Ikan Pari Lemak Cili Padi Dengan Kencur

2:46 PTG

Salam petang Ahad. Alhamdulillah, keinginan untuk makan ikan pari masak dengan kencur sudah tertunai. Sebenarnya Amie teringin makan pari masak pecak, iaitu sejenis masakan tradisi Jawa yang menggunakan ikan pari panggang, tuang dengan kuah santan bercampur isi kencur, dan cili padi hijau. Memandangkan tidak sempat untuk panggang ikan pari, Amie pun ubahsuai resepi kepada yang lebih mudah. Insya-Allah, jika diizinkan Allah kami balik ke Selangor pada hari Selasa, memang Amie mahu makan puas-puas masakan tradisi ini. Bonda memang pandai mengolahnya. Pagi tadi Encik Suami sempat membeli beberapa kilogram ikan pari yang segar dan sekarang sedang disejukbekukan untuk dibawa pulang sebagai salah satu daripada pelbagai ole-ole. Bukan apa, limit berat barang 100kg, tapi disebabkan kurang pasti dapat balik atau tidak, kerana esok Encik Suami ada temujanji dengan pihak hospital, jadi bonda berpesan tak perlulah bawa macam-macam. Yang penting selamat sampai dan selamat kembali.


Resepi: Ikan Pari Lemak Cili Padi Dengan Kencur
Sumber: Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
600 gram ikan pari - potong ikut suka
2 cawan santan sederhana pekat
5 helai daun kencur - mayang halus
sedikit serbuk kunyit
sedikit bancuhan air asam jawa
garam dan gula secukup rasa 
minyak

Bahan tumbuk kasar:
20 biji cili padi hijau
5 biji bawang merah
5 ketul isi kencur

Cara:
1.  Panaskan sedikit minyak dah tumis bahan tumbuk kasar sehingga wangi.
2. Masukkan ikan pari dan gaul sehingga layu.
3. Masukkan air asam jawa dan serbuk kunyit.
4. Masukkan santan dan kacau selalu supaya tidak pecah.
5. Apabila santan mula mendidih masukkan garam dan gula serta hirisan daun kencur.
6. Biarkan di atas dapur  dengan api perlahan sehingga ikan masak.
7. Angkat dan hidangkan.
 


20 comments

  1. salam amie.dah lama akak tak bertandang ke sini..bnyk menu yg best2 akak ketinggalan..cempedak goreng kat bawah tu pun nampak terliur sgt2..hehe

    BalasPadam
  2. daun kencur tu apa ya kak? kalau daun cekur tu tau le saya

    BalasPadam
  3. Salam..

    Saya pun nak tahu juga kencur tu apa ye ? Memang terliur sangat2 tengok masakan Amie ni...terus je rasa nak makan nasi walau baru balik makan kenduri ni..heheh..

    SLMT BERCUTI & BALIK KG BUAT AMIE SEKELUARGA!

    BalasPadam
  4. alahai kak amie....mmng tergoda tengok.......

    BalasPadam
  5. Salam Kak Anim,
    Amie pun baru keluar ni kak setelah lama duduk terperam he he hehh

    Pen Biru,
    Samalah tu bendanya, kencur tu bahasa Jawa, cekur pula bahasa Melayu.

    Mamanajmi,
    Kencur tu sejenis tanaman herba, biasanya dicampur sebagai ramuan ubat-ubatan tradisional, terutama untuk wanita lepas bersalin, terkenal dalam masyarakat Jawa, tapi agaknya orang Jawa sekarang ni pun dah tak kenal lagi kecur@cekur tu he heehh

    MP,
    jemput makan MP...

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. sedap la ikan pari tu kak..tp kt sini mahai ar ikan tu....

    BalasPadam
  8. Salam kak amie! salam minggu ;-) kita lama ni kak tak makan ikan pari, kat sini tak pernah jumpa lagi kat pasar2 yg selalu kita pergi, terkecur betul tgk ikan pari akak masak niii, sedapnyerrrrrrrr!

    BalasPadam
  9. Yumida,
    tu pasal kakak bawa ole-ole untuk bonda sebab tau harga ikan pari kat sana...

    Ika,
    tak jumpa ikan pari ye di sana, tak pe.... nanti boleh makan kalau balik kg.

    BalasPadam
  10. Amie..kalau datang sini, terus je lapor, kalau macam ni lauknya, tak cukup sepinggan nasi..

    BalasPadam
  11. kak, menu feveret saya masak lemak ni, takpe makan lemak2 ni tapi sekali sekali je hehehhe

    BalasPadam
  12. Salam Kak Amie...lamanya cuti2..sedap nampaknya hidangan ni..nak join makan2 la.

    BalasPadam
  13. AMIE
    Kabare? Dah dapatkah menikmati pecak olahan emak? Semoga hajat terkabul. Ayah suka sangat masakan yang berkencur, termasuk kuah pecal.

    Memang bakal habiskan cuti di Selangor? Ketemu lagi.

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum dan salam rindu Amie,
    Bestnya ikan pari tu, tp satu bahan tak pernah dengar la Amie, kencur, ni first time dengar, camanala rupanya ya.
    Selamat bercuti ya Amie...

    BalasPadam
  15. Ummi,
    tak cukup sepinggan boleh tambah lagi Ummi....

    Aju,
    iya...makan sekali sekala saja, bolehkah...

    Salam Rahel,
    jom makan sama...

    BalasPadam
  16. Ayah Temuk,
    Kabare waras... belum lagi sampai kampung, esok baru nak terbang.
    Tak sabar nak makan hasil air tangan bonda yang dirindui siang dan malam!
    Memang hanya bercuti di Selangor sahaja, masa pun amat singkat.

    Wattie,
    Waalaikumussalam....Amie pun rindu kat Wattie juga! Kencur tu biasa terkenal dalam masyarakat Jawa (tapi sekarang mungkin tidak lagi), ia sejenis herba, banyak khasiat dalam perubatan tradisi mengikut kepercayaan orang Jawa.

    BalasPadam
  17. sedapnyer tgk ikan pari
    sini sangat susah nak jmpa la
    spnjng duduk sini 3 yrs mmg x pernah jmpa kat amrket pung...nangessss

    BalasPadam
  18. Mesti seronok balik bercuti ke kampung. Selangor, kg di mana? Manalah tau terserempak. hehehehe....

    BalasPadam
  19. slm perkanalan juga dr sya...tima kasih sudi singgah ke sna yer...

    BalasPadam
  20. Lady Ayu,
    kasihan dia...takpe, balik sini nanti boleh makan puas-puas.

    Hazila,
    Kampung Bukit Hijau, orang Jeram... agak-agak boleh terserempak ke he he hehh

    Qasey,
    terima kasih sudi kunjung balas.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe