ADSENSE

Isnin, 16 Januari 2012

Ikan Pari Masak Sambal

Salam malam Isnin. Hari ini agak lewat mengemas dapur. Petang tadi pulang agak lewat dan sempat pula pergi ke belakang dapur melawat pokok anggur. Sempatlah ambil beberapa keping gambar untuk tatapan kawan-kawan di sekolah sebab masih ada yang ragu-ragu benar tidaknya pokok anggur boleh hidup di negara kita yang beriklim khatulistiwa. Dan benarkah ada pokok anggur yang sedang berbuah di belakang rumah kami. Kebetulan petang tadi Amie terlihat ada bunga anggur yang sedang mengeluarkan putiknya yang sangat halus, dan ada pula putik-putik anggur muncul segugus! Bolehlah klik di SINI. Insya-Allah, ada kesempatan nanti Amie akan kongsikan cara-cara penanaman anggur pula. Sesiapa yang berminat untuk menanam anggur memang Amie sedia menghulurkan benih yang siap disemai, tapi sayangnya apabila bertukar tangan, lama-kelamaan mati pula pokok anggurnya. Okey, di bawah ini Amie hidangkan Ikan Pari Masak Sambal. Selalunya kita suka masak asam pedas, tetapi petang tadi Amie ubah selera pula.


Resepi: Ikan Pari Masak Sambal
Sumber: Amie's Little Kitchen 

Bahan-bahan:
600gram ikan pari - potong ikut suka
1 labu bawang besar - potong bulat
serbuk kunyit
garam / perasa pilihan
2 biji limau nipis- perah jusnya
minyak

Bahan kisar:
15 biji cili kering
3 biji bawang putih
5 biji bawang merah
3cm belacan

Cara:
1. Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga masak. Ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak.Tumis semua bahan kisar sehingga pecah minyak. Jika terlalu kering, masukkan sedikit air.
3. Masukkan ikan pari goreng dan gaul rata.
4. Taburkan sedikit garam dan perasa pilihan.
5. Perahkan air limau nipis ke atasnya.
6. Ikan Pari Masak Sambal siap untuk dihidangkan.

Resepi ini merupakan resepi kegemaran keluarga sebelah Encik Suami tetapi MIL selalu gunakan ikan kerapu atau ikan sulig. Uniknya ialah kerana rasa asam limau nipisnya. Biasanya MIL masak menggunakan minyak yang agak banyak dan sedikit berair tetapi Amie kurangkan minyak dan pekatkan kuahnya.

30 ulasan:

Juwita Jamaludin berkata...

salam kak amie.. yum yum nampak sambal ikan pari akak ni buat ita lapar malam2 ni.. lama sangat rasanya tak makan ikan pari.. sedapnya bila terkenang..

che mid berkata...

Salam, rasa masam limau menerbitkan rasa yang berbeza dari asam lain spt asam jawa atau asam keping ya..

ummiross berkata...

singgah dapur Amie jap sebelum tidur, nampak sedap sangat, sambalnya merah mengancam!

Zaitun berkata...

Kak Zai suka makan ikan masak sambal yang tak bestnya kak Zai tak makan ikan pari huhuhu cerewet betul...

kasihredha berkata...

saya tak pernah masak sambal pari...biasanya bakar dan mkn dgn air asam je. Kadang2 buat masak asam pedas...nanti boleh cuba

Naz / Nadz COSK berkata...

Assallamualaikum Amie.
Uishhhh.. tergoda tgk ikan pari ni.. Mmg sedap dimasak sambal selain dimasak asam pedas..

EmbunRosaliza berkata...

assalam amie, anak2 kalo msk bersambal mcm ni mmg suka, tak suka ikn pun ambil sambalnya, nmpk sangat sedap

izahdaut berkata...

wah buah anggur belakang rumah ek. kak amie duk area sejuk ke kak. dulu2 blkng rumah ada pokok salak atau pokok jambu je. skrg daha da pokok anggur. fuh kagum. hehehe.. \

sedap ikan sambal. suke

CT Delima berkata...

As'salam Amie

kalau dekat nak juga ct mintak benih anggur tu nak merasa hasil tangan sendiri. pernah dululah terbaca dalam surat khabar pokok anggur boleh ditanam disini. Hasilnya ct lihat sendiri diblog Amie...geramnya tengok :)

ikan pari ni ada sepotong lagi dalam petiais tu Amie. dah masak asam pedas tapi yang lagi separuh tu ingat nak bakar jer. bila tengok Aie masak sambal, boleh juga mencuba. ct sorang jer yang makan, anak2 dengan suami tak suka ikan pari ni..entah tak tahu kenapa. walhal sedap ikan pari ni kan lembut jer dagingnya :)

Melly Octaviana berkata...

Sedap kak ikan pari di masak sambal, melly juga suka makan ikan pari,tak ada tulang nya jadi senang anak anak mau makan nya. masih ada kah kak unutk lunch melly hari ini..hehe

maz berkata...

salam kak....waaa pepgi tgk ada mnu yg leh mkn nsi brpngan2 ni..sdpnyee..nk blik dlu la..lporrr..

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot berkata...

Amie sedap tu.Tapi kita jarang makan ikan pari...

Nuridah berkata...

Assalamualaikum Amie,

dari jauh kita tengok begitu menyelerakan...terus kita lompat ke sini...aduh sedapnya...kalau dpt kita telan kasi habis ikan itu...hahaha.

rahel berkata...

Memang begitu menyelerakan..pagi2 dah lapar sangat tengok sambal ikan pari...ayoyooo..terliur lagi..

cik cek berkata...

Selalu kalau ikan pari akak masam asam pedas...cam sedap gak kan kalau masak sambal..lenkali leh try masak sambal pulak..:D

Izan Ishak berkata...

berseleranya tgk ikan pari msk sambal kak amie ni... tapi izan dah lama sgt tak makan ikan pari. last makan rasanya zaman skolah menengah...dah berbelas2 thn pun...

Ros berkata...

Salam Amie,

Wah...ada sambai ikan pari pulak kat sini...Kak Ros tengah tak dak selera makan lani...,tengok menu Amie ni terus ja selera Kak Ros terbuka....

MulutPayau berkata...

kak amie...
Saya pun teruja jugak nak tanam anggur..nnti kongsi ya...

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

salam amie,kat umah atie jarang beli ikan pari :D.
Tumpang mkn kat sini je lar..habih yer?dah mlm br atie sampai...AIRASIA slowww sgt. hihi

suri solehah berkata...

teruknya saya amie,,tak pernah masakpun pari sambal..selalunya banyak bakar n asam pedas je..harus cuba ni

Kaz berkata...

Salam Amie, Kaz tak makan ikan pari tapi resepi ni boleh dipelbagaikan dgn ikan yg lain kan. Sedap kan rasanya sambal tu bila diperah dgn limau.Bila tgh pregnant ni Kaz mmg suka makanan yg bersambal dan pedas.

Amie berkata...

Juwita,
salam.... memang sedap, lagilah kalau yang langsung tak berbau!

Che Mid,
salam.... ini resepi MIL,memang sebelah suami suka guna jus limau nipis dalam pelbagai masakan mereka.

Ummi,
sedapkan Ummi, memang berselera kami makan!

Amie berkata...

Kak Zaitun,
Amie tak suka kalau pari yang berbau, tapi memang selalu beli yang sedap punya!

Kasih,
memang itulah resepi yang biasa untuk ikan pari tapi sebenarnya banyak lagi cara masakan yang sedap-sedap selain bakar...:)

Naz,
sesekali ubah selera pulak ya Naz.

Amie berkata...

Rosa,
memang masakan pedas membuka selera.

Izah,
snggur tidak semestinya boleh ditanam di tempat sejuk atau iklim hawa sederhana, tempat kita pun sebenarnya boleh kalau tahu cara penjagaannya...:)

Ct,
Amie pun suka sangat kalau ada sesiapa nak cuba tanam anggur, sebab bolehlah dikembangbiakkan pokok ini di negara kita.
Memang betul tu, tak semua orang suka makan ikan pari, di sini pun dulu keluarga sebelah suami langsung tak makan ikan ini.

Amie berkata...

Melly,
kak Amie masak banyak ni, sebab anak-anak suka dagingnya yang lembut tak berbau dan tak bertulang!

Maz,
makan dengan sambalnya saja pun sedap ye Maz.

Puan Ros,
di sini banyak ikan pari, banyak jenis dan segar!

Amie berkata...

Nuridah,
kita memang dah biasa makan ikan ini dari kecik2 lagi...memang sedap!

Rahel,
ayoyo....lap dulu liur tu, jom makan sama...:)

Cik Cek,
memang itulah satu-satunya resepi ikan pari yang sangat popular....masak asam pedas!

Amie berkata...

Izan,
ikan pari memang sedap kalau kena cara masaknya.

Ros,
jemputlah makan sama!

MP,
insya-Allah ada masa nanti kak Amie kongsi info tanaman anggur.

Amie berkata...

Azatie....
ha hahah... memanglah lambat sampai sebab AirAsia hanya sampai Sandakan atau Tawau saja, nak ke Lahad Datu kena sambung naik teksi... lain kali naik MASWing dari KK terus ke Lahad Datu ye... he he ehhh

Suri,
tak apa, banyak resepi masak ikan pari sebenarnya, nanti boleh cuba.

Kaz,
seronoknya dengar orang tengah pregnant.... makanlah makanan yang berkhasiat ye Kaz.

mama aini berkata...

seb baik tak makan ikan..kurang telan air liur tgk pic.ni..he2x..rajinnya amie..

jirus air berkata...

Terima kasih atas perkongsian resepinya..
Saya sekeluarga ambil yg haq sahaja.lain lain tiada.Dulu kini Dan selamanya..