Pecal

4:03 PTG

Salam petang Khamis. Jom ratah pecal. Oleh kerana sambal pecal memang telah tersedia dalam bungkusan dan hanya dibancuh dengan air panas saja, jadi Amie cuma sediakan sayur-sayuran sahaja. Sayurnya pula tidaklah terikat dengan sayur nangka, pucuk ubi dan sayuran yang biasa kita gunakan untuk pecal tradisional. Amie celur saja apa-apa sayur yang ada di dapur.


Resepi: Pecal
Sumber: Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
7 batang kacang panjang - patah-patahkan dan celur
1 mangkuk taugeh  - celur
1 batang lobak merah - sagat dan celur
1 biji timun - sagat
4 keping tauhu - celur
10 batang kangkung - celur
1 paket sambal pecal -250gram
2 biji limau kasturi - ambil jusnya

Cara:
1. Bancuh sambal pecal dengan air panas mengikut kepekatan yang dikehendaki.
2. Campurkan sedikit demi sedikit bahan sayur-sayuran ke dalam pinggan.
3. Tuangkan kuah pecal ke atasnya.
4. Jika suka, perahkan jus limau kasturi.
5. Sedia untuk dinikmati.

21 comments

  1. Assalam..amie, kt tpt akk pun ada jual kuah segera ni. Sdap terasa bau cekur dia. Senang kerja kita kan..

    BalasPadam
  2. Mau kak pecal nya lapar lah, tak ada bekalan air di rumah,dari tadi hanya makan kek saja.. hiiks

    BalasPadam
  3. pecallah pulak amie ni..
    ni memang feberet maklong sampai bila2 pun.. tapi sambalnya tu maklong tak berapa jadi macam mak maklong bila buat..huhu..

    BalasPadam
  4. Assalam amie, sedapnya pecal. tapi agak rumit untuk menyediakan, ada juga tgk yg dijual dlm bekas, tak pernah pula nak beli, mkn yg free je hehhe

    BalasPadam
  5. Kak Amie...pecal sepinggan..hehe..sedapnya tu kak..lama dah merasa pecal..

    BalasPadam
  6. Pertama kali tengok lobak merah dimakan sebagai pecal. Sekali tengok macam betik pun ada...syedappp ni..

    BalasPadam
  7. ummi suka pecal ni Amie,tapi nak buat kuah tu lecheh sikitkan, kalau ada yang segera macam ni ummi pun nak Amie..

    BalasPadam
  8. Kak cek suka..kak cek suka...selalu gak buat...yg bestnya kuah pecal main + je ngan air panas...lagi bestnya...mak mertua yg bagi sambal pecal tu...bestkan...:)

    BalasPadam
  9. salam..sedap nmpak pecal ni..lame x mkn.. :)

    BalasPadam
  10. salam Amie....
    sedaplah pulak tgk pecal Amie nie....

    BalasPadam
  11. rindu sgt2 nak makan pecal ni..dulu mak selalu buat ni..dah ada jual kuah segera skrg ya?

    BalasPadam
  12. saya pun buleh tahan gila kalau dengan pecal ni, tapi nak buat kuah tu x reti, selalu beli yang segera aje lah...

    BalasPadam
  13. ehem dah lama tak makan pecal..terliur !! ..hu2x..

    BalasPadam
  14. Mawar Merah,
    Waalaikumussalam....
    senang kalau dah ada kuah segera, bancuh je dengan air panas, kalau tak cukup rasa boleh bubuh cili, gula & garam atau asam limau / asam jawa lebih.

    Melly,
    oh! makan kek sepanjang hari ke...boleh tahan Melly!

    Maklong,
    pecal ni memang makanan kami sejak lahir lagi Maklong... ha hahah turun temurun! Bonda memang pakar buat kuah pecal! Tapi sekarang tak susah Maklong, beli saja sambal pecal, bancuh dengan air panas! Siap.

    BalasPadam
  15. Rosa,
    yang leceh sikit tu nak sediakan sambalnya, tapi dah ada yang siap,lebih mudahlah kerja memecal ni ye.

    Rahel,
    jom makan Rahel, 2 pinggan pun boleh!

    Che Mid,
    suka-suka Che Mid, asal keluarga sayur celur sajalah he he hehh

    BalasPadam
  16. Ummi,
    kalau ikutkan hati memang tak jadi pecal Ummi, tapi sebab dah ada kemudahan sambal pecah segera, itu yang akhirnya jadi juga pecalnya.

    Cik Cek,
    orang lama buat sambal pecal memang sedaplah Kak Cik, macam bonda Amie siap goreng cili kering dengan bawang & belacan sekali! Harum!

    Noorsha,
    kalau di sana (semenanjung) memang selalu beli saja pecal yang dah siap di pasar malam, tapi di sini tak ada jual pecal, kenalah buat juga kalau teringin nak makan.

    BalasPadam
  17. Myda,
    jomlah makan sekali Myda.

    WC,
    memang ada sambal pecal segera, lama dah ada WC... kat pasar malam pun banyak!

    Cheq Sue,
    kalau buat sambal pecal ramai-ramai lebih cepat siap, tapi kalau dah sorang-sorang duduk di dapur, baiklah bancuh dari paket he he hehh

    Mama Aini,
    jemputlah makan sama Mama Aini.

    BalasPadam
  18. nanii belajar makan pecal ni sejak2 posting kat sabah la...aduh....suke betol makan ni...

    BalasPadam
  19. Nani,
    pecal ni menu evergreen... dulu, kini dan selamanya!

    BalasPadam
  20. sy suka letak tauhu yg digoreng..pecal mmg best..:)

    BalasPadam
  21. kunang-kunang,
    malas dah nakgoreng, yang lain celur,masuk tauhu sekalilah he he hehh

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe