ADSENSE

Isnin, 26 Disember 2011

Asian Cuisines & Curry House

Oh.... macam lama sangat tak masuk dapur. Sebaik sahaja memulakan perjalanan ke Sandakan untuk mengikuti Seminar Mengenali Potensi Diri, kaki ini terus melangkah tanpa henti. Oleh kerana ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan, suasana siang dan malam terasa sama sahaja. Letih! Tapi syukur Alhamdulillah,  semuanya berjalan lancar. Rindu sangat nak masak tapi keadaan tidak mengizinkan. Marilah kita masuk dapur di sebelah Hotel Heritage, tempat Amie menginap sekeluarga. Kami menikmati makan malam di Asian Cuisine Curry House. 


Bukara Lamb Briyani, pilihan Amie. Boleh tahan juga rasanya. Oleh kerana masih keletihan, dan esok pagi mesyuarat akan bermula, jadi mohon diri untuk beristirehat. Jom tidur!


Tiga minggu lepas kami menginap di Monaco Hotel, dan kali ini cuba pula suasana di Heritage Hotel.  Jangan risau kalau datang ke Tawau. Banyak tempat penginapan berbintang-bintang ada di sini termasuk Shervinton Hotel, Marco Polo Hotel, King Park Hotel, Istana Hotel, Prince Hotel dan entah apa-apa lagi. Yang Amie sebutkan tadi letaknya memang berhampiran dengan Heritage Hotel. Okey... selamat malam!


13 ulasan:

whitecappuccino berkata...

Kalau hotel berbintang2 tentu reganya pun berbaloi2 ye tak?

kasihredha berkata...

kalau nak ke sana nanti nak minta advice ammie nak duk kat mana.
Apa2pun menu kat atas tu sungguh sedap

ummiross berkata...

Cantik hotel tu Amie..Selamat malam, sweet dream dear!

Along Maklong berkata...

nampak sedap kari tu..
(eh.. kari ke..?)
best sesekali dapat beristirehat kat hotel kan.. semuga bermimpi yang indah2..

mama aini berkata...

ehem sedapnya, cantik & kemas hotel ni..

Kak Sam berkata...

Memang serokkan kalau sekali sekala lepak2 kat hotel

MulutPayau berkata...

sedapnya nasi beriani tu...
Selamat bemesyuarat dan beristirehat...

rahel berkata...

wallaaa..sedapnya hidangan tu Kak Amie...Rahel mcm nak gi terjah skarang gak..

maz berkata...

Salam ammie...waaa bestnya aktvti tuu..kat sabah ni lgi 1 mknan lauk pun bnyk dan murah kan..insyaallah klu ada rzki smpai nti...kita member swiss garden club..hotel dh free...cuma time cuti tu asik dtg bahrain je..tu yg xbleh p tmpat lain..hehee..

IXORAROXI berkata...

Salam Kak Amie,tengok kuah lamb tu dah boleh agak kesedapannya..perghhhh!

Nens Collection berkata...

rinduuunye nk tdo otel..ahakkksss..suke g otel sbb die punyer decoration tu selesa sgt..;)

Acik Erna berkata...

amie..sejak tukar bacground amie nya hilang..patut rasa lama sa
ngat tak masuk blokg amie

Nuridah berkata...

Wah seronoknya Amie...kita tengok nasi tu lagi seronok....telan air liur nie!!