Smoothie Nenas, Mangga & Honey Red Dates Tea

1:56 PTG

Hari ini khidmat Amie diperlukan di sekolah. Atas nama yang menurut perintah Amie pun hadir sehinggalah lewat pukul 12 tengahari. Sampai ke rumah, terus buka peti sejuk dan keluarkan bahan yang disejukbekukan untuk buat smoothie. Kali ini Amie  gabungkan 3 bahan iaitu nenas, mangga dan madu - Honey Red Dates Tea. Yang tak biasa dengan menu smoothie begini, jangan cuba ye.....takut mabuk pula. Sebenarnya Amie banyak mempelajari cara-cara menyediakan smoothie dari beberapa buah buku termasuk Smoothies & Juices - The Essential Recipe Handbook dan juga Smoothies and Shakes oleh Susannah Blake. Oleh kerana buah yang digunakan dalam buku-buku tersebut bukan buah-buahan tempatan kita atau buah tropika, jadi Amie pun kenalah belajar menyesuaikan beberapa jenis buah tempatan untuk menghasilkan smoothie yang lazat. Satu lagi, Amie teringin  buat smoothie berasaskan sayur dan buah seperti dalam buku tersebut, tetapi setakat ini Amie belum lagi untuk mnecubanya. Smoothie di bawah ini tidak terdapat dalam mana-mana buku resepi, kerana ia adalah ciptaan Amie sendiri. Kalau ada pun, mungkin itu secara kebetulan sahaja.


Resepi: Smoothie Nenas, Mangga & Honey Red Dates Tea
Sumber: Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
200 gram nenas 
300 gram mangga 
3 sudu besar madu - Amie gunakan Honey Red Dates Tea
240 ml yogurt asli
240ml susu segar

Cara:
1. Sejukbekukan nenas, mangga dan madu selama 4-5 jam.
2. Masukkan kesemua bahan sejukbeku bersama yogurt, susu segar dan madu ke dalam pengisar.
3. Kisar bahan tersebut sehingga hancur.
4. Tuang ke dalam gelas.
5. Sedia untuk dinikmati.

Gambar di atas ialah hasil smoothie yang dikisar secara berasingan. Di bahagian bawah sekali ialah mangga, madu di bahagian tengah dan nenas di bahagian atas. Gambar di bawah pula merupakan hasil smoothie yang dikisar sekali gus. Amie gunakan lebih kuantiti yogurt dan susu segar untuk smoothie Amie kali ini.


Setakat ini Amie belum lagi mabuk atau pengsan setelah menelan pelbagai jenis smoothie yang Amie hasilkan. Bagaimanapun, dari masa ke semasa memang Amie cuba mencari informasi tentang buah-buahan yang sesuai untuk dijadikan campuran smoothie. Wokey.... sesiapa yang tak takut mabuk...jom nikmati smoothie di atas.

22 comments

  1. seronoknya hari2 minum berlainan smoothie..

    BalasPadam
  2. rasa skrg juga nak rsa smoothie kak amie ni. menariknyaaa kat anak tekak izan ni.

    simpan resepi dulu kak...nnti dtg amik ye.

    BalasPadam
  3. Sedapnya, tertelan2 airliur setiap Kali masuk blog Akak ni hihihi

    BalasPadam
  4. As'salam Amie

    Singgah jap selepas melipat kain yang menimbun tu..biasalah bab2 melipat ni ada slow sikit..hehehe.

    ehh..ada ker orang yang akan mabuk bila minum smoothie ni Amie. kalau ct terjah jer sedap lagi adalah :)

    BalasPadam
  5. Wah..nyaman tekak minum tgh2hari. Klu minum kt kedai mau dekat 10 hinggit tu.

    BalasPadam
  6. Hey Kak Amie.. salam kenal juga dari Melly.. ;)

    BalasPadam
  7. tengah mabuk skrang ni k,amie...mabuk nk smoothie yg mcam2 dri k.amie...

    BalasPadam
  8. WC,
    walaupun selalu buat smoothie, kena berebut juga dengan anak-anak...he heheh

    Izan,
    kalau dah sekali buat smoothie rasanya sedap, memang nak buat selalu.

    Aju,
    mehlah telan smoothie Aju...takkan telan liur je..hi hi hiiii

    BalasPadam
  9. Ummi pun dah jadi penggemar smoothie ni Amie. Sedap pulak nampak ada 2 perisa buah macam ni..

    BalasPadam
  10. CT Delima,
    hehe hehhhhhee ada yang tak biasa makan buah-buahan campur-campur, tu yang buat mabuk tu Ct.

    Mawar Merah,
    kalau buat sendiri lebih jimat, lebih sedap & lebih terjamin bersihnya,lagipun boleh kurangkan pengambilan gula/manisannya.

    Melly,
    terima kasih sudi mampir, selamat berkenalan ya Melly.

    Ucu,
    hu hu huuuu kalau Ucu dah mabuk2 tu maknanya Kak Amie nak timang cucu le... nanti kakak buatkan banyak2 smoothie ye supaya tak ngences yang kat dalam tu...ha ahahhhaaa

    BalasPadam
  11. Ummi,
    Amie pun nak memperdalami ilmu buat smoothie ni Ummi...nak belajar buat buah-buahan campuran..ha hahah supaya tak tercampur buah yang boleh memabukkan (pening kepala)

    BalasPadam
  12. tak pernah cuba smoothie ni nanti boleh cuba resipi Kak Amie...

    BalasPadam
  13. sedapnye..terus rase dahaga..kalau dapat minum skrg kan syok..he3

    BalasPadam
  14. terima kasih atas doa amie itu..semoga kita sama2 dilindungiNya.. woww sedapnya...terancam selera kusss

    BalasPadam
  15. Selamat petang Kak Amie..hausla..penat kayuh basikal dari Tawau ke Lahad Datu...bayangkanlah..jauh tu..hehe..

    BalasPadam
  16. salam kak amie...wowww menu diet ni...

    BalasPadam
  17. hmmm...sedap...cam nak teguk air tu...rajinnya......

    BalasPadam
  18. SEDAPNYE TGK SMOOTHIE NI KAK...DAHAGE LAK RASANYA :) DAPAT SEGELAS SEDAP NI :)

    P/S: THnx kak sudi wish bday kat sy... nak sy antar seslice RV cake.. jemupt mkn :)

    BalasPadam
  19. Hanis,
    boleh cuba...sedap!

    Kunang-Kunang,
    sejuk aje kan KK.

    Ilahjy,
    sama-sama kasih,
    takpe...untuk diet pun okey juga smoothie ni.

    BalasPadam
  20. Rahel,
    naik basikal pulak dah... mesti dari pukul 6 pagi ni sebab sampai sini pukul6 petang...ha hahahh

    Liza,
    memang bagus untuk diet... tapi makin berselera makan pulak!

    Yumida,
    mari teguk sama-sama....

    Noorsha,
    seronoknya ada orang sudi hantar RVC kat kita....mmmm yummy!

    BalasPadam
  21. Amie..air nenas tu mesti sedap sangat kan

    BalasPadam
  22. Acik Erna,
    mesti sedap sebab masak ranum...manis!

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe