Gulai Ikan Patin Pahang

8:41 PTG

Sesetengah orang dari sesetengah negeri atau daerah tertentu tidak memanggil 'gulai' sekiranya masakan tersebut tidak mengandungi santan... ini salah satu informasi yang Amie pernah dengar daripada Lady Ayu@More Than Words di Jepun sana. Terima kasih Lady Ayu yang sudi kongsi tentang istilah gulai kerana katanya kalau di utara (sebab Lady Ayu orang Kedah), kalau gulai bermakna masakan berkuah yang menggunakan santan. Oleh kerana resepi Amie kali ini pun ada istilah 'gulai' tapi tidak menggunakan santan, jadi Amie pun terfikir tentang penggunaan perkataan tersebut  walaupun sebenarnya resepi ini Amie ambil dari Buku Masakan Chef Terkemuka Ismail Ahmad dalam Kuisin Warisan Melayu. Untuk kepastian, Amie merujuk Kamus Dewan dan dapatlah jawapannya tentang makna gulai: Gulai ialah masakan (daging, ikan dan lain-lain) yang berkuah (biasanya dicampurkan dengan rempah-rempah) yang memakai santan yang banyak. Jadi benarlah kata Lady Ayu bahawa 'gulai' ialah masakan yang menggunakan santan. Apa pun, kerana hakcipta terpelihara, Amie tuliskan sajalah tajuk resepi seperti asalnya. Bagaimanapun, di sesetengah tempat memang disebut gulai sekiranya memasak masakan berkuah. Tak kisahlah tu ye.... sekadar kongsi informasi bersama dalam istilah dunia masak-memasak. Jom masuk dapur Amie, kita tengok apa hidangan Amie hari ini.


Resepi: Gulai Ikan Patin Pahang
Sumber: Buku Masak Chef Terkemuka Ismail Ahmad dalam Kuisin Warisan Melayu

Bahan-bahan:
1 ekor ikan patin (anggaran seberat 1kg) - potong -potong  3cm tebal
1 batang serai - dititik
1 biji tomato- dipotong baji
1 biji timun - belah dua dan dihiris 2cm menyerong
1 tangkai cili merah - di belah dua tanpa putus
1 tangkai cili hijau - dibelah dua tanpa putus
1 helai daun kunyit yang kecil - disiat-siat
garam secukup rasa - Amie tambah gula
450ml air

Bahan tumbuk:
2 sudu besar tempoyak
3 tangkai cili merah
6 tangkai cili padi
4cm kunyit hidup

Cara:
1. Masukkan tempoyak dan bahan-bayan lain yang ditumbuk  bersama serai dan air di dalam periuk.
2. Jerang di atas api sederhana sehingga mendidih.
3. Masukkan ikan, tomato, timun, cili merah dan cili hijau serta daun kunyit. Renihkan sehingga masak.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
5. Padamkan api dan sedia untuk dihidang.

P/S: Cuci ikan patin dengan garam kasar dan asam jawa untuk menghilangkan bau lumpur.


Amie suka makan ikan air tawar atau ikan sungai sebab banyak khasiatnya terutama untuk kulit kita. Kalau diikutkan baunya yang hanyir dan berlumpur, memanglah bukan ikan pilihan tapi memikirkan kelebihan memakan jenis ikan sebegini, memang kami beli kalau terjumpa di mana-mana pasar.


Sesiapa yang suka atau boleh makan ikan patin jom makan Gulai Ikan Patin Pahang hasil air tangan Amie kali ini.



27 comments

  1. suka ikan patin
    kalau letak asam...bau lumpur tak rasa kan

    BalasPadam
  2. wahhh sedapnya ikan patin!!!..dah lama tak makan...

    BalasPadam
  3. Kasih,
    kalau dah suka, bau lumpur pun rasa sedap he he hehheh...

    MP,
    makan sesekali memang sedap MP, yang kurang sedapnya tang lemaknya tu saja, tapi itulah khasiatnya terletak di situ...:)

    BalasPadam
  4. Assalam kak,nih febehb sy,tapi sy mmg xpernah msk,sbb xmkn,selalunya kalo hb nk mkn,mmg beli jerla kak,hehe..

    BalasPadam
  5. assalam amie..nampak sedap..tapi mama tak makan ikan dr kecil lagi..hu2x..thanks amie..

    BalasPadam
  6. Ma pun suka ikan patin.., tapi masa bersihkan tu kena hati2...

    BalasPadam
  7. Salam dan selamat malam Amie,
    Akak ni kalau apa2 yg berkenaan dgn gulai mesti suka... makan dengan nasi. Petang petang pekena pulak apam mentega yg montel kat bawah tu.... fuhhh terlentang dibuatnya....

    BalasPadam
  8. Datang bersahur ikan patin dengan nasi kat sini..best2!

    BalasPadam
  9. salam kak amie...

    tak pernah wani masak ikan patin pahang cam ni siap letak daun kunyit lagi ... mesti bertambah sedap ... biasa wani masak yg biasa2 je lain sikit dari yg ni .. tapi wani hanya buat untuk ibu je la .. dia je yang makan hihi

    BalasPadam
  10. saya ikan sungai ni makan..tapi kalau jenis yg besar2 ni tak berapa lalu nak makan..hehhehe..tak suka kat lemak2 dia tu...kekeke....sana ada jual ikan patin ye?

    BalasPadam
  11. ituew la actually ramai gak confuse antara gulai ngan kari hahaha.....memang sebelah utara panggil gulai....ikan patin ni sedap sangat nampak akak... seafood kat sana mmg heaven ekk sebab ayu tgk kwn2 upload pic if terjah sana mesti makan seafood....mana tahu ada rezeki boley singgah umah akak plak..nak rasa ayaq tangan akak (org kedah kata) hahahaha

    BalasPadam
  12. Ayunya 'presentation' masakan Amie tu! Ayah nak memandai-mandai tukar nama masakan itu kepada 'Masak Lemak Tempoyak Patin', boleh tak? Hihihi.

    Di pasar, umumnya ikan-ikan air tawarlah yang lebih segar. Ikan-ikan laut sebenarnya menakutkan bila dilihat pada dagingnya setelah dimasak. Rasa syak akan adanya bahan-bahan kimia digunakan untuk mengawetkannya.

    Ayah agak, kalau ke rumah Amie di Sabah, memang boleh sampai letih kekenyangan dengan juadah-juadah Amie yang macam-macam rupa dan rasa enaknya, ya. Ceria selalu!

    BalasPadam
  13. Salam Kak Amie...
    waw..menggamit seleraku..tak tau nak ckp ape lagi..hehe..sedap sangat nampaknya..kuahnya pun sedap disiram ke nasi puteh..harumm.

    BalasPadam
  14. salam kak amie....sedapnya lauk patin tu, Liza suka lauk ni tp hubby xsuka...kalau nk mkn jugak terpksa g mkn kat kedai....aduyaiii ssh betul org tua ni srg...lauk punya sedap pun xmkn....hihihhi

    BalasPadam
  15. Salam Amie, sejak berkenalan dgn blog Amie ni, Kaz asyik teringin nak minum smoothie saja. Nak buat sendiri, nak kena beli blender pula sbbnya blender kat rumah tu dah guna utk blend segala cili, bawang dan semuanya. Beli kat kedai tak sedap sbb terlebih manis. Anyway, seronok sgt membaca blog Amie sbb semua makanan dan resepinya sgtlah menggoda. Rajin betul Amie ni ya.

    BalasPadam
  16. slm kak..lama saya tak sempat jenguk sini....sume menu k'amie sgt mengiurkan, terutama lauk pauknya...sedapnyer ikan ni

    BalasPadam
  17. waduh menyelerakan sungguh...lama tak makan ikan patin...

    BalasPadam
  18. As'salam Amie

    Kalau ct orang belah Selatan kira Johor lah kan. Gulai ikan ni dimasak dengan cili kisar dan tidak mengunakan santan. kalau dah letak santan tu kita orang panggil lauk lemak. Jadi pernah jugalah merasa masakkan dari negeri atas ni. dan dia orang panggil lauk bersantan dan panggil gulai. macam keliru gak mula2 tapi itu dah adat mereka jadi masakkan tu sama jer panggilan jer yang lain2..

    masih tak pernah merasa ikan2 sungai ni :)

    BalasPadam
  19. Assalam amie, sedapnya gulai ikan patin ni. Kalo kat klate pun sama gulai tu merujukkan pada masakan yg boh santan.

    Kita pun suka ngan ikan sungai atau ikan darat ni..isinya lembut

    BalasPadam
  20. Dana,
    Waalaikumusalam,
    memang ada orang tak makan ikan patin, Kak Amie makan pun sebab keluarga suami biasa masak ikan ini. Lama-lama Kak Amie pun ikut suka makan sebab mak mentua (allahyarhamah) masak sangat sedap!

    Mama Aini,
    ooo... tak makan semua jenis ikan ke, darat dan laut?

    Kamariah,
    memang kena hati-hati, Amie suka tengok mak mentua bersihkan ikan patin... cantik je potongan dan belahannya.

    BalasPadam
  21. Wattie,
    senang rasanya tekak terima nasi bercampr gulai ye Wattie...taklah tersekat nak masuk perut... he heheh.

    Ummi,
    selamat berpuasa Ummi.

    Wani,
    ikut resepi Chef Ismail ni, nak cuba juga apa rasanya gulai ikan patin pahang ni.

    Quinnie,
    di sini ikan sungai bukanlah ikan pilihan orang ramai sebab banyak bekalan ikan laut, kalau ada di jual pun sekali-sekala saja, itupun ikut musim-musimnya juga.

    BalasPadam
  22. Lady Ayu,
    takpe Ayu...sekurang-kurangnya kita dapat kongsi pengetahuan, itu pasal kakak rujuk Kamus Dewan sebab takut silap istilah, tapi rupanya lain tempat lain maksud gulai tu.

    Ayah Temuk,
    boleh tukar... cantik namanya tu, sedap didengar dan segera difaham,

    Memang ikan laut banyak kandungan bahan kimia terutama untuk mengawetkannya supaya tahan lama. Kami pernah menyaksikan demonstrasi mengeluarkan bahan kimia tersebut yang berupa bahan pengawet mayat...

    Kalau ayah datang sini Amie masak apa yang ayah ingin makan, yang letihnya perjalanan yang jauh tu... he he he kena 2 kali naik kapalterbang.

    BalasPadam
  23. Rahel,
    jomlah makan sekali Rahel.

    Liza,
    dulu mula-mula kahwin Kak Amie pun ada masalah nak sesuaikan selera dengan suami, dia suka itu Amie tak suka, Amie suka ini dia tak suka pulak,
    oleh sebab Kak Amie jenis yang suka mencuba pelbagai resepi, akhirnya Kak Amie dapat membawanya menyesuaikan deria rasanya dengan hidangan yang tidak pernah dirasainya, hasilnya dia sendiri termasuk bapa mentua kak Amie sering bertanya...apa resepi baru hari ini?

    BalasPadam
  24. Kaz,
    alhamdulillah...meminati smoothie memang satu pilihan yang bijak sebab campuran bahan asasnya memang sangat berkhasiat, membuat kita rasa kenyang dan yang penting smoothie sangat elok untuk proses penghadaman perut yang cepat.

    Ida,
    takpe Ida, bila ada kesempatan bolehlah jenguk... ni sebab cuti sekolah, adalah masa untuk masak and blog walking.

    Yatie,
    sedap makan lauk begini waktu tengahari....dengan nasi panas!

    BalasPadam
  25. CT Delima,
    betul tu CT, kadang-kadang istilah yang sama tapi membawa makna yang berbeza, agaknya ada baiknya diwujudkan Kamus Resepi Memasak ye Ct.

    He he heh...Amie makan semua jenis ikan, sungai, laut...

    Rosa,
    ikan sungai ni pada Amie...sedapnya ialah pada khasiatnya.. tapi tak dinafikan ada ikan sungai yang memang lazat macam ikan jelawat!

    BalasPadam
  26. Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉
    Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit gout kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba saya ni. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺👍🏻

    3) banyak pengalaman dah saya berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dan lain lain

    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.


    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .💪🏼


    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.

    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ....................................................................................................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah semakin sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................

    ▪️ Kanser Limforma B - cel tahap 4

    En Shahrizal Taib, 41 tahun, pesakit kanser Limforma b cell tahap 4 ketulan di paru paru 8 cm pernah kena tebuk paru2 sebab berair ,tahun 2020. Dia mula minum jus herba pada tahun 2021. Pernah jalani kimoterapi 8kali dan radioterapi 15kali. Dia minum jus herba ini semasa dalam kimoterapi dan badan terasa bertenaga, tidak mengganggu proses kimo malah amat memberi tenaga tidak seperti pesakit lain yg tak minum herba. Herba bukan beri tenaga saja tp merawat sampai sembuh.


    Call order wasap@call- En Mohd Zuhairi Bin Noordin- 017-4687570

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe