Nasi Goreng Berkat

10:26 PG

Pernah makan nasi berkat? Malam tadi Encik Suami pulang dari menghadiri majlis tahlil  dari kampung dengan membawa bungkusan nasi berkat. Agak lama juga Amie tak makan nasi berkat, tetapi memandangkan sudah lewat malam dan perut pun sudah kenyang, jadi Amie simpan nasi berkat itu di dalam peti sejuk. Apa yang menariknya ialah nasi dan lauknya terpisah, dan tidak bercampur seperti nasi berkat yang biasa Amie lihat. Pagi tadi Amie goreng nasi berkat sebagai sarapan pagi. Amie campurkan serunding bersama daging ayam goreng yang menjadi lauk utama nasi berkat dan Amie tambah jagung serta bunga kobis. Untuk menerbitkan aroma nasi goreng ini, Amie bubuh setengah sudu serbuk kari.


Resepi: Nasi Goreng Berkat
Sumber: Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
3 cawan nasi putih
2 ketul ayam goreng - carik-carik
serunding kelapa
1 tin jagung
sedikit kubis bunga - potong kecil
5 biji cili padi - hiris nipis
1/2 sudu  serbuk kari
1 sudu besar serbuk pati ayam
minyak

Bahan tumbuk:
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
sedikit belacan

Bahan hias:
1 biji cili merah - hiris
hirisan telur dadar
hirisan timun
hirisan daun sup
hirisan daun bawang
bawang goreng

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan tumbuk hingga wangi.
2. Masukkan jagung dan kubis bunga. Gaul rata.
3. Masukkan daging ayam dan nasi. Kacau hingga sebati.
4. Masukan serunding kelapa, cili padi, serbuk pati ayam serta serbuk rempah kari.
5. Gaul lagi hingga nasi goreng kelihatan gurih.
6. Angkat dan hidangkan bersama bahan hiasan.


Mari sama-sama makan Nasi Goreng Berkat. Memang rasanya sedap dengan pelbagai aroma termasuk aroma serunding kelapanya dan juga sedikit serbuk kari yang Amie campurkan dalam masakan ini. Apabila dihias dengan hirisan timun dan juga telur dadar, lagilah bertambah semerbak baunya. Kita makan di tepi tingkap dapur Amie ye.... sambil menikmati sinaran matahari pagi yang memancar terus dari arah Laut Sulu. Cantik!


Agaknya kenyanglah sampai ke tengahari bila makan nasi goreng!

18 comments

  1. Salam Kak Amie..wahhh nasi goreng..saya pun tadi pagi buat nasi grg juga, tapi versi biasa2 punya guna perencah nasi goreng adabi....

    BalasPadam
  2. ema pernah buat nasik goreng simple jer kak..

    BalasPadam
  3. wah nama..suspen betol..ingtkan apa td..apapun kak..bila istri masak kat suami semuanya berkat kan kak?

    BalasPadam
  4. ucu dtang bawa tupperware utk bekalan bila penat drive nk blk ke semenanjung...

    bukan nasi nasi ambeng ke kak yang bercampur tu..?

    BalasPadam
  5. Sue,
    kebetulan ada nasi berkat, campur gaullah mana yang ada.

    MamaEma,
    kakak pun goreng mana yang ada ikut lauk-pauk nasi berkat tu.

    Pen Biru,
    nasi berkat ni gelaran masyarakat sini bila buat kenduri tahlil.

    Ucu,
    laaaa.... lupalah pulak aku istilah nasi ambeng...oooo yang nasi ambeng tu dicampurkan ye Ucu, ini agaknya nasi ambeng orang sini, tapi lauk-pauk tak campur terus.

    BalasPadam
  6. nasi goreng bila banyak rencahnya mmg jadi lebih sedap.. tengok gambar pun dah terliur.. he..he..

    BalasPadam
  7. AS'salam Amie

    Nasi berkat ni kalau duduk di kampung2 pasti akan ada. selalunya bila balik dari kenduri atau buat tahlil tuan rumah akan bawakkan nasi berkat ni. selalunya orang2 indonesia dan jawa akan buat seperti ini.

    sedapnya nasi berkat bila dah ditambah2 tu kan :)

    BalasPadam
  8. Semoga kita semua sntiasa diberkati Allah SWT..pg2 lg dh nmpk nasi goreng berkat..sgh menyelerakan..yana slalu goreng nasi campak2 jer hihii

    BalasPadam
  9. salam kak amie...nk jugak la nasi grg berkat ni, bg 3 bekas cukuplah yer...nnt akak jgn lupa pos ngan belon yer, Liza tunggu....hihihih

    BalasPadam
  10. Salam Kak Amie...
    waa sesuai betul dg namanya..penuh berkat...hehe..sukanya mkn..

    BalasPadam
  11. Hanis Azla,
    itulah istimewanya nasi berkat, banyak lauk-pauknya.

    CT Delima,
    rindu nak makan nasi ambeng,bau daun pisangnya tu melekat dekat nasi...naik aroma serundingnya... hu hu huuu tiba2 rasa kepingin sangat! Tak samalah nasi berkat di sini dengan nasi ambeng di kampung.

    Yana,
    amin....alhamdulillah, moga sentiasa dapat keberkatan daripada-Nya.

    Liza,
    ha hahahh... Liza di sini tak de belon, yang naik belon nu di sana...di Sarawak, nanti Kak Amie hantar naik MAS Wing.

    Rahel,
    ambil berkat ye Rahel... he hehehhh

    BalasPadam
  12. kak amieeee...ada lg tak nasi goreng berkat..nak sikit..insyaAllah berkat bila makannya sebab dimasak dengan penuh kasih sayang...nampak sedap sekali..akak ni suka dgn english style ye? sbb tgk akak punya pinngan tu bunga english..cantik :)

    BalasPadam
  13. Ummi ambik sepinggan Amie, buat berbuka petang ni, hehe..

    BalasPadam
  14. Mieza,
    iyelah Mieza...memang berkat sebab masak cara gotong royong, ikhlas lagi,
    haa...memang suka English style,pandai Mieza teka.

    Ummi,
    ooo...silakan Ummi, selamat bepuasa dan selamat berbuka ya Ummi.

    BalasPadam
  15. tak pernah mkn lg raso nye nih...

    BalasPadam
  16. nasib hanis dah makan kak amie, kalau tak mahu terliur nk makan skrin ni hehe...

    BalasPadam
  17. Amie..acik ambik resipi nasi goreng ye.

    BalasPadam
  18. Pap Mifz,
    masak campak-campak saja mana bahan yang ada.

    Hanis,
    ha hahahh...sampai nak makan skrin pulak ye...

    Acik Erna,
    silakan...selamat menggoreng nasi ye Acik.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe