Ikan Haruan Goreng Petai

12:32 PTG

Lewat petang entah berapa hari yang lalu, Amie bersama Encik Suami berdua-duaan memancing ikan di sebuah kolam kepunyaan saudara sebelah suami  berhampiran bukit di pinggir kampung. Selalunya kalau teringin makan ikan talapia merah atau talapia hitam, kami memancing di kolam ayahanda mentua. Sebelum ini sesekali kami memancing di Sungai Segama sekiranya tiba musim yang sesuai seperti musim ikan lampam, ikan lawang, ikan patin dan macam-macam jenis ikan yang lain. Memang tak terkira banyaknya jenis ikan termasuk udang galah yang berpunca mengikut aliran dari Sungai Kinabatangan. Bila musim kemarau kami ramai-ramai pergi ke anak sungai di hujung kampung mengutip lokan. Suatu ketika dulu, kami memang selalu datang  ke kolam saudara suami untuk memancing sekiranya ada masa lapang. Kadang-kadang terpancing ikan puyu, dan ada sekali terpancing ikan kalui! Kami bawa pulang ikan kalui untuk dipelihara tetapi mati di pertengahan jalan, mungkin kerana luka terkait mata pancing. Memang banyak ikan haruan di dalam kolam tersebut. Kami berjaya mendaratkan 7 ekor dalam tempoh tidak sampai 15 minit. 3 ekor daripadanya Amie masak panggang beberapa hari yang lalu dan 4 ekor lebihannya Amie goreng untuk hidangan tengahari ini.


Resepi: Ikan Haruan Goreng Petai
Sumber: Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
4 ekor ikan haruan - bersihkan - lumurkan dengan garam dan kunyit
3 keping papan petai - buang kulit
7 tangkai cili kering - potong 3 dan rendam seketika
7 biji bawang merah - belah 2
7 biji bawang putih - belah 2
2 sudu taucu manis
50ml air bancuhan asam jawa
1 sudu gula
1 sudu teh serbuk pati ikan bilis
minyak

Cara:
1. Panaskan minyak dan goreng ikan haruan hingga garing. Ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bawang merah serta bawang putih. Tumis sehingga bawang layu dan masukkan cili kering bersama petai.
3. Masukkan taucu dan gaul rata.
4. Masukkan air asam jawa. Biarkan mendidih seketika.
5. Masukkan ikan haruan yang telah digoreng.
6. Masukkan gula dan juga pati ikan bilis.
7. Ikan Haruan Goreng Petai siap untuk dihidangkan.



Bagi sesiapa yang tak pandai makan ikan haruan, minta maaf ye.... salah menu untuk kali ini. Yang boleh makan tu, jemput sama-sama... he hehehhh Encik Suami kata menu hari ini memang sedap. Sedikit pun tiada bau atau rasa hanyir ikan haruan! Agaknya sebab Amie goreng sampai garing dan sebenarnya kunyit boleh membunuh bau yang kurang enak! 

11 comments

  1. Wah, K Amie... Sedappp ni, ikan haruan digoreng dengan petai & cili kering camtu... Lauk ni saja pun dah cukup berselera buat nurul, tapinya org2 dlm rumah ni kurang ckit pada petai & ikan haruan... huhu

    BalasPadam
  2. Salam Kak Amie..
    waduh...tergoda lagi dg hidangan ikan haruan goreng petai...belum pernah buat macam ni..sedap dan menyelerakan nampaknya.

    BalasPadam
  3. uhh! forst time tengok haruan goreng petai ni..mesti tambah nasi berpinggan2! bahaya betul la!

    BalasPadam
  4. Nampak sedap tapi sayang kak Zai tak makan ikan haruan.

    BalasPadam
  5. Nampak sedap tapi sayang kak Zai tak makan ikan haruan.

    BalasPadam
  6. sedapnya petai tu tp ikan haruan saya x makan...

    BalasPadam
  7. Mengancam betul masakan Kak Amie ni. Kalau jemput saya makan saya akan kutip petai je la. Ikan haruan kalau saja2 tu tak makan .Tapi pernah makanlah sbb bersalin secara pembedahan.

    BalasPadam
  8. Salam Kak Amie..ikan haruan fav husben yana..yana xmkn ikan haruan tp petai mmg fav =)..nnt nk cubalah bt utk suami tercinta :=)

    BalasPadam
  9. SALAM KAK AMIE ;;

    WAH ikan haruan lagi .. tak putus2 ikan haruan ya ... hihi.. nampak sedaplah letak petai n lada kering lagi ... agak2 kalau ganti dgn ikan lain blh tak

    BalasPadam
  10. Amie ummi tak pernah makan lagi ikan haruan ni, tapi memang nampak sedap sangat tu

    BalasPadam
  11. amie dgn rasa jeles mama dtg sini...mama tak makan semua ikan dr kecil lagi !!!..hu2x..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe