Smoothie Epal Hijau & Merah

10:15 PG

Salam pagi Sabtu. Sarapan apa pagi ini? Amie cuci perut dengan Smoothie Epal Hijau & Merah. Sesiapa yang tidak keluar ke mana-mana dan hendak bersihkan perut boleh ambil segelas seorang. Kenyang sampai tengahari tau!


Resepinya sama sahaja seperti yang selalu Amie buat.  Kali ini Amie gunakan 3 biji buah epal hijau dan 2 biji buah epal merah. Oleh kerana biasanya epal yang dijual di pasaran disalut dengan sejenis lilin untuk membuatkan epal kelihatan segar, jadi lebih baiklah kupas kulit epal dahulu. Amie hanya kikis bahagian kulit luar untuk memastikan 'kehadiran' lilin itu tetapi nampaknya tidak ada lilin seperti yang Amie maksudkan. Jadi Amie kisar bersama kulitnya sekali.

Resepi: Smoothie Epal Hijau & Merah
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
3 biji epal hijau - buang biji dan potong kecil
2 biji  epal merah - buang biji dan potong kecil
150ml susu segar
150ml yogurt asli
3 sudu besar gula

Cara:
1. Sejukbekukan epal hijau dan epal merah selama 4-5 jam.
2. Masukkan epal epal, epal hijau, susu segar, yogurt asli dan gula ke dalam pengisar.
3. Kisar kesemua  bahan sehingga halus.
4. Tuang ke dalam gelas.
5. Sedia untuk dinikmati.

12 comments

  1. Saya mau kak, hari ini di rumah saja.. mau juga cuci perut dengan segelas smoothie apel nya.. have a great weekend.. ;)

    BalasPadam
  2. salam Amie...dah 5 hari menjamah pelbagai menu2 yg berlemak2..ari sabtu kiter cuci perot lak yer...

    BalasPadam
  3. bagus minuman ni..bleh cuci isi perut hehehe.Menu sihat dan sedap.Nnt bleh try jugak

    BalasPadam
  4. Sedapnya nmpk, insya Allah pasni bleh try ;)

    BalasPadam
  5. smoothie epal...menarik dan simple je emmm leh try lepas ni. tq kak Amie share resepi bagus ni..

    BalasPadam
  6. boleh buat nie....kalo blh kenyang sampai tghari nti nak ngap masa gi kerja blh la ber'diettt'

    BalasPadam
  7. Bagus utk digestion system ni... nnt nak tryla... tq Salam kenal & follow di sini~

    BalasPadam
  8. Melly,
    nampaknya Kak Amie sudah ada geng smoothie...sihat & mengenyangkan!

    Azatie,
    memang bagus cuci perut hari ni Atie... kurang lemak 5 hari tu.

    Lina_pg,
    boleh cuba Lina, amalkan selalu untuk kesihatan.

    BalasPadam
  9. Aju,
    boleh try Aju... sedap & berkhasiat!

    Mama Sara Nur,
    memang ringkas saja penyediaannya, sedap!

    Khairiah,
    memang sesuai sangatlah untuk yang nak diet!

    BalasPadam
  10. Aeino,
    senang saja buatnya, lagipun sedap!

    Marya Yusuf,
    terima kasih sudi datang dapur Amie... smoothie memang bagus untuk kesihatan.

    BalasPadam
  11. Amie, lama ummi tak bersmoothie, tengok ni teringin pulak...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe