Selasa, 29 Mac 2011

Mie Tek Tek, Sop Buah & Pisang Keju

Masih ada lagi menu @ resepi di Pulau Jawa yang belum sempat Amie masukkan dalam blog.... di kesempatan keemasan ini Amie ingin catatkan sedikit pengalaman hari terakhir di Bandung. Petang 17 Mac 2011, selepas mengunjungi Taman Wisata Gunung Tangkuban Parahu, Perkebunan Teh Ciater, Kebun Strawberry dan menikmati hidangan tengahari di Kampung Daun Culture Gallery & Cafe, kami terus dibawa ke satu lokasi yang sangat unik. Keunikannya ialah... semuanya dikelilingi rumpun bambu. Selama 6 hari menjelajah sebahagian bumi Pulau Jawa ini memang terdapat umpun bambu di mana-mana terutama dalam perjalanan ke kaki Gunung Merapi di Jawa Tengah. Tapi, tak pula Amie terjumpa hidangan daripada rebung... he he he. Berbalik pada alam berlatar belakangkan rumpun bambu tadi, rupanya kami di bawa ke Jalan Padasuka untuk menyaksikan Bamboo Afternoon Performance of Saung Angklung Udjo. Kami dikenakan bayaran sebanyak Rp75,000 setiap seorang dan yang menariknya di Tanah Jawa ini, di mana-mana ada surau atau musolla untuk menunaikan sembahyang. Selepas menunaikan solat asar, kami terus ke dewan terbuka untuk menyaksikan persembahan angklung yang baru bermula. Ramai pelancong Perancis dan Belanda di situ. Seronok sangat dapat menyaksikan Wooden Puppet (Wayang Golek), tarian tradisional - Mask Dance atau Tari Topeng dari Cirebon, persembahan Angklung Nusantara dari Acheh, Arumba: Alunan Rumpun Bambu, dan paling seronok semua penonton diajar dan diajak memainkan angklung bersama-sama dan tiba-tiba kami pandai memainkan beberapa lagu seperti Nine Symphony, Burung Kakak Tua, The Song of Do Re Mi dan lain2 daripada angklung dalam masa yang singkat. Puas hati dengan Orkestra Angklung, rasa kenyang dan tak nak makan malam. Tapi, takut perut kosong, kena makan jugalah. Kami makan di Jalan Dago (Factory Outlet). Amie pesan Mie Tek Tek...


Inilah rupa Mie Tek Tek.... kata Pak Dedi, biasanya mee ini digoreng pada waktu malam, dan apabila sudip diketuk di tepi kuali, terdengarlah bunyi tek tek tek... itu sebab dinamakan Mie Tek Tek. Bahannya taklah pelbagai, hanya hirisan ayam, sayur sawi, telur dan rasanya manis-manis pedas. Harganya Rp12,000. Selain Mie Tek Tek, Amie pesan Sop Buah... nak tahu apa itu Sop Buah, lihatlah di bawah ini....



Ada pelbagai campuran buah dalam Sop Buah tu.... Rp10,000



Pisang Keju... Rp8,000.

Sayur Bunga Matahari

Masak bunga matahari ke? Taklah.....cuma susun sayur ala-ala bunga matahari. Ini dapat idea dari buku masakan D.I.Y Masakan Cina Halal. Cuma Amie tidak guna sepenuhnya bahan yang disarankan, sebaliknya Amie gunakan saja bahan yang Amie ada... tu sebab kelopak bunga matahari Amie warna hijau, kalau nak cantik... gunakan / susun babycorn tapi Amie hanya ada sawi. Jadilah.....kan.


Bahan-bahan:
3 batang sawi (ceraikan pelepahnya)
4 kuntum cendawab shiitake (rendam)
1/2 batang lobak merah (potong bulat)
3 cawan air rebusan ayam (toskan dan tinggalkan pelbagai perencah ayam)
1 sudu sos tiram
1 sudu teh tepung jagung
1/2 sudu minyak bijan

Cara:
1. Didihkan air rebusan ayam. Celur sawi hingga masak. Angkat dan toskan.
2. Celur cendawan shiitake dan lobak. Angkat dan toskan.
3. Susun satu persatu pelepah sawi mengelilingi pinggan.
4. Letakkan susunan bulatan lobak merah dan letakkan cendawan shiitake di bahagian tengah.
5. Ambil 1/2 cawan air rebusan ayam dan gaul sebati dengan sos tiram, tepung jagung serta minyak bijan.
6. Didihkan sebentar hingga kuah pekat.
7. Tuang kuah / sos di atas sayur bunga matahari.
8. Sayur bunga matahari sedia untuk dihidangkan.



Daging Puyuh Goreng Bermadu

Masih lagi cerita tentang daging puyuh. Kali ini Amie goreng dengan madu pula. Biarlah anak-anak puas makan daging puyuh kiriman nendanya yang jauh di seberang Laut China Selatan tu...


Bahan-bahan:
5 ekor daging puyuh
3cm halia (tumbuk)
3 biji bawang putih (tumbuk)
1/2 sudu lada putih (tumbuk)
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap manis Habhals
1/2 sudu pati asam jawa
2 sudu madu
minyak

Cara:
1. Gaulkan daging puyuh bersama bawang putih, halia, lada putih dan serbuk kunyit serta asam jawa.
2. Tuangkan sos tiram, kicap dan madu.
3. Perap selama 1/2 jam.
4. Panaskan minyak dan goreng hingga kuning kemerahan.
5. Angkat dan toskan.
6. Daging puyuh goreng bermadu sedia untukdihidangkan.


Omelete

Apakah masakan yang sangat mudah untuk disediakan? Jawapan Amie tentulah omelete.... oang paling malas pun bergegas menyediakannya. Sesekali makan omelete memang sedap...


Bahan-bahan:
5 biji telur gred A
1 labu bawang besar (cincang)
1 biji tomato (cincang)
2 biji lada hijau (hiris nipis)
3 batang daun sup (hiris nipis)
1 sudu serbuk pati ayam
3 sudu mayonis
mentega

Cara:
1. Pecahkan telur dan pukul bersama mayonis.
2. Masukkan kesemua bahan yang dihiris / cincang dan gaul rata.
3. Masukkan serbuk pati ayam dan gaul lagi hingga sebati.
4. Panaskan mentega dan masukkan bancuhan telur .
5. Goreng dengan api sederhana supaya omelete tidak hangus.

Cendawan Tiram Sayur Campur

Ada lebihan cendawan tiram yang belum sempat dimasak. Oleh kerana ada beberapa jenis sayur lain, Amie gandingkan cendawan tiram tadi bersama 'teman-teman'nya yang lain.


Bahan-bahan:
5 kuntum cendawan tiram (carik2)
1/2 batang lobak merah (potong kecil)
10 biji kacang manis (potong serong)
3 biji bawang putih (tumbuk)
3 biji bawang merah (tumbuk)
1 sudu sos tiram
 sudu serbuk pati ayam
minyak

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi.
2. Masukkan lobak merah dan kacau sebentar.
3. Masukkan kacang manis dan cendawan tiram.
4. Masukkan sos tiram dan serbuk pati ayam. Gaul sebati.
5. Angkat dan hidangkan.

Lamb Steak

Selamat petang semua...., nampaknya resepi-resepi Amie belakangan ini lewat masuk blog. Bukan apa, tak sempat... sebab ada perkara lain yang perlu Amie lakukan. Apa pun yang penting ialah perkongsian citarasa dapat ditunaikan. Petang ini Amie sempat muatkan resepi yang ibu mentua selalu masak sebagai resepi kegemaran bapa mentua Amie. Anak-anak pun sukakannya, dan kebetulan pula tidaklah terlalu sukar untuk menyediakan di samping bahan-bahan yang digunakan juga tidaklah pelbagai macam dan jenisnya.  Oleh sebb mereka panggil masakan ini sebagai 'steak', Amie pun 'steak'lah juga....


Bahan-bahan:
500 gram daging biri2 muda (potong ikut suka)
2 biji kentang (potong menjadi 6 bahagian)
5 biji bawang putuh (tumbuk)
5 biji bawang merah (tumbuk)
5cm halia (tumbuk)
1 sudu lada putih (tumbuk)
1 sudu pati asam jawa (bancuh dengan 200ml air)
minyak
garam & perasa

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan tumbuk kecuali lada putih hingga wangi.
2. Masukkan daging dan gaul rata hingga layu.
3. Masukkan bancuhan air asam jawa dan biarkan sehingga mendidih.
4. Masukkan potongan kentang dan lada putih. Biarkan sehingga daging dan kentang empuk.
5. Masukkan garam dan perasa.
6. Tidak perlu mengambil masa yang lama untuk memasak daging biri-biri (muda).
7. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.


Ahad, 27 Mac 2011

Talapia Acar, Tempe Bacem, Tempe Oseng & Sambal Tomat

Setelah puas menikmati masakan  Jawa Tengah yang kebanyakannya manis, kami sepakat meminta Pak Dedi mencarikan menu yang pedas pula. Memang Ayam Bakar Bumbu Bali menyediakan sambal yang menyengat telinga.... berasap habis!... tapi rupanya dalam perjalanan dari Yogyakarta ke Bandung, kelmarin...Pak Dedi sempat menelefon ibunya memasak sesuatu yang pedas untuk kami, tapi pedasnya terkawal, enak & lazat terutama samal tomat (tomato). Di bawah ini antara beberapa menu yang dibekalkan oleh ibu Pak Dedi dan kami makan bersama Ayam Bakar Bumbu Bali. Terima kasih banyak2  kepada Pak Dedi yang sentiasa berusaha untuk memuaskan hati kami sepanjang lawatan 6 hari ke Jawa Barat hingga ke Jawa Tengah....


Terlupa sejenak Ayam Bakar Bumbu Bali selepas melihat Talapia Acar.... berlumba2 makan talapia dengan Nano & Nonie... sampai Nonie tak sedar ada kencur dalam Talapia Acar.... Amie biarkan Nonie makan puas2, lepas tu baru Amie beritahu..... ha....'kami memang tak suka makan kencur' kata Nonie, ... 'tapi ikan talapia tu dicampur kencur he he he...Nonie dah termakan kencur'...... kira2 dah 3 kepala talapia Nonie makan he he he.... memang sangat sedap!



Ini Tempe Bacem.... tak sangka rasanya juga sangat lazat, kalau Amie tahu, awal2 lagi tak payah pesan nasi, ratah saja tempe.... macamanalah nak buat tempe bacem di tempat kita ye....



Ini Tempe Oseng.... kawan2 kata sangat pedas, Amie
 tak sempat nak cuba....



Ha.... ini habis licin kami makan, kalahkan sambal Ayam bakar Bumbu Bali yang pedas berasap sampai ke telinga tu, kata Pak Dedi ini Sambal Tomat.... Terima kasih sekali lagi untuk Pak Dedi dan ibu beliau, tak sempat nak salin resepi Masakan Jawa Sunda yang ternyata memang lazat!!!!

Bajigur

Bunyinya macam Bazigaar... filem Hindustan tu he he he.... Sebenarnya bajigur merupakan salah satu desserts yang disarankan oleh Pak Dedi. Katanya, ini menu Jawa Sunda. Kebetulan sedang sibuk memilih hidangan di Kampung Daun Culture Gallery & Cafe, terpandang pula 'bajigur' ini.... apalagi, Amie yang suka mencuba menu yang pelik2, terus pesan..., dan bajigur yang dimaksudkan rupanya adalah seperti di bawah ini....


Ini dia bajigur.... Amie rasa sesuai dinikmati waktu petang. Dihidangkan dalam keadaan hangat, rasa sangat lemak dan manis. Memang sedap, tapi sebab perut diisi dengan nasi, tak larat pula nak habiskan bajigur. Menurut Pak Dedi, bajigur diperbuat dari bahan seperti gula jawa, kolang kaling dan santan. kolang kaling tu buah nipah ye... Istimewanya, bajigur di sini dihidangkan menggunakan tempurung kelapa. Nampak unik & tradisi.....


Ini pesanan orang tak sedar diri.... agaknya dah lama tak jumpa cendol, nampak dalam menu terus je pesan tapi tak sempat nak menghabiskannya.... sama juga macam bajigur di atas tu. Cendolnya memang sangat sedap, lemak & manis tapi apa boleh buat, perut terlebih dahulu dipenuhi dengan Ayam Bakar Bumbu Bali.....

Cendawan Tiram Goreng Rangup

Assalamualaikum semua...moga sentiasa sihat hendaknya. Nampaknya, banyak resepi yang 'terlewat' masuk blog, tapi tak apalah... yang penting gambar tu tak basi kan, he he he... kali ini Amie nak masukkan resepi cendawan tiram goreng rangup. Teringat semasa makan Jamur Crispy Dengan Mayonis di Restoran Pringsewu  tempohari, teringin pula nak buat sendiri. Kalau balik kampung, Amie memang suka beli dipasar malam.  Kebetulan pula, pulang dari kerja... jiran sebelah bagi 1/2 kilogram cendawan tiram yang masih segar dibeli di Kota Kinabalu. Apalagi, Amie pun tunaikanlah hasrat hati tu....masak menggunakan bahan yang ada dalam simpanan di dapur.



Bahan-bahan:
1/2 kg cendawan tiram
12 sudu tepung crispy fried chicken hot & spicy
8 sudu air
minyak

Cara:
1. Bilas cendawan dengan air dan toskan hingga kering.
2. Carik-carik cendawan ikut saiz yang dikehendaki.
3. Taburkan 6 sudu tepung crispy fried chicken hot & spicy.
4. Tuangkan air sedikit demi sedikit dan gaul rata hingga sebati.
5. Panaskan minyak yang banyak supaya boleh menggoreng sehingga tenggelam.
6. Taburkan lebihan 6 sudu tepung crispy tadi ke atas bancuhan cendawan.
7. Goreng menggunakan minyak yang panas dan angkat apabila sudah garing.
8. Sedia untuk dihidangkan. Jika suka, tuangkan sedikit mayonis di atasnya.

Ayam Bakar Bumbu Bali di Kampung Daun Culture Gallery & Cafe

17 Mac 2011, kami sempat ke Tangkuban Parahu Subang melihat kawah gunung berapi yang masih aktif. Nyaman, dingin dan berkabus tapi tak mungkin Amie lupa, dalam perjalanan ke situ banyak gerai jualan makanan... antaranya termasuklah sate kelinci (arnab), sate ayam dan paling mengejutkan... ada tulisan 'sate biawak' di antara pelbagai hidangan sate itu. Selepas melawat Tangkuban Parahu kamu dibawa ke Ladang Teh Ciater dan memetik sendiri buah strawberry di Kebun Strawberry dengan harga yang ditawarkan Rp60,000 1kg. Kemudian kami dibawa ke Kampung Daun Culture Gallery & Cafe untuk makan tengahari.



Semua pilih menu Ayam Bakar Bumbu Bali.



Belek punya belek menu... mana nasinya?  Tu... dibungkus dalam daun pisang...



Seorang kawan pesan nasi (tinggi macam gunung tu...) dengan
Sup Iga ( di bawah).





Ini tempat kami menjamu selera... rasa naktidur je lepas makan....



Sebelum tinggalkan tempat ini, eloklah posing dulu....

Jumaat, 25 Mac 2011

Ayam Masak Sweet & Sour

Amie ambil kesempatan selitkan masakan sendiri pula. Ini masakan kelmarin petang tapi baru sempat nak masukkan dalam blog. Ringkas tapi sedap... itu komen anak-anak, maklumlah mereka suka masakan bersos....


Bahan-bahan:
1/2 kg daging ayam(potong ikut suka )
 1 paket serbuk perencah sweet & sour maggie
1 labu bawang besar (potong ikut suka)
1/2 batang lobak (potong ikut suka dan celur)
10 biji kacang manis (potong 2 dan celur)
1 biji tomato (belah 6)
minyak
75ml air

Cara:
1. Gaul daging ayam bersama sedikit garam serta kunyit dan goreng hingga masak. Ketepikan.
2. Panaskan 2 sudu minyak dan tumis bawang besar.
3. Bancuh serbuk perencah sweet & sour dengan air dan masukkan ke dalam kuali.
4. Masukkan lobak, kacang manis dan tomato. Biarkan seama 1 minit atau sehingga kuah pekat.
5. Tuang sos sweet & sour ke atas ayam goreng tadi.
6. Ayam masak sweet & sour siap untuk dihidangkan.

Makan Malam di Mitra Sederhana Pasteur: Restoran Padang

Sambung catatan perjalanan Jakarta - Bandung - Yogyakarta. Pada 16 Mac 2011, bersamaan hari Rabu kami selamat sampai ke Bandung setelah melalui perjalanan panjang dari Yogyakarta. Dalam keadaan pening-pening lalat, bas Pariwisata berhenti di hadapan Restoran Padang. Sebaik sahaja kami duduk di kerusi, hidangan teh panas segera diletakkan di hadapan kami. Sebanyak 17 jenis lauk disediakan dan tanpa membuang masa, kami pun terus menikmati masakan Padang. Oleh sebab letih dalam perjalanan, selera untuk makan pun kurang kerana apa yang Amie bayangkan ilah tempat berehat. Apa pun dalam banyak-banyak lauk yang dihidangkan Amie sempat menjamah lauk-lauk kampung seperti jering goreng lada merah dan lada hijau (tak berbau sebab direbus terlebih dahulu), serta ulam pucuk ubi serta sedikit kari kepala ikan tapi rasa masin pula, mungkin kepala ikan kering.... Kawan-kawan yang lain menjamah macam-macam lauk lain, bukan Amie tak mahu makan banyak, selain letih, Amie dah terminum segelas besar air teh....perut pun rasa dah penuh...


Kari Kepala Ikan


Pelbagai jenis.... Ayam Bakar, Ayam Masak Rendang, Ikan Tuna Masak Pedas.



Macam-macam lauk.... tak ingat apa namanya.


17 jenis lauk-pauk dihidangkan. Pilihlah mana yang disukai....


Jering Goreng Berlada (Hijau)


Jering Goreng Berlada (Merah)


Tak ingat......entah apa .....


Ikan Tuna Masak Pedas


Paru Goreng



Otak Lembu Masak Lemak


Hati Lembu Masak..... tak tahulah..... ambil gambar saja.

Khamis, 24 Mac 2011

Kaki Ayam Masak Sup

Jumpa lagi.... Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana masih diberi peluang untuk kita bertemu di alam maya. Menu Amie kali ini hanyalah sup ayam..... (masakan kelmarin: baru sempat upload) masak ringkas2 saja. Sewaktu Amie balik ke rumah Bonda pada dinihari Sabtu (sampai kampung pukul 2.30 pagi dari LCCT sebab flight delay dari Jakarta). Sewaktu Amie tunaikan solat Subuh, sudah terbau aroma masakan dari dapur, tapi selepas itu Amie sambung tidur sebab tersangat letih. Pukul 8.00 pagi, Amie terbangun dan Bonda ajak sarapan pagi di dapur. Macam-macam Bonda sediakan, termasuklah cempedak goreng, ubi rebus dengan ikan kering, nasi, sayur pucuk meranti, ikan cencaru dan.... tiba-tiba kakak datang bawa sup ayam yang harum semerbak... Adik Amie pula sibuk mengukus kuih pau... katanya untuk Amie makan bersama kawan2. Tidak lama kemudian, anak buah pula datang dengan sekotak keropok & kerepek, siap packing.... Oh! Masa terlalu singkat, kerana pukul 10 pagi, Amie terpaksa tinggalkan Bonda dan sanak saudara.... dan paling tidak sanggup Amie lihat ialah airmata Bonda...... namun, selamat tinggal semua, insya-Allah jumpa lagi.


Sebenarnya Amie masak sup kaki ayam ikut resepi Bonda dan yang biasa orang kampung Amie masak. Kena tumis dahulu semua bahan perencah, layukan ayam dan baru tambah air. Biasanya mereka pilih bahagian kaki ayam untuk dibuat sup.

Bahan-bahan:
1/2 kg kaki ayam (potong 2)
10 biji cendawan kering shiitake (pilih yang kecil)
1/2 batang lobak merah (potong-potong)
1 sudu lada putih (tumbuk)
2 kuntum bunga lawang
5 cm kulit kayu manis
1 sudu serbuk pati ayam
minyak
daun sup
bawang goreng

Bahan tumbuk:
5 biji bawang putih
5 biji bawang merah
3 cm halia
1/2 sudu ketumbar
1/2 sudu jintan putih
1/2 sudu jintan manis

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan tumbuk bersama bunga lawang dan kulit kayu manis hingga wangi.
2. Masukkan kaki ayam dan balik-balikkan hingga layu.
3. Masukkan 600ml air dan biarkan mendidih.
4. Masukkan lobak dan cendawan kering shiitake.
5. Masukkan lada putih. Biarkan mendidih lagi hingga kaki ayam empuk.
6. Masukkan lada putih.
7. Masukkan serbuk pati ayam.
8. Angkat dan hidangkan bersama taburan bawang goreng dan daun sup.


Makan Tengahari di Restoran Hotel Grafika

Sambung lagi catatan perjalanan.... selepas melawat Candi Borobudur, kami terus dibawa ke Restoran Hotel Grafika. Macam-macam makanan disediakan tapi Amie pilih lauk-pauk kampung termasuk sup ekor (di sini disebut sup buntut).


Unsur Hindu-Buddha seperti patung-patung dan sebagainya banyak terdapat di Yogyakarta.



Inilah Sup Buntut yang Amie pesan.



Amie pilih lauk ringkas seperti tempe goreng (sekeping2), tempe sambal, sayur kacang panjang, sambal belacan dan sebiji telur masin. Pak dedi cadangkan supaya makan dengan keropok. Lepas makan, sempat ke kedai bersebelahan membeli beberapa kotak Dodol Kudus, sempat merenung kerepek belut....

Rabu, 23 Mac 2011

Rebung Tumis Dengan Tenggiri Kering

Assalamualaikum.....  petang ni nak masukkan resepi rebung tumis dengan ikan tenggiri kering. Sebenarnya ini masakan kelmarin tapi tak sempat nak upload gambar. Ringkas sahaja masakan ini tapi enak dimakan bersama nasi panas.


Bahan-bahan (dihiris nipis)
1 mangkuk rebung
1 potong ikan tenggiri kering
3 biji bawang putih
3 biji bawang merah
3 biji lada hijau
3 biji lada merah
1 sudu serbuk pati ikan bilis
minyak

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih serta bawang merah hingga naik bau.
2. Masukkan hirisan ikan tenggiri kering dan gaul rata.
3. Masukkan hirisan lada merah dan lada hijau serta rebung.
4. Balik-balikkan selama beberapa ketika.
5. Masukkan serbuk pati ikan bilis.
6. Apabila sedang elok masak, bolehlah diangkat dan segera dimakan bersama nasi panas.

Selasa, 22 Mac 2011

Puyuh Goreng Berempah

Assalamualaikum semua.... asyik upload makanan negara jiran, sampai terlupa pula nak masukkan masakan sendiri. Petang tadi Amie sempat masak burung puyuh. Dalam perjalanan pulang dari Jakarta, kami terpaksa bermalam di LCCT. Sempat Amie balik kampung jumpa Bonda walaupun lewat pukul 2.30 pagi. Pukul 10.00 pagi terpaksa berangkat semula ke LCCT. Macam-macamlah bekalan yang disediakan termasuk kerepek,keropok, kuih pau, dan Bonda tidak lupa sediakan dua bungkus burung puyuh. Bonda mahu goreng tapi Amie kata biarlah bawa ke Sabah dalam keadaan beku. Ha... 7 ekor burung... masuk dalam kuali... puyuh goreng berempah la....


Bahan-bahan:
7 ekor daging puyuh (potong/biarkan bulat)
minyak
1 sudu serbuk kunyit
1/2 sudu teh pati asam jawa
1 sudu lada putih (tumbuk)
garam

Bahan kisar:
5 batang serai
3cm halia
5 biji bawang putih
5 biji bawang merah

Bahan kisar kasar:
1 sudu ketumbar
1 sudu jinta putih
1 sudu jintan manis

Cara:
1. Gaulkan daging puyuh dengan semua bahan dan perap selama 1 jam.
2. Panaskan minyak yang banyak dan goreng daging puyuh dalam keadaan tenggelam.
3. Goreng hingga kuning kemerahan dan angkat bersama bahan perap yang telah garing.
4. Daging puyuh goreng berempah sedia untuk dihidangkan.

Dinner at Gazebo Garden Restaurant

Assalamualaikum semua.... terimakasih kerana masih sudi mengikuti perkembangan perjalanan Amie menjelajah bahagian Jawa Barat hingga ke Jawa Tengah. Cuaca cukup panas semasa kami berada di Candi Prambanan tetapi anginnya sangat nyaman. Seronok melihat banyak pohon belinjo berbuah lebat di sekitar candi. Selepas sembahyang jamak qasar zohor dan asar, kami terus pulang ke tempat penginapan di Wisma Ary's. Kelam-kabutlah kami sebab terpaksa bergegas pula untuk ke teater terbuka. Sebenarnya, Amie rasa dah tak larat tapi memikirkan datang dari jauh dan mungkin selepas ini tiada kesempatan lagi untuk ke mari, Amie gagahkan juga untuk menyiapkan diri. Kami di bawa ke Gazebo Garden Restaurant. Tempatnya sangat indah dan cantik serta nyaman dan boleh memuatkan kira-kira 1,500 orang tetamu. Amie kurang mengambil gambar di sini kerana Amie lihat makanan yang dihidang lebih kurang sama dengan yang Amie temui di hotel lain. Tempe tetap merupakan menu utama. Ayamnya juga masih kecil seperti ayam di tempat lain. Kebanyakan pelancong yang menjamu selera terdiri daripada pelancong Jepun dan Belanda juga Perancis.


Sepetang di Candi Prambanan


Sentiasa didatangipengunjung dalam & luar negara.


Antara menu yang dihidangkan di Gazebo Garden Restaurant.


Pecal pun turut disediakan.


Sambil makan kami dihiburkan dengan lagu.... tak faham apa lagunya.


Dalam banyak2 hidangan, tempe dan tahu tetap tak ketinggalan...


Tarian Golek Serimpi


Cuci mulut dengan bubur sum-sum.


Selepas makan kami dibawa ke Open Air Theater PURAWISATA... menyaksikan The Real Ramayana Ballet.... waduh!... bateri kamera Amie habis.... tak dapat tangkap gambar lagi, aa pun selama 1 jam 1/2 sangat terhibur dengan persembahan itu... 

Isnin, 21 Mac 2011

Makan Tengahari di Yogyakarta

Sebenarnya tak ingat nama restoran  yang kami masuki. (Ikut jadual perancangan pemandu pelancong).  Maklum, sepanjang hari membuat lawatan ke Keraton (Istana Raja Jawa), kemudian melawat pula ke Taman Sari, tempat mandi-manda keluarga diraja yang dibina pada tahun awal abad ke 18, berkesempatan pula ke masjid sultan yang dibina di bawah tanah. Perjalanan diteruskan hingga ke Jalan Tirtodipuran tempat pembuatan batik tulis tangan  Raradjonggrang. Kemudian melawat pula ke kilang pembuatan barangan perak.... dan akhirnya terasa sangat lapar..... sampai ke restoran rasa canggung sebab layanan yang diberi macamalah kami ini anak2 keraton he he he.... layanannya je tu.... dan di bawah ini ialah antara menu yang dihidangkan.



Sup Tomat.


Disediakan juga kerepek ubi. (ada keropok udang tapi tak ambil gambar)


Gule Ikan Kakap


Sambal Belacan


Menu yang mesti ada di Pulau Jawa: Kari Tahu & Tempe


Sayur Chap Chai.


Acar.


Jus....Amie pesan air kelapa + oranges.


Gambar di atas menunjukkan tempat makan kami....
Lepas makan, kami pergi ke Candi Prambanan.