: Ikan Patin Goreng Berempah
Sumber: Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 ekor ikan patin - bersihkan, belah 2 dan potong ikut citarasa
1 sudu teh pati asam jawa
1 sudu teh serbuk kunyit
garam & perasa pilihan
minyak

Bahan kisar untuk memerap:
2 biji cili merah
5 batang serai
3cm halia
3 biji bawang putih
1 labu bawang besar
1 sudu teh lada hitam
1 sudu bteh ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih

Cara:
1. Perap ikan patin bersama bahan pemerap, pati asam jawa, garam dan kunyit selama 15 minit.
2. Panaskan minyak dan goreng hingga masak.
3. Angkat dan toskan minyaknya.
4. Sedia untuk dihidangkan.



Amacam? Ada berani? Boleh cuba..... jangan takut!


19 comments

  1. hmmm...dulu mak pernah buat patin masak tempoyak...tapi kirog tak berapa gemar pulak...pastu mak try goreng letak garam kunyit je, itu pon tak berapa nak makan juga sebab patin ni kan isinya banyak lemak...tak biasa lagi nak makan ikan jenis macam ni..tapi tak tahulah kalo tetibe ade org hidang ikan ni skrg..tengok kak amie buat bahan perap tu macam nak perap ayam rempah dah...mesti wangi2 gitu..

    BalasPadam
  2. tak pernah lagi makan ikan patin goreng...biasanya makan masak tempoyak jer....
    Tapi tengok yg kak amie buat tu, terliur jugak.....

    BalasPadam
  3. mula2 nak goreng terfikir pulak kalau2 meletup lemak-lemaknya, rupanya tidak pula.... rempah-rempahannya tu pun sedap dimakan dengan nasi...

    BalasPadam
  4. Nani & MP,
    boleh cuba...sebab rempah2 tu hilangkan bau hanyir ikan patin.

    BalasPadam
  5. Amie..betul tu..acik cuma taunya masak tempoyak je ikan patin ni

    BalasPadam
  6. biasanya buat masak tempoyak je amie...nampak sedappp

    BalasPadam
  7. Salam kak amie, kita ikan patin tak pernah makan, ikan mahal ni kan kak? jakun betul kita nii, ikan mahal pun tak leh makan :D kategori sungai ni nk ada keberanian sikit nak makannya, kdg tu teringin nk makan tp pernah makan sekali ikan sungai rasa lumpur, sejak tu terus tk nak makan ikan sungai hihihi...

    BalasPadam
  8. Kak Amie, nampak sedap ikan patin goreng nya, apalagi berempah pasti rasanya makin enak yah di tambah dengan sambal dan lalapan nya, lain kali kalo buat lagi ajak melly makan sekali yah.. hehe

    BalasPadam
  9. saya tak mkn ikan ni kak...huhu...sian saya kan...

    BalasPadam
  10. sedapnyaaaa... kalau dpt makan panas2 dgn nasi panas pulak tu... pergh!! mertua lalu compom tak nmpak!! ngeh3x

    BalasPadam
  11. x masak lunch lagik ni kak...
    sua plate nak mintak ikan sket
    sedapnyer dah lama x buat goreng2 berempah gini

    BalasPadam
  12. hamboi..mencabar ada berani pulak...
    nehhh..anak banjar datang nk makan bersila..ada lagi ke ikan tu...

    BalasPadam
  13. saya belum pernah masak lagi camni kak amie tapi baru2 ni ada buat patin masak merah, memang tak kurang la sedapnya

    BalasPadam
  14. mama tak makn ikan ..hu2x..bolih ganti ngan ayam tak?..

    BalasPadam
  15. ikan patin masak merah??huh..lagi dahsyat tuh...

    BalasPadam
  16. ikan patin masak merah??huh..lagi dahsyat tuh...

    BalasPadam
  17. ikan patin masak merah??huh..lagi dahsyat tuh...

    BalasPadam
  18. ijayuji.,ikan ni murah je kak.,hrga lebih kurang jeli.,kdg lebih murah.,bwah rm5 sekilo klau kat psar2 n psaraya.,
    family kami selalu masak tempoyak.,masak asam pedas,masak goreng berlado ngn goreng biasa je.,mmg sedap.,hubb klau goreng ikan ni bertmbah2 nasi dia.,huhu

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe