Rabu, 15 Februari 2012

Gugus Anggur Di Celah Ranting

Salam sayang buat teman-teman blogger dan pengunjung yang dirindui. Petang ini Amie bawa rakan-rakan berkunjung ke belakang dapur Amie, melihat gugus-gugus anggur yang sedang membesar terselit dan menyelit di celah ranting dan ada yang tertutup oleh daun-daun anggur yang lebar dan besar.


Jom kita tengopk-tengok gugus-gugus anggur kami di Amie's Little Cottage. Tidak ada sebarang syarat, peraturan atau larangan di kawasan tanaman anggur kami. Kalau boleh petik, petiklah anggur yang masih muda tu...mmmm rasanya tentulah masam! Kena tunggu sebulan lagi supaya anggur masak dan berubah warna hijau kepada ungu tua! Rasanya tentulah manis.....

23 ulasan:

Kamalia berkata...

salam kak Amie..bestnye ade anggur belakang rumah lagi tu..
psstt..Takziah ye kak.Semoga arwah ditempat dikalangan org2 beriman.
Al-Fatihah.

Ucu Faridah berkata...

salam k.amie....
kalau mcm tu..bulan mac ni rasanya sempat dia tukar warna kpd ungukan...macam sempat jer ucu rasa..hahaha..
itupun kalau ada org sudi nk datang ke teratak buruk ucu kt meru ni...
tak cukup bakul pasar...bakul fama ucu sediakan...hihihi...

myda_ahmad berkata...

seronoknya ada pokok anggur kt blkg umah....kalau cm nie puaslah amie mkn buah anggur....

MulutPayau berkata...

bestnya tanam anggur sndiri..berbuah lebat pulak tu....tak pe, masih sabar menunggu sebulan lagi..hihihi

Izan Ishak berkata...

subhanallah kak amie.... sukanya tgk buah anggur tu... tumbuh subur. kalaulah dekat mau petik2 juga tu.. hehe

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot berkata...

Buat jus yang fresh sedap tu amie..musim panas ni mesti bestkan??

Amie berkata...

Kamalia,
terima kasih, mudah-mudahan.
Ada 3 pokok semuanya.

Ucu,
nampaknya tiket kena ubah tarikhlah Ucu, dari Mac ke Mei (setelah kembalinya beliau ke rahmatullah tempohari...) rancangan pun diubah.
Bukan main besar lagi bakul yang Ucu sediakan tu... he he heh nak sampai kepada berubahnya warna anggur ke ungu tu yang susah sikit... biasanya ada tupai kaki dua kepala hitam yang dah tunggu!

Myda,
belum puas makan anggur sendiri, sebab selalunya sebelum masak sudah kena kekah tupai kaki dua!

Amie berkata...

MP,
lepas ni... kononnya nak jaga nak pelihara, nak bubuh baja.. he he hehh supaya lebih lebat buahnya!

Izan,
alhamdulillah.. hidup subur, dan tak cerewet pula! Memang jenis pokok yang baik dan dengar kata.. he he heh

Puan Ros,
memang sedap...berkhasiat lagi ye Puan Ros.

CT Delima berkata...

As'salam Amie

bila lihat buah anggur ni teringat ct penah tanya benihnya kan, tapi kat rumah ct tu kat manalah nak tanam. nanti baru nak naik pucuk tu adalah pemangsa yang makan. Jadinya tengok jerlah kasi puas2 buah anggur ni..

mama sara nur berkata...

assalam k. Amie
bestnya ada pokok anggur..eeeii teringin sy dpt petik sendiri terus masuk mulut yum ha ha feberet sy
tp sayang tak leh tanam baru je pokok2 kat belakang umah sy kena buang hu hu sedey sgt ni

rahel berkata...

Teringin pulak singgah kat Lahad datu petik buah anggur hijo tu..tentu segar sangat rasa dia kan Kak Amie..

ummiross berkata...

Amie, bestnya dapat tanam anggur, kalau boleh nak rasanya pergi jumpa Amie, nak semaian anggur..

whitecappuccino berkata...

seronokkan bila tengok tanaman kita mengeluarkan hasil?

quinnie berkata...

wahhh..tanam pokok anggur sendiri ke kak? sukanya tengok pokok akak ni...geramsss

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

salam Amie..bestnya da pokok anggur sendiri.KLu atie la mmg truja sgt...maunya hari2 menbedek buah anggur..hihihi

Zaitun berkata...

Seronoknya ada pokok sendiri. Kalau macam tu kak Zai datang sebulan lagi anggur dah masaklah, boleh tumpang makan anggur yang Amie tanam hehehe...

Wani berkata...

salam kak amie .. lama x jengah dapur kak amie ni .. huhu.kak amie tanam anggur ya ... bestnya tengok bila hasil tanaman berbuah .. abah wani ada tanam jugak .. tapi x berbuah la kak amie ..daun je lebat saja ..lepas tu nampak daun tu berlubang2 macam tak sihat .. ada tip ke tak nak tanam pokok anggur

qemaishak berkata...

bestnya kak, qema pun teringin nak tanam anggur kat laman rumah baru nanti tapi xtau cara, kot tanam xsampai berbuah dah mati, tangan panas hehe

cik cek berkata...

Wah!...bestnya...boleh petik2 anggur kat belakang rumah je...nak petik..nak petikkk..:)

Amie berkata...

CT Delima,
tak apalah Ct, tak dapat tanam pun masih boleh tengok di belakang dapur Amie he he hehh

Mama Sara Nur,
kalau petik terus makan rasanya lain sikit, tak sama dengan anggur yang kita biasa beli.

Rahel,
anggur hijo tu tukar warna ungu kalo masak. Jom singgah kalau ada kelapangan waktu.

Amie berkata...

Ummie,
jauhnya kita ye Ummi... nak pos pun takut benih anggur mati dalam perjalanan.. he he hehh

WC,
memang seronok.... apalagi kalau hasilnya menjadi!

Quinnie,
betul tu Quinnie, tanam sendiri 3 pokok di belakang dapur.

Amie berkata...

Azatie,
kalau ada Encik Suami memang kami suka belek-belek, tapi akhir-akhir ini selalu sorang-sorang di rumah, jadi nak belek-belek tu tak berteman...rasa malas pulak!

Zaitun,
memang, ikut kebiasaannya dalam tempoh 3 bulan anggur akan mula masak, itu pun bergantung kepada cuaca. Kalau asyik hujan, pokok anggur pun tak tahan serap air... itu yang buat daun jadi kuning, dan buah-buahnya pun gugur!

Wani,
boleh buang semua daun anggur supaya batangnya keluarkan bunga.

Amie berkata...

Qema,
perkara pertama, dapatkan anak benih, tentang tanah dan sebagainya itu urusan selanjutnya, memang boleh ditanam di negara kita. Insya-Allah ada kesempatan Kak Amie buat juga entri tentang tanaman anggur.

Cik Cek,
jom petik...jangan lupa bawa bakul ye Cik he he hehh