Akar Teratai Goreng

9:20 PTG

Selamat malam semua. Tentu rakan-rakan sedang santai-santai di depan televisyen sambil melipat kain baju.... ha ha hahahh sensitif benar kalau sebut lipat melipat kain baju! Bukan apa, lipat baju memang rutin yang tak akan berpenghujung. Malas nak cerita! Kita cerita tentang Akar Teratai Goreng yang Amie hidangkan semasa minum petang. Selalunya akar teratai kita gunakan sebagai bahan tambahan dalam masakan sup, tapi Amie cuba goreng pula. Entah tahun bila Amie terpandang sebuah rancangan masakan di kaca televisyen tentang akar teratai yang digoreng. Seingat Amie sebelum digoreng, akar teratai perlu direbus terlebih dahulu. Selebihnya Amie tidak ingat entah tepung apa atau ramuan apa yang digunakan. Amie gunakan Tepung Serba Guna Adabi. Akar teratai kalau dihiris lebih nipis, rasanya makin sedap dan terasa garingnya. Jom makan sama.


Resepi: Akar Teratai Goreng
Sumber: Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 batang akar teratai sepanjang 20cm
1 cawan Tepung Serba Guna Adabi
1 biji telur
minyak

Cara:
1. Kupas akar teratai dan hiris nipis. Rebus sehingga empuk. Toskan.
2. Celup hirisan akar teratai ke dalam telur dan salut dengan Tepung Serba Guna Adabi.
3. Goreng dalam minyak yang panas sehingga bewarna kuning keemasan.
4. Angkat dan toskan.
5. Sedia untuk dihidangkan.


Oleh kerana akar teratai yang Amie beli sudah siap dihiris jadi tidaklah dapat menghasilkan bentuk yang lebih nipis. Bagi Amie lebih nipis hirisannya, rasanya lebih sedap sebab lebih rangup.

18 comments

  1. sedap ye amie..tak pernah rasa laa...

    saya pun kalau lipat kain baju...mmg la tersangattt laa rajinyaaa...masa tu la rasa mcm nak tido jer..tapi nak buat mcm mana dah tugas kene la buat sampai habiskann...

    BalasPadam
  2. Malam Kak Amie.. tau aja kalo lagi nonton tv sambil OL, pasal lipat baju tuh yang emang paling malas lah,kadang melly tenggelam di timbunan baju kering tuh..hehe

    baru tau kalo akar teratai boleh di goreng, nampak sedap yah buat teman nge teh.. hehe

    BalasPadam
  3. salam kak amie...

    tanyalah sapa pun... kalau rajin lipat kain baju, mmg salute sangatlah.. izan ni tunggu menggunung baru sibuk nak lipat... hehe...

    pestime tgk ni akar teratai grg. selalu org letak dlm sup aje kan...

    BalasPadam
  4. pertama kli dengar dan lihat ni K.Amie...pernah mkan buah teratai je he he
    sedap ye K.Amie..

    BalasPadam
  5. Salam, Amie... Ma pertama kali dengar dan pertama kali melihat gambarnya di blog Amie... Hehehe...ketinggalan ketapi betullah...!
    Bab lipat baju... oooh.., itu kegemaran ma! Hahaha...

    BalasPadam
  6. Wah ini sudah bagus ..biasanya buat sup je ni dah boleh goreng le..krup..krap..krup..krap

    BalasPadam
  7. assalam amie..mama tak pernah lagi makan teratai goreng ni..hu2x..kat semenanjung ni ada jual ke?..hu2x..

    BalasPadam
  8. As'salam Amie

    memang betul rutin harian melipat kain baju amatlah ct tak suka..kadang2 sampai tinggi mengunung kain dalam bakul baru nak melipat...hahaha. tak suka..mahu upah bibik melipat boleh tak..? hahaha

    ct tak pernah lagi makan, atau dah makan tapi lupa sebab dah lama tak makan. Kalau duduk kat kapung dulu rasanya arwah mak pernah buat kot. sebab duduk dikampung banyak sangat makan ulam2 dan berbagai jenis sayur yang ct sendiri tak kenal. cuma tahu makan jer ct ni dulu Amie...hihi

    suka masuk dapur Amie ni sebab macam2 menu yang pelik2 amie masak :)

    BalasPadam
  9. Amie..belum pernah makan kar teratai ni..tak sangka pulak boleh digoreng..memang ketinggalan acik ni

    BalasPadam
  10. Ain,
    kadang-kadang biarkan saja berlonggok jadi bukit he hehehh...

    Melly,
    betul tu Melly, kak Amiepun selalu gak tenggelam atas timbunan pakaian ha hahahh

    Izan,
    lipat baju ni agaknya kena buat gotong royong baru siap!

    BalasPadam
  11. Mama Sara Nur,
    agaknya yang mama makan tu biji teratai kot...

    Kamariah,
    tahniah! suka lipat baju ye... Amie pun sebenarnya suka buat kerja tu, tapi kalau dah berlonggok tu yang jadi terus tidur atas baju tu... he heheh

    Puan Ros,
    memang boleh digoreng tapi rebus dulu.

    BalasPadam
  12. Mama Aini,
    ada dijual di sana, biasanya di supermarket atau kalau di pasar, cari nyonya jual sayur.

    CT,
    lipat dan sterika... ha hahahh itulah kombinasi kerja yang tak pernah surut... tapi kena buat gak, Amie cukup senang hati dengan kerja-kerja maid, dia rajin sterika semua pakaian... tapi sekarang dah berhenti,balik seberang.
    Bukan menu pelik Ct, tapi sebenarnya baru Ct nampak he he hehh

    Acik Erna,
    memang boleh digoreng, sedap!

    BalasPadam
  13. Akar teratai tu camane kak? dari pokok bunga teratau tu ke? sungguh tak pernah tahu & makan huhu

    BalasPadam
  14. dolu2 kecik2 selalu jugak mkn buah teratai, tapi bila dah besar belum sempat lagi nk mkn akarnya pulak...cu

    sejujurnya ucu x lipat kain skrang tapi tengah bgi komen kt blog 'amie's little kitchen' hihihi....

    BalasPadam
  15. salam amie...
    saya tak pernah rasa lagi akakr teratai ni...maca mana rasanya ya... serius teringin nak rasa!!!...

    BalasPadam
  16. Wah..menarik resepi ni Kak Amie...selalunya Rahel buat sayur akar teratai..tapi yg ni memang best bab kena goreng dg tepung...harus dicuba ni..trima kasih kak bagi idea menarik ni..

    BalasPadam
  17. Qema,
    Akar teratai memang dari pokok teratai yang tumbuh di dalam air, memang ada dijual, terkenal dalam masyarakat Cina, mereka biasanya campurkan dalam sup!

    Ucu,
    yang Ucu makan tu biji teratai... Kak Amie biasanya campuran biji terai dalam sup, atau boleh juga dimasak campur dengan herba tertntu untuk dibuat minuman.

    Wana,
    akar teratai tidaklah mempunyai rasa yang boleh dikatakan sedap, tapi mempunyai khasiat, rasanya tawar, tapi kalau pandai mengolahnya menjadi menu yang sedap, memang sedaplah jadinya.

    Rahel,
    cuba ye... hiris nipis-nipis tau supaya lebih rangup!

    BalasPadam
  18. macem2 yo kak, fisrt time kerungu ki..nak eneng mesti tak djadjal ndisek..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe