Sup Merah Gear Box

9:52 PTG

Terima kasih buat rakan-rakan yang telah memberi ucapan takziah dan berkongsi rasa di atas pemergian serentak sepupu dan anak sepupu Amie yang lemas di sebuah tasik di Puncak Alam kelmarin. Amie dapat rasakan kesedihan Makcik Semah di atas kehilangan anak lelaki bongsunya yang berusia 21 tahun dan juga sepupu Amie yang kehilangan anak lelakinya yang berusia 16 tahun dan masih belajar di Tingkatan 4. Menurut bonda, tidak terkira ramainya orang yang datang menziarah ke rumah Makcik Semah di Kampung Bukit Hijau. Pada masa yang sama, Amie teringat pada malam takbir Aidil Adha semasa Amie darjah 4, tepat pukul 9 malam, kakak kedua Amie pergi untuk selama-lamanya dalam usia 20 tahun, dan turut meninggalkan seorang putera berusia 1 tahun. 9 tahun yang lalu, pada Aidil Adha hari kedua, ayahanda kembali menghadap Ilahi... tapi yang paling memilukan ialah pada pagi tersebut Amie sekeluarga berangkat pulang ke Sabah setelah beberapa hari menziarahi ayahanda. Ayahanda kembali kepada-Nya ketika Amie dalam penerbangan dari Kota Kinabalu ke Lahad Datu. Sesampainya Amie ke Lahad Datu, bonda menelefon dan mengatakan ayahanda telah tiada, dan bonda kata....... tak perlulah pulang kerana tempat Amie jauh dan jenazah ayahanda telah selamat dikebumikan petang itu juga. Waktu itu Amie hanya mampu menangis  duduk terjelepok di hujung tangga kerana merasa sangat terkilan, rasa bagai mahu pecah dada Amie....... lama Amie menangis manakala suami sepanjang waktu di sisi Amie memujuk dan memberi semangat. Tiga bulan kemudian  Amie pulang ke kampung dan menziarahi pusara ayahanda........

Petang tadi bonda sempat memberitahu Amie tentang seorang ustaz di kampung kami yang bernama Ustaz Shuib. Ustaz Shuib membuat korban sebanyak 12 ekor lembu pada hari pertama Aidil Adha (Ahad lepas) dan beliau sendiri yang menyembelih lembu-lembu tersebut di masjid. Setelah selesai menyembelih lembu yang  ke 5, tiba-tiba Ustaz Shuib terjatuh dan meninggal di tempat sembelihannya....... macam-macam ikhtibar yang kita boleh ambil dari pelbagai peristiwa korban.....

Hari ini suami Amie bawa pulang tulang lutut atau gear box lembu korban dari sekolahnya. Memandangkan tulang gear box itu masih segar, Amie buat sup. Resepi kali ini Amie ambil dari buku Masakan Tradisi Melayu Johor.


Punyalah besar kepala lutut lembu tak dipotong-potong. Nak potong pun tak ada parang atau benda tajam lain yang sesuai. Suami kita kata rebus sajalah. Amie pun ikutlah apa katanya. Kita semak resepi Sup Merah Gear Box di bawah ini:

Resepi :    Sup Merah Gear Box
Sumber :   Buku Masakan Tradisi Melayu Johor
Chef:        Noraini Margono

Bahan A:
2 kg tulang kambing - Amie gunakan tulang lembu
2 sudu besar serbuk lada - Amie bubuh 1 sudu 
1 sudu besar lada hitam - tumbuk
2 sudu besar rempah sup
4cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntumbunga cengkih
2 sudu besar puri tomato - Amie gunakan 4 sudu
3 sudu besar minyak
1 sudu besar garam
1 sudu besar gula

Bahan B:
2 ulas bawang putih - Amie gunakan 7 ulas
2 ulas bawang merah - Amie gunakan 10 ulas
4cm halia

Cara:
1. Rebus tulang dengan sedikit halia dan garam hingga dagingnya empuk.
2. Kisar kesemua Bahan B.
3. Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan kayu manis,bunga lawang dan bunga cengkih diikuti Bahan B, serbuk lada, lada hitam dan rempah sup.
4. Tumis bahan hingga garing. Kemudian masukkan puri tomato, garam dan gula.
5. Masukkan bahan-bahan ini ke dalam periuk berisi rebusan tulang, tambah air jika terlalu pekat.


Suami dan anak-anak makan Sup Merah Gear Box dengan mee hoon. Amie hanya sentuh sedikit saja, setakat menghirup beberapa sudu dan makan sedikit daging yang melekat sebab perut Amie sudah dipenuhi dengan Smoothie Nenas & Kiwi.


Sesiapa yang ingin mencuba resepi ini, Amie persilakan dengan segala hormatnya.... kalau nak makan lelemak dalam tulang lutut itupun....dipersilakan...... baca Bismillah dulu.

23 comments

  1. nani tak ambil pula bahagian gear box hari tu. mungkin orang2 yang uruskan sembelihan tu dah ambil untuk diorang masak di sana. kalau bagi kat nani pon, tak reti juga nak masak.

    rupenye banyak peristiwa yang berlaku sekitar aidil adha dalam hidup kak amie. sudah menjadi ketentuannya...kita redha jela dengan apa yang berlaku...

    BalasPadam
  2. Takziah, Amie... Ma baru terbaca kesah kedukaan Amie. Nanti jap lagi nak buka entri Amie yang ma ketinggalan tu. Bersabarlah yer... Tiap yang pergi pasti kembali kepadaNya...

    BalasPadam
  3. Takziah k.amie...saya ktnggalan ntry lepas...sedih baca kisah k.amie...apa yg berlaku dalam hidup kita adalah ktntuannya...

    Saya ada jugak mertua bagi gear box..tak buat apa2 lagi..masih dalam peti....rasanya kena buat sup jugak ni....

    BalasPadam
  4. Kak Amie...seumur hidup Rahel lum pernah lg hirup kuah sup gear box..hehe..ketinggalan kapal..

    BalasPadam
  5. As'salam Amie

    Alhamdulillah..semoga urusan tu semua dipermudahkan ya. ct pun ada juga rasa trkilan sampailah hari ni. maasa ct menziarahi arwah bapak ct di jb. dia cuma demam biasa jer. pagi ct balik dgn adik jengah sekejap. bila hari yg sama ct balik, dlm perjalanan tu dapat call bapak ct telah meninggal dunia di hospital. sedih sangat2 memang rasa tersiat2 hati rasa pilu sampai sekarang.

    sup gear box ni kalau kita pening2 kepala memang eloklah makan sbb boleh hilangkan sakit kepala. tak tahulah oarng yang cakap :)

    BalasPadam
  6. Allahuakbar!, ajal maut ditangan Tuhan kan Amie, Yang tengah sihat pun 'pergi' tanpa kita duga.Semoga Allah cucuri rahmat ke atas roh mereka, semoga Allah tabahkan jugak hati kita...

    BalasPadam
  7. Salam Amie,

    Faberet Kak ros ni,tapi, kalau Kak Ros makan ,sah la tak bangun ni..pening kepala..

    BalasPadam
  8. terharu saya baca paragraph awal Kak Ame
    sangat menawan kalbu sup merah Kak Amie tu!

    BalasPadam
  9. Salam Kak Amie...banyak sungguh khabar duka yang telah kita lalui..ajal maut itu urusan allah..dan kadangkala kita sendiri tak menyangka..namun itulah takdir..ujian pada yang tabah menghadapi...

    sedih2 jugak..tapi sup gear box tu nampak menawan kalbu..hu hu peberet tuh..

    BalasPadam
  10. weweet! sup gear box pulak. sedapnya!

    BalasPadam
  11. sedapnya kak amie...slurpppp...ini yg seronoknya kalau raya korban ni...boleh makan sup tulang besar2..hihihi

    BalasPadam
  12. takziah atas kehilangan ahli keluarga akak...terlupa nak tulis tadi...:)

    kak amie ni umur berapa ye? saya 33..macam sebaya atau saya lagi tua dari amie ni?

    BalasPadam
  13. nampak pun dah mengiurkan... dulu penah buat 2 kali..nnt nk try resepi ni lak..

    BalasPadam
  14. nampak pun dah mengiurkan... dulu penah buat 2 kali..nnt nk try resepi ni lak..

    BalasPadam
  15. Salam takziah amie.. smga rohnya dicucuri rahmat.. musim mkn daging n tulang2 .. kepala akk pun cam dah fenin2 jer ni.. huuu

    BalasPadam
  16. Nani,
    kalau bab tulang-tulang ni... rebus je Nani, buat sup.

    iyelah Nani, kena redha atas segala ketentuan-Nya.

    Kamariah,
    terimakasih Ma, kita pun akan kembali jua pada-Nya.

    MP,
    terimakasih MP, memang sudah ketentuan-Nya,

    kalau tulang gear box memang taklain dari buat sup... boleh hisap2 lemak dalam tulang tu... hi hi hii

    BalasPadam
  17. Rahel,
    kena hirup juga sesekali, sedap tau...

    CT,
    apa yang CT alami itu memang Amie dapat rasakan, sebab lebih kurang sama saja jalan ceritanya... memang rasa sangat sedih, dalam tempoh beberapa bulan selepas kehilangan ayahanda memang Amie kuat menangis... tak macam bonda yang sangat tabah...

    oooh iye ke...agaknya petualah tu ye sup gear box boleh hilangkan sakit kepala.

    Ummi,
    betul tu Ummi...semua akan kembali pada-Nya, cuma masadan ketikanya saja yang kita tidak tahu...

    Ros,
    ada HB ke Ros? hirup sikit ajelah ye Ros...

    BalasPadam
  18. Ixora,
    masing-masing daripada kita pasti ada pelbagai pengalaman baik suka atau duka,

    sup merah gear box tu ye...

    Kerull,
    betul tu Kerull...sudah takdir dan ketentuan-Nya,

    sesekali buat sup merah pula...

    Asmara,
    gear box fresh ni Asmara...

    BalasPadam
  19. Quinnie,
    Kak Amie lebih tua dari Quinnie,

    memang seronok masak tulang besar-besar ye Quinnie..

    Norlie,
    jangan tak cuba ye Norlie...sup merah!

    BalasPadam
  20. MINTA MAAF....AMIE TERGUNA AKAUN ANAK AMIE....

    BalasPadam
  21. kak amie...salam rinduuuu...tak pernah lg mieza makan sup merah ni..kalau daging boleh juga agaknya dibuat sup begini ye kak..sebab dalam peti ais cuma ada daging..tulang tak ada..teringin nak mencuba...izinkan mieza copy resepinya ye kak..TQ kak :)

    BalasPadam
  22. sedapnye..kalau makan confirm peluh2 ni..:)

    BalasPadam
  23. Hi Amie...Anyway cakap pasal sup tulang merah nih, saya baru jer upload pics kat blog saya masa gi makan kat Beach Road Gardens Singapore. Best sangat. 15 ketul habis sekelip mata hehe. Sedut punye sedut sampai pening di buat nye.

    Senang2 tu singgah la yer kat www.blogmakanbest.blogspot.com topik pasal makan makan dan makan jer 100% takder topik lain. Kebanyakan nye di area JOHOR maklum la orang JB.

    Jangan lupa follow blog saya tau TQ TQ TQ...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe