Mango Casablanca

5:12 PTG

Salam petang Rabu. Jom minum petang dengan hidangan Mango Casablanca hasil air tangan Amie yang pertama! Potongannya nampak hodoh sikit tapi Amie berpuas hati kerana dapat merealisasikan impian membuat Mango Casablanca sejak tahun lepas. Oleh kerana  hanya boleh membuat pesanan sekiranya ingin menikmati pencuci mulut yang lemak berkrim ini, akhirnya Amie bertekad ingin membuatnya sendiri. Setelah beberapa kali menjalankan bedah siasat untuk mengetahui rahsia bahan yang digunakan akhirnya Amie dengan bantuan rakan sekerja, Fauziah Biran menyenaraikan bahan dan cara penyediaan Mango Casablanca. Setelah mengikuti cerita resepi Amie di bawah ini,mungkin ada di antara rakan blogger yang pernah membuatnya, jadi besar sangatlah harapan Amie agar dapat memberikan pandangan untuk membetulkan mana yang patut, menambah yang terkurang dan mengurangkan mana yang terlebih!


Resepi: Mango Casablanca
Sumber : Fauziah Biran & Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
27 keping Biskut Cream Crakers
1 kg mangga masak ranum - kupas kulit dan hiris nipis
250 gram Philadelphia Cream Cheese
2 tin (300gram setiap 1 tin) Nestle Cream
300ml Sweeted Cream - boleh gunakan sukatan sendiri untuk rasa manis yang dikehendaki
susu cair - pilihan (Amie tidak gunakan)
bekas persegi ukuran 12' X12"

Cara:
1. Pukul Philadelphia Cream Cheese, Nestle Cream dan Sweeted Cream menggunakan mixer sehingga kembang.
2. Ambil satu senduk besar campuran krim di atas dan tuang  merata di bahagian dasar bekas persegi.
3. Susun 3X3  biskut berjumlah 9 keping.
4. Tuangkan satu senduk campuran krim dan sapu merata di atas susunan biskut.
5. Susun kepingan hirisan mangga di atasnya.
6. Tuangkan satu senduk lagi campuran krim dan sapu merata di atas susunan biskut.
7. Susun lagi 3X3  biskut sebanyak 9 keping.
8. Ulangi langkah 4, 5 dan 6 sehinggalah habis 27 keping biskut.
9. Tuangkan lebih sedikit campuran krim ke atas kepingan biskut yang terakhir.
9. Tutup bekas persegi tadi dan masukkan ke dalam peti sejuk. Sekiranya ingin dinikmati segera, bolehlah simpan di bahagian beku selama 1 jam tetapi sekiranya tidak untuk segera dimakan, bolehlah simpan di bahagian bawah sahaja sehingga sejuk.
10. Keluarkan bekas dari peti sejuk, dan potong untuk dinikmati.

~ Sekiranya anda mencampurkan susu cair, hasil Mango Casablanca akan lebih lembut, lembik dan tidak boleh dipotong, dan hanya boleh disenduk untuk dihidangkan. Selamat mencuba bagi yang berminat. Yang sudah biasa buat, minta tolong tegur mana yang salah ye~




25 comments

  1. emmmmmm menggoda sungguh...aduhai ni yang lemah masuk blog Amie ni..he he..

    BalasPadam
  2. assalam K.Amie
    sedapnye...lum penah makan Casablanca ni tau he he
    kek lapis pandan k.A mie pun cantik sgt nak trylah nanti he he

    BalasPadam
  3. Amie..lama acik tak kemari..laptop dah dipulangkan untuk test katanya..mudah2an terus elok laptop acik ni dapat acik BW kerumah kawan2.

    BalasPadam
  4. teringin nak buat lapis pandan tu. saya suka kek pandan2 ni. :D

    BalasPadam
  5. mmng tergugat betul tengok kedua2 tu....tiba2 perut berbunyi....

    BalasPadam
  6. Dua2 membuatkan kak Zai terliur,kalaulah rumah Amie dekat nak saja kak Zai dengan muka tak malu ketuk pintu huhuhu...

    BalasPadam
  7. ehem kalaulah rumah mama sebelah rumah amy..mesti hari2 mama tempah makanan kat amie !!..hu2x..jeles tgk amie masak sedap2..sedangkan mama asyik menunjuk je..hu2x..

    BalasPadam
  8. Assalam kak amie,nih ade iras2 kek lapis cheese persona,cuma lapis persona letak sekut merie n xbyk bahan..Nmpak sedap tuh kk,msti sedap sgt kan,yerla kalo dah da cis2 nih,kompom sedap..

    BalasPadam
  9. akak teringin saya nak makan yg casablanca tu kak..nama pun menarik..ada manggok lagik..sedapnya...

    BalasPadam
  10. yang casablanca juga yang meliurkan..tapi kan kak dah dua minggu tak berasap dapur...makan kat sempat je ni ...

    BalasPadam
  11. Morning Kak Amie.. Melly belum pernah dengar manggo casablanca tuh, cantik lah namanya pasti nya rasanya yummy juga. ngeces nih kak..slurrp

    BalasPadam
  12. Nampak gebu dan creamy, tentu sedap rasanya Amie. Kek lapis pandan tu pun cantik Amie, rasa nak ngap dua2 kek tu..

    BalasPadam
  13. masha Allah kak..sedapnya..bila la dapat rasa air tangan akak ye..huhuh

    BalasPadam
  14. masha Allah kak..sedapnya..bila la dapat rasa air tangan akak ye..huhuh

    BalasPadam
  15. Salam Kak Amie,mewah sangat mango casablanca tu...perghh..tergodanya gue..

    BalasPadam
  16. mewah n nmpak sedap sgt kek ni kak..mango lg tu, mmg pebreret sy :)

    BalasPadam
  17. Zalin,
    jangan lupa datang lagi ye Zalin....:)

    Mama Nur Sara,
    sedap casablanca tu... lemak manis berkrim!

    Acik Erna,
    terima kasih Acik, walaupun begitu, Acik usaha juga lawat rumah kawan-kawan.

    BalasPadam
  18. Asmara,
    silakan buat as, sedap,lembut & wangi.

    MP,
    macamana bunyinya perut tu MP... entah-entah ada benda lain kot ha hahahhh.

    Kak Sam,
    jemput makan Kak Sam.

    BalasPadam
  19. Kak Zaitun,
    he he hehhh... marilah datang sini kak Zai.

    Mama Aini,
    jemput makan Mama Aini.

    WC,
    memang sedap! Jom makan sama.

    BalasPadam
  20. Dana,
    memang cis sedap!

    Quinnie,
    senang je buatnya, he he hehh takpayah masak-masak....:)

    Nora,
    tak apalah, yang penting dapat isi perut.

    BalasPadam
  21. Melly,
    memang enak banget!

    Ummi,
    kalau dah creamy... memang sedap!

    Pen Biru,
    jemput datang sini, boleh makan sama!

    BalasPadam
  22. Rahel,
    sedap tau , kalau Rahel buat mesti sedap!

    Noorsha,
    ye...sedap...sedap!

    BalasPadam
  23. lebih sedap klu kurgkn chese guna 180 gram dan guna fresh krim. klu lebih chese mango tak float

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe