Ulang Tahun Pertama: Amie's Little Kitchen

12:36 PG

Hari ini 16 Disember 2011 genaplah setahun usia Amie's Little Kitchen. Walaubagaimanapun, sebelum itu Amie telah bermula dengan 2 buah blog yang lain, namun semenjak kelahiran Amie's Little Kitchen barulah Amie menyedari apa sebenarnya yang Amie cari selama ini. Amie's Little Kitchen merupakan  pilihan yang tepat untuk memenuhi masa  lapang dengan berkongsi masakan kegemaran Amie di samping mencuba pelbagai resepi baru dari blogger masakan yang lain. Amie sangat gembira dan begitu menghargai kehadiran semua pengunjung ke dapur Amie yang seadanya ini. Terima kasih semua.... tanpa anda siapalah Amie's Little Kitchen. Marilah kita sama-sama terus berusaha memeriahkan dunia masakan tanahair kita yang bagaikan lautan tanpa sempadan. Selain kongsi resepi, kita juga kongsi suka duka bersama-sama. 


Ehsan: Google

Insan di balik tabir Amie's Little Kitchen adalah  bujang Amie, Mohd. Faridzuan@Abang. Pertama kali membangun laman, Abang banyak membantu Amie dan kemudiannya Amie kendalikan sendiri sehingga setengah mahir. Hari ini sekali lagi Abang bantu Amie mengemaskini Amie's Little Kitchen supaya lebih kelihatan rapi dan tersusun. Banyaklah aksesori yang Abang buang kerana katanya, yang penting ialah pengisian blog, serta memudahkan pengunjung untuk melawat. 


Terima kasih Abang kerana banyak membantu Mummy. Dengan adanya blog masakan sendiri, Amie sentiasa mencari masa dan ruang untuk mengemaskini sekerap mungkin. Terima kasih juga buat pelanggan tetap Amie's Little Kitchen yang sanggup makan apa sahaja menu yang Amie hidangkan tanpa banyak soal. Mereka ialah isi rumah keluarga kecil Amie termasuk Encik Suami dan 3 anak bujang Amie di bawah ini.



Sebelum Amie mengundur diri Amie ingin kongsi bersama rakan-rakan tentang kebaikan laman blog kepada pengendali blog seperti kita. Tahukah rakan-rakan sekalian, kita adalah sebahagian daripada yang tertulis di bawah ini:
  • Blog ialah singkatan darpada blog web - istilah yang pertama kali digunakan oleh Jorn Barger pada penghujung tahun 1997. Beliau menggunakan istilah blog web untuk merujuk kepada pemilik laman web peribadi, yang sering mengemaskinikan catatan mereka secara berterusan.
  • Blog merupakan cara mudah untuk mengenal peribadi pemiliknya atau kecenderungan pemiliknya menulis tentang sesuatu isu.
  • Menulis blog atau memblog setiap hari akan menjadikan pengendali blog lebih yakin pada diri melalui pandangan yang diutarakannya.
  • Apabila sering melahirkan buah fikiran dalam blog, mereka bukan sahaja mampu menjanakan pemikiran secara lebih terbuka dan kritis, tetapi juga menjadi terapi yang sihat kepada minda.
  • Laman blog juga dapat dijadikan ruang untuk memperoleh pendapatan dengan cara mudah. Hal ini demikian kerana berkembangnya sistem pemasaran di alam siber menjadikan blog medium yang amat berguna bagi sesiapa yang ingin mengiklankan produk masing-masing.
  • Laman blog juga lebih mudah dikendalikan berbanding dengan laman sesawang yang agak sukar dikendalikan.
  • Blog menjadi saluran alternatif paling berkesn untuk menyuarakan pandangan dan berdebat tentang sesuatu isu daripada pelbagai perspektif.Kita bebas menuarakan pandangan dan berdebat tentang sesuatu isu asalkan tidak menyalahi undang-undang, misalnya tulisan yang berunsur fitnah dan hasutan.
  • Melalui komen yang diberikan oleh pengunjung, laman web menjadi mediumpaling berkesan untuk berkongsi apa-apa juga pendapat dan pandangan, sekali gus menjadikan seseorang pengendali laman blog lebih peka dan terbuka baik dari segi pemikiran mahupun pandangannya.

Dipetik dan diubahsuaikan daripada "Ledakan Blog: Di Manakah Remaja" oleh Muhamad Irfan, Dewan Siswa, Julai 2008.

25 comments

  1. Happy anniversary dapur Amie! Wah! buat facelift ni! kemas! cantik juga! tahniah amie..wc rasa untung sangat dapat kenal amie di sini..

    BalasPadam
  2. Tahniah Kak Amie. Melalui blog juga kita dapat berkenalan dan menambahkan bilangan kenalan. Walaupun tidak pernah bersua namun terasa hubungan yang rapat .Tahniah sekali lagi buat Kak Amie , dapur dah bertambah cantik dan kemas. Lepas ni lebih ligat lagilah memasak....

    BalasPadam
  3. hepi 1st anniversary to 'Amie's Little Kitchen' keep up more and more kak amie...nice blog!!

    BalasPadam
  4. Amie selamat pagi dan happy anniversary ya.Muga2 bertambah meriah dunia blog kita kan.

    BalasPadam
  5. happy 1st anniversary buat blog akak, berwajah baru blog akak? nice!!!

    BalasPadam
  6. WC,
    terima kasih banyak-banyak, nak dapur yang serba ringkas saja, gembira sangat dapat kenal dengan WC.

    Yatie,
    terima kasih Yatie,
    memang seronokdapat menjalin perkenalan di alam maya,
    insya-Allah nak merempit terus di dapur ha hahah

    Ida,
    terima kasih Ida,
    wokey.... akan diteruskan.

    Puan Ros,
    selamat pagi,
    sama-samalah kita terus meriahkan dunia masakan ye.

    Aju,
    terima kasih Aju,
    Kak Amie nak blog yang ringkas dan ringan saja supaya mudah menguruskannya.

    BalasPadam
  7. salam Amie....Hepi Besday utk blog Amie....dah tiup lilin ke belum ni?
    nk potong kek nnt jgn lupa ajak Liza sekali yer...hihihi

    BalasPadam
  8. tahniah kak amie..cantik rumah baru...berseri2 je...hehehe

    BalasPadam
  9. Happy anniversary Amie's Little Kitchen...
    tukar peralatan dapur nampak... dah semakin cantik dan kemas, tunggu ye, jab lagi ucu datang hantar bunga n rvc ye...
    sayang kak amie....

    BalasPadam
  10. salam Amie.HAPPY ANNIVERSARY BLOG!!Sedar X sedar dah setahun usianya...
    Makin cantik blog ni..

    BalasPadam
  11. Happy Anniversary Dapur Amie...muga terus sukses dan terus memberi ilmu untuk dikongsi bersama...

    BalasPadam
  12. Liza,
    kek yang diorder belum sampai lagi... nanti Amie panggil Liza tiup sama-sama ye.

    Quinnie,
    nampaklebih lapang ye Quinnie...senang nak lari-lari.

    Ucu,
    terima kasih cayang Ucu... kak Amie tunggu bunga and RVC kat dermaga tempat Ucu selalu labuhkan tongkang ucu tu.

    Azatie,
    terima kasih Atie...rasa lebih selesakan Atie.

    UmmiAkid,
    terima kasih Ummi..sama-samalah kita sumbang pengetahuan untuk dikongsi bersama.

    BalasPadam
  13. Congratulations on your 1st Blogversary ya Amie..Semuga, 'Amie's Litte Kitchen' akan terus forward kehadapan dan teruskan perkongsian ilmu ya..insyallah..

    BalasPadam
  14. salam amie... tahniah atas ulangtahun Amie's Little Kitchen yg pertama ya.. semoga blog terus mantap dan mood blogging terus utuh.. hehe..

    owhh ada 3 hero semuanya ya.. :)

    BalasPadam
  15. Assalam, K Amie...
    Happy Anniversary tuk Amie's little Kitchen... Izin nurul singgah kat cni yer... :)

    BalasPadam
  16. assalam amie, happy anniversary. smga dpt terus berkarya dlm bidang masakan sekaligus berkongsi ilmu.

    BalasPadam
  17. happy aniversary Amie..mmg best ada blog,boleh curahkan apa2 saja yg ada dlm hati..*_*

    BalasPadam
  18. Happy birthday Amie's Little Kitchen, sayang kamoo!!!

    BalasPadam
  19. Sweet rumah baru Amie...
    Happy 1st anniversary Amie's little kitchen dan tahniah dari kak Zai .

    Blog juga boleh dapat ramai kawan dan kadang2 menjadi sahabat akrab.

    BalasPadam
  20. Ayu,
    terima kasih Ayu, insya-Allah kita akan terus ke hadapan dalam perkongsian maya.

    Kak Nor,
    terima kasih Kak Nor, mudah-mudahan akan semantap Kak Nor...he hehehhh

    Mawar Merah,
    insya-Allah Mawar Merah...sama-samalah kita berusaha ke arah itu.

    BalasPadam
  21. Ummi,
    terima kasih banyak-banyak Ummi, love you too...

    Kak Zaitun,
    terima kasih kak, betul tu...sungguh menggembirakan dan memang dapat banyak kawan serta boleh tukar2 fikiran.

    BalasPadam
  22. Assalamualaikum Amie,

    Tahniah dh setahun moga Amie bertambah mantap dan berjaya dlm mengendalikan blog Amie yg cun ini...gambar pun semakin cantik dan memikat hati...resepi pun tak kurang hebatnya...biasa kalau masuk sini pasti kecur kita dibuatnya.

    BalasPadam
  23. As'salam Amie

    Happy 1st Annivesary Amie's Little Kitchen.

    Semoga semakin mantop dengan menu2 yang sedap dan mengecurkan. Ct suka kesini sebab menu masakkan Amie lain dari yang lain. dengan resipi ikan yang tak pernah ct lihat dan mencubanya. Insya'Allah semoga Amie's Little Kitchen akan terus kembang mekar dan mewangi setiap hari..Tahniah dari Ct sekali lagi..muahhh!

    Maaf lambat wish ya *wink*

    BalasPadam
  24. Assalam Kak Amie, maafla lambat singgah sini semlm tak bw pun. happy belated 1st blog anniversary kak..semoga akak akan terus berkongsi resepi dan menulis lagi nanti.blog akak memang best:)

    BalasPadam
  25. CT Delima,
    terima kasih Ct,
    memang banyak ikan di sini Ct, banyak lagi yang Amie belum masak... he he hehh takut orang takut tengok rupa ikan yang pelik-pelik..hi hi hii.

    Nieza,
    Waalaikumussalam.
    Terima kasih Nieza, jom kita sama-sama meriahkan dunia masakan warisan nenek moyang kita ye Nieza.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe