Sup Ekor

6:05 PTG

Jom makan Sup Ekor. Jangan lupa bubuh sambal kicapnya sekali. Sekali lagi Amie masak ikut cara orang lama, cara bonda dan cara orang kampung Amie masak. Biasanya orang kampung kami akan tumis terlebih dahulu samada daging, tulang atau ayam yang hendak dimasak sup. Menurut bonda, tujuannya ialah untuk menghilangkan bau hamis atau hanyir pada haiwan tersebut. Kadang-kadang Amie terlajak rebus terus kalau masak sup tulang atau ayam, tapi kalau bonda nampak mesti kena tegur.  Lepas tu, rempah-rempah seperti ketumbar, jintan putih dan jintan manis hendaklah ditumbuk, tapi jangan terlalu halus. Bonda tak gunakan sup bunjut atau rempah sup.Tak apalah kan... itu cara bonda dan orang kampung Amie masak sup. Orang lain di kampung lain atau di tempat lain tentu ada caranya yang tersendiri. Eh! Sibuk mengarut, tak sedar nanti sejuk pula Sup Ekor di bawah ni..... Jom makan!


Resepi: Sup Ekor
Sumber: Amie's Little Kitchen 

Bahan-bahan:
500 gram ekor lembu
2 biji kentang - potong 2
1 liter air
1 kiub pati tulang
minyak
garam / perasa pilihan
daun sup - hiris
daun bawang - hiris
bawang goreng

Bahan tumisan:
5 biji bawang merah - mayang halus
3 biji bawang putih - mayang halus
1.5cm halia - ketuk
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3cm kulit kayu manis
1/2 sudu lada hitam - tumbuk
1/2 sudu biji ketumbar - tumbuk
1/2 sudu jintan putih - tumbuk
1/2 sudu jintan manis - tumbuk
1 bonggol (3cm) pokok daun sup - tumbuk

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih, bawang merah dan halia hingga wangi.
2. Masukkan segala rempah ratus dan bahan tumisan yang lain. Kacau rata hingga sebati.
3. Masukkan ekor lembu dan gaul bersama bahan tumisan sehingga ekor lembu kelihatan layu.
4. Masukkan air dan tutup periuk. Biarkan ekor sup mendidih sehingga empuk.
5. Masukkan kentang, pati kiub tulang, dan sedikit garam.
6. Setelah kentang empuk, masukkan sedikit bawang goreng, daun sup dan daun bawang. Tutup periuk dan matikan api.
 7. Sup Ekor sedia untuk dihidangkan bersama Sambal Kicap.


Jangan lupa sediakan sekali Sambal Kicap.

Bahan-bahan:
12 biji cili padi
3 biji bawang putih
4 sudu kicap manis - Kicap Cap Kipas Udang (Habhals)
1 sudu kuah Sup Ekor
3 biji limau kasturi - ambil jusnya

Cara:
1. Tumbuk cilipadi bersama bawang putih.
3. Campurkan dengan kicap manis, kuah sup dan jus limau kasturi.
4. Sedia untuk dihidangkan.


Jumpa lagi! Salam sayang buat semua pengunjung Amie's Little Kitchen.

15 comments

  1. bestnyer kalau dpt hirup sup ekor di kala cuaca sejuk beku ni kak...nieza pun suka masak sup yg ditumis dulu..rasa harum jer kuah sup tu nanti.

    BalasPadam
  2. perghhhhhh....kalau la dpt sup ekor time ujan2 cam ni...fuhhhh memang layan abiss......haih..lapar la pulak

    BalasPadam
  3. Nieza,
    time sejuk beku memang sedap hirup kuah sup cicah roti ye Nieza...hi hi hii macamlah kita pernah duduk di tempat sejuk beku pulak,

    memang harum kuahnya sebab dan sebati dengan bahan tumisannya.

    Gula Merah,
    layan sup..hirup...slurrpppp!

    BalasPadam
  4. Amie..ummi bawak roti sekali ni, nak cicah sup, hehe..

    BalasPadam
  5. Amie..acik suka sup ekor..tapi memang belum pernah buat sendiri.sebab susah betul nak dapat beli ekor yang belum dimasak.dh habis dibooking kedai makan katanya.

    BalasPadam
  6. Ummi,
    memang sedap cicah dengan roti...silakan Ummi.

    Acik Erna,
    betul tu Acik... harganya pun kalahkan harga daging batang pinang.

    BalasPadam
  7. fuhhh...sedapnya sup ekor.....kalau dapat makan ni tentu bertambah nasi...

    BalasPadam
  8. sedapnye sup ekor...makan dgn nasi panas2 ...

    BalasPadam
  9. Salam Kak Amie..
    sedapnya hirup kuah sup ekor time hujan-hujan ni..

    BalasPadam
  10. Tengah berangan hidup kuah sup,antara makanan feveret hanis..yum!

    BalasPadam
  11. MP,
    makan dengan mee hoon pun sodap!

    Mama Sara Nur,
    mehlah makan sama-sama.

    Rahel,
    betul tu Rahel, di sini pun hujan juga.

    Hanis,
    jemputlah hirup sama-sama Hanis.

    BalasPadam
  12. kak amieeeee..sedapnyer sup ekor..ada sambal kicap lak tu...mau sedap dihirup sruppppp kuahnya..mieza kalau nak makan ekor time raya haji je kak..kalau hari biasa kejap je ekor lembu dah abis dijual tak sempat mieza membelinya..perah asam limau dalam sup tu..dappppp!

    BalasPadam
  13. terliur tengok sup ekor ni..feberet Pak Su ni..tpi sayang seribu kali sayang ..ucu blm pandai2 lagi makan sup ni..sekadar kuah sahaja yg ucu hirup....rasa rugilah pulak...

    BalasPadam
  14. Mieza cayanggg....
    kak Amie pun jarang jumpa ekor ni, lama dulu (dah bertahun dah) kali terakhir kak Amie makan di Hotel Sangri-La Rasa Ria di Kota Kinabalu...Asam Pedas Ekor!

    Ucu cayangggg,
    ini yang besnya kawan dengan ucu, bolehlah Kak Amie belanja makan sup ekor...jadinya Ucu hirupkuahnya saja, kaka Amie makan ekornya... he heheh

    BalasPadam
  15. Salam Kak Liza..he he he he....Sue guna tulang Then Kak Liza guna ekor..sama-samalah kita hirup sup....sedappp nyaaaaaa....

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe