Angeleno Plum & Strawberry Smoothie

3:14 PTG

Salam petang Selasa. Hari ini Amie cuba buat Angeleno Plum & Strawberry Smoothie. Sebagai percubaan pertama, Amie hanya gunakan separuh sukatan dari kebiasaan yang Amie buat. Oleh kerana, perut rasa lapar sebab tidak berselera untuk makan tengahari, Amie tidak sempat sejukbekukan buah-buahan tersebut. Bagaimanapun campuran yogurt asli dan susu segar yang sejuk membuatkan smoothie yang dihasilkan tetap terasa enaknya!


Resepi: Angeleno Plum & Strawberry Smoothie
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
2 biji angeleno plum - buah biji dan belah 4
10 biji strawberry - belah 2
75ml susu segar
50ml yogurt asli
1 sudu besar gula

Cara:
1. Masukkan buah angeleno plum dan strawberry bersama susu segar, yogurt asli dan gula ke dalam pengisar.
2. Kisar kesemua bahan tersebut sehingga halus.
3. Tuangkan ke dalam gelas.
4. Sedia untuk dinikmati
~Untuk rasa yang lebih sedap, simpan smoothie ini di dalam peti sejuk bahagian beku selama 1 jam.

23 comments

  1. sedap tu amie..terasa sejuk jer tekak ni..

    BalasPadam
  2. Amie....cop..cop...akak nak segelas...slurp...slurp...sedapnya...:)

    BalasPadam
  3. amie..sedapnya..tengok gambar mcm nak gunting simpan dalam fail je

    BalasPadam
  4. saja je amie buat mama terliur ni..he2x..yummy..

    BalasPadam
  5. AS'salam Amie

    Dok minum petang2 dengan cuaca yang panas ni kalau dapat menghirup smoothie ni emm...nyamannnn!

    buat 1 gelas jer ker..? mana cukup ni Amie, ramai dah dok Q ni. sampai kat ct gerenti tinggal gelas kosong jer..hahaha

    BalasPadam
  6. aslmkum amie.. baru smpt nk ber BW .. dtg2 ada tayangan yg sgt mgoda..rajin amie buat smoothie..

    BalasPadam
  7. kalau k.ct delima kata q panjang...tak pe lah ucu sanggup ber'q' lagi...janji kalau habis tolong buatkan 1 jug ye k.amie sayang...(bodek lebih ni..hihihi..)

    BalasPadam
  8. Perghhh...time cuaca tak menentu ni memang best dapat hirup strawberry smoothie...segarrrrr..

    BalasPadam
  9. Rajin yah k'Amie buat smothie.. lain kali buat segelas unutk melly sekali yah kak, nanti melly bawa cookies dari rumah,kita minum petang bersama.. hehe

    BalasPadam
  10. salam...tgk smuti ni terus rasa haus.. cantikla gambar...:)

    BalasPadam
  11. wahhh sedapnya smoothie ni kak..memang bagus utk diet ni:)

    BalasPadam
  12. Salam Amie

    Sedap nyer kalau dpt minum smoothie yg masam2 manis segelas aduhhhhh!!!

    BalasPadam
  13. kak amie ... dah boleh buat koleksi smoothie dah ni ... hi3..emm hujan2 lagi kat sini nak bersmoothie pon takut sejuk badan

    BalasPadam
  14. Ain,
    memang sedap Ain, kali ini ta sempat sejukbekukan buah!

    Cik Cek,
    boleh Kak Cik... segelas pun boleh kenyang tau!

    Suri,
    diizinkan kalau boleh gunting ha hahahhh

    BalasPadam
  15. Mama Aini,
    mehlah sini Mama Aini, boleh minum sama he he hehh

    Ct Delima,
    haaa... sesiapa datang, Amie boleh kisarkan Ct, jadi hasilnya memang fresh, tu sebab buat segelas je untuk Amie minum dulu he he hehh

    Dzana,
    buatnya pun mudah saja Dzana, tu sebab rajin nak sediakan hi hihiiii

    BalasPadam
  16. Ucu,
    boleh buatkan satu jug tapi persoalannya... bolehlah perutnya yang ramping tu menampung sampai satu jug... ha hahah kalau tercuci perut tu, kak Amie tak tanggunjawab ye Ucu...

    Rahel,
    hirup santai-santau gitu ye Rahel, elu sama gue jak...

    Melly,
    ooowhhh... itu sudah bagus Melly! Bwak cookies banyak-banyak ye Melly... rakyat kak Amie pun hantu cookies juga!

    BalasPadam
  17. Noorsha,
    biasanya Amie makan smoothie ni tak sampai pun segelas penuh! berebut dengan rakyat jelata!

    Nieza,
    betul tu Nieza, pilihan diet yang sihat dan berkhasiat!

    Mama Hawa,
    ya... cukup lengkap, ada masam, manis & lemak!

    BalasPadam
  18. Wani,
    alhamdulillah....boleh sudah buat koleksi smoothie!

    BalasPadam
  19. Ini memang best buat penyejuk tekak..segelas tak cukup buat akak

    BalasPadam
  20. JR@22,
    boleh cuba... selamat mencuba!

    K. Paty,
    oh... Amie cukup segelas,kenyang!

    BalasPadam
  21. nani nk gelar kak amie ni ratu smoothie la...semua dia pandai buat...rajin betol...

    BalasPadam
  22. Nai,
    terima kasih banyak! seronok dapat gelaran ratu smoothie!

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe