Irish Lamb Stew

4:45 PTG


Salam petang Jumaat buat semua pengunjung setia Amie's Little Kitchen. Nampaknya menjelang petang begini, cuaca berubah mendung dan walaupun belum hujan tetapi angin yang bertiup sudah terasa dinginnya. Elok benarlah Amie hidangkan Irish Lamb Stew buat pemanas tubuh. Semalam Amie terbang ke Finland, singgah di rumah Nieza@Our Journey  Begins sebab terbau aroma yang sungguh enak dari dapurnya. Rupanya Nieza masak Irish Lamb Stew. Waduh! Hidangannya sungguh memikat selera Amie. Jadi, tanpa membuang masa Amie pun menumpul segala bahan yang diperlukan untuk menyediakan menu yang sungguh lazat ini di dapur Amie pula.



Untuk keterangan lanjut bagi sesiapa yang berminat untuk mencuba resepi ini bolehlah berkunjung terus ke rumah Nieza di SINI. Kata Nieza, resepi asalnya dari Maz@IlhamDapur. Bolehlah sama-sama kita melawat pula ke dapur Maz di SINI. Amie minta izin dan halalkan resepi Irish Lamb Stew ini daripada kedua-dua mereka yang baik hati berkongsi menu yang memang ternyata sangat sedap!



Di sini Amie tuliskan semula resepi dari kedua-dua dapur Nieza dan dapur Maz untuk tatapan rakan-rakan yang lain.


Resepi: Irish Lamb Stew
Sumber: Nieza@Our Journey Begins
Sumber Asal: Maz@IlhamDapur

Bahan-bahan:
500g daging kambing tanpa tulang (segar) - potong kiub saiz sederhana
½ labu bawang besar – didadu
1 ulas bawang putih – dicincang
1 batang lobak merah – kerat saiz sederhana
5-6 biji cendawan butang segar – belah dua (optional)
1 biji ubi kentang – potong saiz sederhana
1 kuib stok daging
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar mentega
1/4  sudu kecil serbuk paprika
1/4 sudu kecil serbuk jintan putih (cumin)
1/4 sudu kecil serbuk lada hitam
sedikit kicap manis - nak bagi warna kuah gelap sikit
minyak zaitun secukupnya
air secukupnya (dlm 2-3 cawan)
sedikit daun thyme (optional)
sedikit garam jika perlu sedikit parsly (optional)



Cara:
1. Panaskan oven suhu 170 C.
2. Gaulkan daging dengan sedikit garam, thyme dan 1 sudu besar minyak zaitun. Ketepikan.
3. Panaskan periuk (periuk yang boleh masuk oven terus). Masukkan 2 sudu besar minyak zaitun dan biar minyak panas betul. Kemudian masukkan daging, biar seketika dalam 2-3 minit sehingga daging sedikit perang/garing kemudian balik sebelah lagi. Angkat dan masak sampai habis.
4. Dengan periuk yang sama (goreng daging), Panasskan 2 sudu besar minyak zaitun, masukkan bawang besar dan bawang putih. Masak sehingga bawang sedikit layu. Kemudian masukkan mentega dan bila cair masukkan tepung gandum dan kacau sebati guna senduk kayu agar tidak berketul.
5. Masukkan air (agak2 la ye), stok daging, sedikit kicap manis, sos cili, sos tiram, serbuk paprika dan serbuk jintan putih. Kacau sebati, kemudian masukkan lobak merah, ubi kentang dan cendawan. Masukkan daging dan padamkan api.
6. Tutup periuk dan masukkan dalam oven dan masak selama 1 1/2 jam atau sehingga daging lembut/empuk. Setelah 1 jam dalam oven, balik-balikkan daging, kacau sikit dan boleh la tambah sedikit air jika perlu. Perasa secukup rasa dan biarkan daging masak sepenuhnya.
7. Tabur dengan sedikit parsly dan boleh la dihidang dengan nasi atau roti.


Terima kasih Nieza dan Maz. Sebaik sahaja anak-anak pulang selepas solat Jumaat dari masjid, mereka terus menerpa ke dapur kerana tercium aroma Irish Lamb Stew  yang lazat dari dalam oven tembus ke ruang tamu!

24 comments

  1. Assalam Amie, ooooo ptt la mcm dah tgk menu ni semalam, rupanya dari dapur nieza, sedapnya amie basah2 gitu

    BalasPadam
  2. Waalaikumussalam Rosa,
    memang sedap, tapi Amie kurangkan kuantiti air, jadi kuahnya lebih pekat.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Amie,

    wah tengok amie masak nie mcm nk cekup aja daging tu...nampak sedap sekali..dh ambil resipi Maz ni tapi belum buat lagi..mesti nk cuba juga...

    Seronoknya Amie terbang ke Finland kenapa tk ajak kita sekali...jeles nie...hehehe.

    BalasPadam
  4. assalam kak amie..uish sungguh menggoda irish lamb stew ni..menu sihat ni.Sy pernah wat rcp ala2 stew ni..boh macaroni dalam stew tu..anak2 suka.Nnt bleh cuba rcp ni pulak

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum akak amie cayang..
    memang menyelerakan ler tgk irish lamb stew tu akak... nak buat juga ler nnt... x tetahan tgknya tau... nmpk sedaaap sesgt..

    BalasPadam
  6. kak amie..wahhh balik je dari bermesyuarat di tawau terus terbang ke finland...mesti naik kapterbang konkod tuh hahahaa sebab cepat pula balik ke LD dan masak stew kambing ni...

    kak amie..salam rindu..mieza tak sempat nak menulis dan nak melwat blog kawan2 sebab sumai tak der di rumah utk ngasuh baby..huhuhu..sedspnya nampak stew kambing ni..makan dengan garlic bread sedap ni kak amie..rajin kak amie ni..penat belum habis dan memasak stew bagai..

    BalasPadam
  7. assalam kak Amie..hari ni nieza bz sgt ada operasi mskx2 utk event esok tapi bila terbau harum stew ni terbang juga ke sini...haha tima kasih sudi bertandang ke dapur org Finland yer..hehe sedapkan stew ni kak,nieza mkn ratah gitu jer.:)

    BalasPadam
  8. sampai ke Kuching baunya Amie, nampak pun dah sedap, makan dengan nasi panas2 , pergh!!!

    BalasPadam
  9. Baunya menyeberang laut china selatan......kalah bau sate kat kajang ni...mintak kuah je la Kak Amie.. Isinya tak makan...

    BalasPadam
  10. cerita amie buat saya terliur le. tapi pandai ke?

    BalasPadam
  11. salam kak amie ..

    wah mengancam dah tajuk resepi ..irish lamb stew...siap p terbang Finland lagi .. hihi.. nanti bawa la pulang menu dari finland yang lain ... tengok kat resepi ni berkenan betul .. tapi sal guna daging kambing tu wani susah sikit... parents x blh nak makan daging kambing .. huhu.. kalo ganti dgn daging lembu blh la kot ..hii

    BalasPadam
  12. Salam Kak Amie...mantap betul hidangan stew tu...boleh renjis2kan kuahnya ke nasik puteh..sodap banget..

    BalasPadam
  13. Salam, memang tengah teringin berstew ni.. tak pernah cuba lagi ni..

    BalasPadam
  14. Waalaikumussalam Nuridah,
    memang kena cuba resepi ni...sedap!

    Lain kali kita terbang sama-sama pi Finland ye....

    Lina_pg,
    boleh cuba, memang sedap ni...lembut je dagingnya.

    Diana,
    Waalaikumussalam Diana sayang,
    bahannya pun mudah didapati, masaknya pun tidaklah susah sangat, tapi hasilnya....mmmmm...sungguh lazat! Selamat mencuba ye Diana.

    BalasPadam
  15. Mieza cayangggg...
    kerja diutamakan,masak didahulukan keh keh kehhhh... sebagai wanita, ibu dan suri rumah, kalau tak masak bagaikan lagu tanpa irama...ecewahhh ha hahahh

    kelmarin memang pesan kat suami beli garlic bread tapi katanya dah habis, kak Amie bubuh kentang lebih, tu sebab boleh ratah lamb tu dengan kentang, sedap oooo

    Kasih,
    iye..resepi Nieza & Maz.

    Nieza,
    terima kasihlah Nieza sayang,
    terima kasih beri idea untuk masak resepi yang sedap ni, lain kali nak buat lagi!

    BalasPadam
  16. Ummi,
    ha ha hahh...memang stew ini kuat semerbak aromanya ye Ummi, di mana-mana pun terbau juga, memang sedap Ummi... jom jemput makan sama.

    Yatie,
    boleh bagi kuah... kak Amie buat kuahnya pekat2 ni Yatie.

    Kak Sam,
    mesti pandai... ini pun Amie cuba untuk kali pertama, ikut step by step, mesti jadi punya Kak Sam!

    BalasPadam
  17. Wani,
    boleh kot guna lembu, sebab dua2nya pun daging juga kan...memang resepi ini sungguh istimewa sebab nak mencarinya pun kena terbang jauh sampai ke Finland... he heheh

    Rahel,
    sedap! berbaloilah dengan cara masaknya, sekejap datas dapur, sekejap masuk oven...akhirnya masak juga.

    Che Mid,
    cubalah Che Mid...sedap tau!

    BalasPadam
  18. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  19. alamak....saya teringin betul nak masak stew ni....bila la dpt mencuba agaknya....

    BalasPadam
  20. amboiiii...sedapnya...nnti nak cuba buat jugak...

    BalasPadam
  21. "salam kenal juga amie...wahh suka masak2 yer...baguslah boleh share resepi best2.."

    BalasPadam
  22. Quinnie,
    memang Quinnie kena cuba sebab memang rajin masak ha hahah

    MP,
    kalau dah siap masak, jangan lupa hantar sikit ye MP.

    Pia,
    sama-samalah kita meriahkan dunia masakan tanahair.

    BalasPadam
  23. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe