ADSENSE

Rabu, 7 Disember 2011

Ikan Merah Sup Daun Kemangi

Assalamualaikum rakan-rakan pengunjung yang dirindui. 4 hari lamanya Amie tinggalkan dapur, gantung periuk belanga dan tutup pintu dapur.Sepatutnya kami pulang esok tapi Encik Suami kita ada urusan pula jadi setelah tamat mesyuarat petang tadi, kami pun bergerak pulang dari Tawau  dan sampai ke Lahad Datu tepat pukul 8.30 malam. Encik Suami nampak keletihan dan katanya ingin makan hasil air tangan kita. Amie pun faham sebab 4 hari lamanya asyik makan di luar, jadi keinginan untuk makan di rumah tentulah kena dipenuhi. Akhirnya Amie masak lauk yang sangat ringkas atau kami biasa sebut sebagai masak ala koboi! Di bawah ini merupakan hasil masakan ala koboi.... Ikan Merah Sup Daun Kemangi. Amie pernah makan Nasi Ayam Penyet di Tawau dan sup yang dihidangkan dibubuh daun kemangi. Rasa harum aroma daun kemangi membuatkan Amie terfikir untuk menggunakan daun herba ini dalam sup ikan merah pula.


Resepi: Ikan Merah Sup Daun Kemangi
Sumber: Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
4 keping ikan merah
1 biji bawang besar - cincang
3 biji bawang putih - cincang
1.5cm halia - cincang
1/2 sudu lada putih - tumbuk
1 keping asam gelugur
1 batang lobak merah - potong ikut suka
1/4 kuntum kubis bunga - potong ikut suka
7 biji cili padi
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 bungkus sup bunjut
3 tangkai daun kemangi
bawang goreng
600ml air
1 sudu serbuk pati ikan bilis

Cara:
1. Didihkan air dan masukkan bawang besar, bawang putih, halia, lobak merah dan sup bunjut, bunga lawang serta kulit kayu manis.
2. Masukkan ikan merah, asam gelugur, dan kubis bunga dan cili padi. Biarkan selama 5-7 minit. Jangan masak ikan terlalu lama kerana isi ikan merah sangat lembut.
3. Masukkan daun kemangi lada putih dan serbuk pati ikan bilis.
4. Angkat dan hidangkan.
5. Taburkan bawang goreng sebagai hiasan.




Rasa Ikan Merah Sup Daun Kemangi kira sedaplah pada tekak kami terutama Encik Suami dan anak-anak yang memang tidak cerewet dengan apa jua hidangan yang Amie sediakan. Amie sengaja pilih masakan rebus sahaja memandangkan ikan merah yang Amie masak adalah ikan merah segar yang baru naik dari laut, dan kami beli di Tawau. Jadi untuk mengekalkan rasa manis dan segar ikan baru, cara masak yang terbaik ialah dengan cara masak ala koboi yang buat di atas tu.... ha ha ahahhahh...

14 ulasan:

LinRosly berkata...

Assalamualaikum Amie..

Kak Lin Biasa Masak Sup Ikan Merah Tapi Bubuh Daun Sup & Daun Bawang Jer...

Daun Kemangi Tu Daun Apa? Dan Mcm Mana Rupanya Yer...

Zaliedana berkata...

Assalam kak amie cayang,selamat kembali kak,wah seronoknya g bercuti..Akak yg daun kemangi tuh,yg akak inteprem kat sup tuh ya,sy xtau,mmg xpernah tgk..

Ummiakid @ lily berkata...

harus cuba ni sebab saya suka sangat daun kemangi...sedap aromanya...

che mid berkata...

Amie.. kena tunjuk daun kemangi tu.. CM tak tau rupanya macamana la.. ntah ntah selalu tengok hi hi

quinnie berkata...

saya tak pernah rasa daun kemangi ni....nampak nya ramai yg tak pernah tengok daun ni..hehehe

Wattie berkata...

Assalamualaikum Amie,
Welcome back!!! rindunya walaupun baru 4 hari rasa cam 4 bulan hehehe....

Waaa balik balik terus ke dapur ya, mesti rindu kat periuk belanga bagai nak rak keh keh keh

ummiross berkata...

Dah balik ye Amie, Alhamdulillah. Ummi pun baru 4 hari Amie tak bersiaran, dah rindukan masakan Amie.Jom tengok ummi bersmoothie,hikhik!
http://salamborneo.blogspot.com/2011/12/smoothie-oh-smoothie-memang-best.html

hazila berkata...

Baru terfikir pasal ikan merah tapi saya nak buat steam fish.

Amie berkata...

Waalaikumussalam Lin,
daun kemangi tu yang Amie bubuh atas sup tu...ada orang panggil daun selasih, tapi entahlah betultidaknya, mungkin sepupu berkeluarga dengan daun selasih.

Dana,
Waalaikumussalam cayang dana,ha... itulah tu daun kemangi atau orang sini ada yang panggil daun cemangi.

Ummiakid,
memang daun kemangi bangkitkan aroma sup...

Cik Mid,
dah tunjuk ye Cik Mid...ada dalam gambar sup tu.

Amie berkata...

Quinnie,
ada sesetangah orang tak gemar baunya, mula2 dulu kak Amie pun kena sesuaikan aromanya dengan selera...

Wattie,
memang rindu sangat Wattie... ni nak mula merempitlah ni... hi hi hiii

Ummi,
insya-Allah nanti Amie jalan-jalan nak minum smoothie hasil air tangan Ummi ye...

Hazila,
masak steam pun sedap!

Ucu Faridah berkata...

wah....lapar ye balik dri jln jauh....

disebabkan ke'koboi'an itulah en suami akak mesti makan bertambah...
ulam n sambal belacan x de ke....

akak x de rasa macam kureng je perencah kt blog ni..hihihi...winduw tau...

Amie berkata...

Ucu,
windu yew.... kita pung winduuu jugak tau....

he he heh..sebenarnya lauk tu bukannya togel koboi gitu je, ada ulamnya...petai, tapi sebab kelam kabut dah malam, sambil kopek sambil makan...hi hi hiii

Amie berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
rahel berkata...

Selamat tengah hari Kak Amie..
kalau ikan merah dimasak sup memang mengancam betul..tambahan pulak dengan daun kemangi..waduhh..bertambah lapar gue..