Ikan Merah Masak Sambal Cocos

3:14 PTG

Ada sesiapa yang belum makan tengahari? Marilah datang ke dapur Amie. Amie hidangkan resepi Ikan Merah Masak Sambal Cocos. Ingatkan hari ini gantung periuk saja sebab Encik Suami ada sedikit kerja di luar yang hendak diselesaikan dan katanya tidak makan di rumah. Memang dia makan di luar tetapi 2 anak bujang Amie teringinlah pula makan ikan masakan tradisi sebelah bapanya. (Bujang yang seorang lagi berada di Sandakan, ikut pertandingan tarian singa.) Memang bujang sulung suka sangat masakan ini sebab sudah biasa dihidangkan menu begini di kampung. Biasanya MIL gunakan ikan bayan tapi oleh kerana Amie hanya ada ikan merah, ia juga boleh digunakan untuk masakan ini.



Resepi: Ikan Merah Masak Sambal Cocos 
(Istilah Cocos merujuk kepada suku kaum Melayu Cocos)
Sumber: Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
3 keping ikan merah
500ml santan sederhana pekat
2 biji limau nipis - perah jusnya
garam / perasa pilihan
serbuk kunyit
minyak

Bahan kisar:
15 biji cili kering
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1.5cm belacan - resepi tradisi asal tidak bubuh tapi Amie saja bubuh
1 genggam ketumbar biji

Cara:
1. Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit. Goreng setengah masak. Ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan kisar hingga pecah minyak.
3. Masukkan santan .
4. Masukkan ikan dan biarkan mendidih hingga ikan masak.
5. Masukkan garam dan perasa.
6. Masukkan jus limau nipis.
7. Ikan Merah Masak Sambal Cocos sedia untuk dihidangkan.

Marilah cuba resepi masakan tradisi Melayu Cocos yang memang terkenal dalam masyarakat ini. Menu ini selalunya dihidangkan dalam majlis kenduri dan bacaan doa selamat di kampung. 

16 comments

  1. Salam Amie..semalam kita masak ikan siakap goreng bersantan.Belum sempat masuk N3.lebih kurang sama,tapi tak ada belacan.Resepi ikan Amie ni nampak sedap.

    BalasPadam
  2. SALAM KAK AMIE

    BARU JE nak tanya maksud cocos tu apa hihi... nampak menyelerakan la blh la dicuba nanti

    BalasPadam
  3. nampak sedap ikan masak cocos ni..blh masuk list gak ni :D

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Amie,
    Waaaa..ikan sambal cocos plakkkk, nampak sungguh menyelerakan la, ketayap ngan ikan haruan kat bawah tu pun bukan main lagi berposing...hehehe menarik dan tertarik

    BalasPadam
  5. Salam dihjung mngu amie...jdi lapor la plak tgk ikn merah nii..bak nsi la spngan...sdpnyaaa..

    BalasPadam
  6. Amie..boleh cuba ni..terima kasih amie..

    BalasPadam
  7. Paty,
    boleh cuba, ada kelainan rasanya sebab bubuh ketumbar dan jus limau nipis.

    Puan Ros,
    agaknya sama menu kita tu, belacan tu Amie tambah.

    Wani,
    Cocos tu nama salah satu etnik / suku kaum minoriti negeri Sabah yang didatangkan oleh kompeni Inggeris dari Kepulauan Cocos - Kelling (sekarang wilayah Australia)

    BalasPadam
  8. Azatie,
    masakan tradisi orang Melayu Cocos ni Atie, dapat resepi dari MIL and orang Kampung Cocos.

    Wattie,
    sekali-sekala kena masak juga masakan keluarga belah sini.

    Maz,
    lapar ye... marilah makan sama, ada nasi lagi ni.

    Acik Erna,
    silakan Acik, selamat mencuba!

    BalasPadam
  9. Salam Kak Amie, wahhh nampak sedap & pekattttt je kuahnya..mesti sedap makan ngan nasi panas ni....

    BalasPadam
  10. nampak sedap la masaka ni..harus dicuba nanti...slalunya x tau nk masak apa kalau dengan ikan ni...
    tq share resipi yer..

    BalasPadam
  11. Sue,
    memang kuahnya pekat sebab bersantan.

    Gula Merah,
    betul tu...kadang2 mati kutu dibuatnya kalau nak masak ikan.

    BalasPadam
  12. salam kak amie
    mmg ke nama resepi ni sambal cocos

    BalasPadam
  13. salam....nama ikan merah masak sambal cocos ni tk pnh lg sy dngr, tp lbh krng la cra mskkannya dng berengkes ikan yg d msak olh kaum cocos.... tq kak amie coz buh cocos kt rspi.... sya sorg yg brbnggsa cocos.

    BalasPadam
  14. Tq sis...sebab ketengah kan masakan suku kaum sebelah..ibu yin. Nek wan sukak ni masak ke gini. Emang enak betul...;)))

    BalasPadam
  15. Tq sis...sebab ketengah kan masakan suku kaum sebelah..ibu yin. Nek wan sukak ni masak ke gini. Emang enak betul...;)))

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe