Jumaat, 6 Januari 2012

Ikan Talapia Goreng Basah & Sambal Mangga

Salam petang Jumaat. Jom makan nasi putih berlauk Ikan Talapia Goreng Basah. Nampak tak basah pun ikan tu.... kering kangkang! Sebenarnya ini resepi yang Amie kongsi bersama rakan sekerja. Oleh kerana Amie sakit gigi geraham dan suara hampir hilang gara-gara terlalu banyak makan rambutan dan durian, mood untuk masak terus hilang! Waktu makan mee goreng mamak di sebuah restoran,  Amie tanya Zanariah.... ikan talapia sedap masak apa ha? Buatlah goreng basah, Zanariah mencadangkan. Jadinya, sepanjang perjalanan dari restoran kembali ke sekolah, Zanariah menyenaraikan satu persatu bahan yang diperlukan serta cara-cara memasaknya. Tapi.... namanya saja basah, yang sebenarnya ikan tetap kering! Kenapa pula dikaitkan dengan 'basah'? Cara menggorengnya pula hanya gunakan sedikit minyak dan tutup kuali. Selepas diterbalikkan ikan yang digoreng, tidak perlu ditutup lagi dan biarkan masak seperti biasa.


Amie sudah minta keizinan daripada Zanariah untuk memaparkan resepinya dalam Amie's Little Kitchen. Terima kasih ye Zanariah. Lain kali kongsi resepi lagi ye.

Resepi: Ikan Goreng Talapia
Sumber : Zanariah Sirat

Bahan-bahan:
3 ekor ikan talapia sederhana besar - bersihkan dan kelar-kelar
3 keping asam gelugur
3 keping daun kunyit
sedikit serbuk kunyit
garam
minyak

Cara:
1. Balut asam keping dengan daun kunyit  dan bubuh sedikit garam. Masukkan ke dalam perut ikan.
2. Lumurkan badan ikan dengan garam dan kunyit.
3. Panaskan sedikit minyak - jangan goreng tenggelam.
4. Apabila minyak telah panas, masukkan ikan dan tutup kuali.
5. Buka penutup kuali dan terbalikkan ikan.
6. Biarkan ikan terus masak dalam minyak gorengan tadi dan jangan ditutup kembali.
7. Apabila telah garing, bolehlah angkat ikan tadi.



Amie sediakan sambal belacan campur dengan mangga. Habis licin sambal satu lesung. Amie gunakan 11 biji cili padi, jadi rasanya tidaklah pedas menyengat. Orang kata kalau tak mahu rasa pedas menyengat, pilihlah jumlah cili padi yang ganjil.... he he hehhh itu kepercayaan tipikal sesetengah masyarakat kita. Kalau dah memang pedas tu, tetap pedas beb! Namanya pun cili padi. Bukan cili padilah kalau tak ada rasa pedas ye.

Resepi : Sambal Mangga
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
11 biji cili padi
3cm belacan - goreng
3 biji bawang merah - goreng
1 biji mangga - cincang
2 biji limau kasturi - ambil jusnya
2 sudu gula
sedikit garam

Cara:
1. Tumbuk cilipadi bersama belacan dan bawang merah.
2. Masukkan gula dan garam. Gaul sebati.
3. Masukkan mangga cincang dan perahkan jus limau kasturi.
4. Gaul rata dan sedia untuk dihidangkan.

23 ulasan:

mama aini berkata...

ehem..terliur tenguk sambal mangga amie tu,ikan..tak terliur sbb mama tak mkn ikan..he2x..

Yana Shaiful berkata...

Salam Kak Amie cayang ^_^.. dua2 fav yana..alahai sedapnya dpt mkn dgn nasi panas2..xtahan lah tgk sambal mangga tuu :)

☆*♥L@dy @yU♥*☆ berkata...

nangesss tgk sedap giler ni akak
mau plak ada nasik panas....

*dok bersila dah ni* hahaha

Liza berkata...

fuhhh...sambal mangga kalau mkn ngan ikan bakar mmg betul2 kaww....

ummiross berkata...

Amie,ummi singgah petang jumaat, jumpa ikan talapia, ummi tapau dengan nasi2 sekali,hikhik!

Along Maklong berkata...

amie..
maklong pun masak talapia jugak..
tapi talapia merah goreng lepas tu buat sambal.. tu jela yang maklong tahu.. sebab anak2 suka makan..

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

Amieeeeeeee...sungguh mengiurkan menumu di hari ini...sa lg atie dtg naik AIRASIA :D

Amie berkata...

Mama Aini,
kesiannya tak makan ikan... hilang satu nikmat! he he hehh

Yana cayanggg....
lauk yang ringkas saja Yana,jom makan sama.

Lady Ayu,
silakan Ayu... janganmalu2..makan aje apa yang ada... he he hehhhh

Amie berkata...

Liza,
memang sambal mangga sedaplah Liza.

Ummi,
tapau Ummi... jangan tak tapau, baik-baik bawa balik Kuching ye...

Maklong,
ikan talapia merah pun sedap Maklong... memang sedaplah kalau goreng saja pun!

Atie...
naik AIRASIA ye... patutlah cepat sampai!

Melly Octaviana berkata...

huwah..sedap nya, ikan nya dan sambal mangga nya bisa buat tambah nasi berkali kali.. nyam..nyam

cik cek berkata...

Kechur2 kak cek tgk...menelan air liur lagi...ish2 menggoda jiwa sungguh....:)

whitecappuccino berkata...

setiap kali masuk dapur amie memang lapar la..

hazila berkata...

Sedap nampak sambal mangga tu. Saya pun ada dengar pasal petua cili yg ganjil tu. Tak salah mencuba kan.

Nieza berkata...

sambal mangga tu yg thn nengoknya..kecur liur kak..tumpang mkn sini lah yer..hehe

Amie berkata...

Melly,
sesekali makan hidangan kampung bah.

Cik Cek,
he he hehh diet yang paling baik tu Kak Cek sebab telan liur aje...

WC,
takpe ...masuk dengan perut lapar, keluar bila perut dah kenyang...hehehh

Hazila,
memang selalu pilih yang ganjil...saje je, tapi kalau dah yakin tak pedas, waktu makannya pun memang rasa kurang pedas.

Nieza,
jemput Nieza.... silakan!

kasihredha berkata...

perrghhhh sambal mangga tu membuat air liur ni merembes2..pengsan

Hanis MY berkata...

Dah lm tk mkn ikan talapia waduh, Ada sambal mangga lg ha pengsan!

Temuk berkata...

As-salam Amie
Dengan penyediaan pelbagai jenis masakan yang enak dan penghidangannya yang cantik, seperti yang biasa Amie lakukan itu, alahai..... susahlah nak pantang makan dan susahlah juga nak mengawasi penggebuan jasad!

Pernahkah Amie melihat orang Banjar dulu-dulu memasak anak haruan yang masih amat kecil itu? Mereka memanggilnya "anak-anakan". Tak pasti pula apa nama masakannya.

rahel berkata...

Adoii..Kak Amie..bikin ngences aje ikan tilapia n sambal tu..tambah2 ada petai..lagila power..

EmbunRosaliza berkata...

Assalam amie, kita cukup suka ngan ikan talapia goreng, nampak sedap n garing tu, mkn sambil cicah sambal mangga, fuhhhh sakit gigi pun boleh hilang heheh. Amie, ikan SUSU byk tulang tak, ari tu ada tgk , nk beli takut pulak byk tulang

Kakzakie berkata...

Kakak nie hantu sambal belacan tau Amie... Tengok Amie lawankan dgn ikan goreng huh... lagilah menyengat:)

Amie berkata...

Kasih,
sedapnya sambal mangga ye... Amie suka mangga yang tak berapa masam!

Hanis,
pengsan ye... takpe, nantikalau dah tersedar boleh teruskan ratah ikan talapia he he hehh

Ayah,
Waalaikumussalam,
sebenarnya Amie masak lauk hanya sekali sahaja dalam sehari, lebih setahun lalu kami hadkan pengambilan nasi,dan tidak makan lewat pukul 6 petang, hasilnya suami turun berat badan, Amie pun mantain saja tak naik dan tak turun he he hehh selebihnya makan roti dan buah-buahan serta kerap mengambil smoothie.
Tentang ikan haruan kecil tu, kalau dikampung memang orang Banjar suka makan, tapi tak ingat apa namanya, tapi kalau 'wadi' tu biasa dengar,pernah makan juga.

Amie berkata...

Rahel,
sedap ni kalau makan di kampung... sambil mengimbau kenangan masa kecil! Oh... begitu nostalgik sekali!

Rosa,
memang sedap sangat, betul tu...masa makan walaupun gigi sakit sebelah kiri, sebelah kanan masih boleh kunyah! Sambal mangga punya pasal gigi pun tak rasa sakit!

Memang ikan susu banyak tulang tapi tulangnya lembut halus, tak kasar macam ikan parang atau ikan terubuk. Beli saiz yang besar sikit sebab tulangnya agak kurang.

Kakzakie,
sesekali nak menyengatkan diri kak ha hahahha