ADSENSE

Ahad, 8 Januari 2012

Pisang Sanggar & Sos Kacang

Selamat berhujung minggu. Sudah minum pagi? Amie sediakan Pisang Sanggar sebagai alas perut untuk pagi yang kelihatan redup dan mendung ini. Pakaian di jemuran pun belum tentu kering menjelang tengahari nanti! Suasana sekitar nampak kelam tanpa sinaran cahaya matahari yang biasanya muncul terang benderang dari arah Laut Sulu. Oleh kerana pagi kelmarin sudah diingatkan tentang sesikat pisang Saba yang mula menguning, jadi pagi ini Amie pun mengadun tepung untuk menggorengnya supaya ingatan kelmarin tidak diulang lagi. Pisang Saba lebih dikenali sebagai pisang nipah atau pisang abu di semenanjung. Di sini, pisang goreng disebut pisang sanggar. Adakalanya tepung bancuhan dicampur dengan sedikit madu dan sudah semestinya pisang sanggar dihidangkan bersama pencicahnya! Amie pernah makan pisang sanggar dengan pelbagai pencicah. Biasanya pencicahnya terdiri dari sambal belacan tetapi lebih cair dan halus, serta manis dan terasa perahan jus limau kasturinya. Kadang-kadang pisang sanggar dihidangkan bersama sos kacang atau sambal kacang pula!


Pagi ini Amie sediakan Pisang Sanggar bersama Sos Kacang olahan Amie sendiri. Amie gunakan Sweet & Spicy Chilli Sauce, yang diperbuat dari cili padi hasil buatan tempatan dari Keningau, Sabah. Manakala kacangnya pula Amie campurkan Sambal Pecel Karangsari, buatan Blitar, Jawa Timur, Indonesia. Cara penyediaan Pisang Sanggar sama sahaja dengan yang biasa kita buat, cuma Amie tambah sedikit gula untuk menggantikan madu.

Resepi: Pisang Sanggar
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
10 biji pisang Saba - kupas dan belah 3
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu gula
1/2 sudu garam
1/2 sudu serbuk kunyit
air secukupnya
minyak

Cara:
1. Campurkan tepung beras, tepung gandum, garam, gula dan kunyit.
2. Tambahkan air dan siapkan satu adunan yang sesuai untuk menyalut bahan gorengan.
3. Panaskan minyak hingga panas.
4. Celupkan belahan pisang ke dalam adunan dan masukkan dalam minyak panas.
5. Goreng hingga kuning keemasan.
6. Angkat dan hidangkan bersama Sos Kacang.

Bahan untuk Sos Kacang:
1 paket Sambal Pecel Karangsari
2 sudu Sweet & Spicy Chilli Sauce
3cm belacan - jadikan serbuk
2 sudu besar gula
5 biji limau kasturi - ambil jusnya
1 cawan air panas

Cara:
1. Bancuh 1 paket Sambal Pecel Karangsari bersama 1 cawan air panas.
2. Masukkan Sweet & Spicey Chilli Sauce.
3. Masukkan serbuk belacan, gula dan jus limau kasturi.
4. Gaul sebati dan sedia untuk dihidangkan bersama Pisang Sanggar.

Jemput minum sama. Sesekali makan Pisang Sanggar apa salahnya. Sedap tau!

10 ulasan:

Yat Maria berkata...

Amie

I nak tapau lebih2 sikit arr!

That choc cake kat bawah sinun lokks yummy indeed!

Cheq Sue berkata...

pisang saba, pisang sanggar...baru 1st time saya dengar har ni. macam pisang goreng jugak ke kak amie? mesti sedap makan dengan sos tu kan?

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

salam Amie..pelbagai versi tuk menyicah pisang saba ni ya!
atie pon cam cheq sue..xpernah dgr nama pisang2 camtu..:D

Melly Octaviana berkata...

Kak'Amie.. melly minta sepiring yah,pas sekali di makan saat hujan2 gini dengan teh hangat..btw kalo di jakarta ini namanya pisang kepok.

Amie berkata...

Yat Maria,
boleh tapau lebih... silakan.

Cheq Sue,
inilah kononnya salah satu cerita asal-usul nama negeri Sabah yang diambil sempena banyaknya pokok pisang Saba.

Azatie,
takpe, sekarang Atie dah banyak info tentang nama-namapisang ni.

Melly,
betul Melly... pisang kepok! Baru Kak Amie teringat satu lagi nama bagi pisang Saba.

ummiross berkata...

Amie, terlewat sampai, ada lagi ke pisang sanggar..

Amie berkata...

Ummi,
petang nanti Amie goreng lagi bagi habis satu sikat pisang ha hahahh... jemput minum petang ye!

nuwairani ismail berkata...

sukenye pisang saba goreng. nani x kenal pisang. tp kalau pegi pasar mesti tanya org tu dulu nak pisang utk digoreng. heheh. dia ckp pisang saba, org kat semenanjung tanya pisang apa, dh x reti nak jawab

Amie berkata...

Nani,
inilah pisang abu, sewaktu dengan pisah kepok and pisang nipah tapi biasanya di sini sipanggil pisang sanggar pulak!

mama aini berkata...

ehem skrg ni org makan pisang goreng dgn sos..aritu mama ke N9,makan pisang goreng dgn sambal cili api kicap..he2x..mama tak kuat pedas !!..