Smoothie Pisang Kaki@Persimmon

6:09 PTG

Tengahari tadi sewaktu memandu dalam perjalanan pulang dari sekolah, dalam kepala sudah berangan-angan apa nak buat bila kaki melangkah ke dapur. Selepas kukus sekeping ikan bolu@milkish untuk 2 anak bujang, Amie keluarkan pisang kaki@persimmon yang Amie sejukbekukan dalam peti ais pagi tadi. Apalagi.....buat smoothielah jawabnya. Oleh kerana pertama kali buat Smoothie Pisang Kaki@Persimmon, Amie sediakan sedikit saja seperti di bawah ini. Okey juga rasanya setelah dicampur susu segar dan yogurt serta sedikit gula.


Bahan-bahan:
2 biji pisang kaki@persimmon - belah dan potong kecil-kecil
75ml yogurt asli
100ml susu segar
1 1/2 sudu gula

Cara:
1. Sejukbekukan pisang kaki@persimmon selama 4-5 jam (Amie simpan pagi tadi antara pukul 6-2 petang)
2. Kisar pisang kaki bersama susu segar, yogurt asli dan hula.
3. Tuang ke dalam gelas.
4. Sedia untuk dinikmati.

Ingatkan tak ada siapa yang mahu mencicipi, rupanya si bongsu suka makan, katanya.... sedap! Tak cukup menikmati smoothie, kami pun pulun makan buah pisang kaki berdua.....


Selepas smoothie habis, teringat pula angan-angan untuk menyediakan hidangan petang. Cuba tengok di bawah ini ....ha... inilah inti karipap yang Amie asyik berangan nak buat dari sekolah tadi. Oleh kerana ada sekilo daging batang pinang dalam peti sejuk, Amie gunakan sebahagiannya untuk dibuat inti karipap. Bila inti sudah masak, teringat pula tepung sudah habis. Telefon suami minta belikan tepung dalam perjalanan pulang dari kerjanya nanti. Dah terbayang karipap yang montel-montel, lembut dan rangup kulitnya! Terfikir pula akan habiskah nanti karipap yang bakal dibuat memandangkan banyaknya inti yang disediakan..... 400gram daging dengan 7 biji kentang! Mulut yang akan makan hanya 4 orang saja.



Menjelang petang, pulanglah suami dengan membawa tepung, telur, roti, sayur bayam, serikaya dan entah apa lagi. Melihat roti Gardenia, si bongsu pun terus membuka bungkusannya dan bertanya kepada Amie.... bolehkah makan dengan inti karipap? Boleh... makanlah! Si bongsu pun makan roti dengan inti karipap. Sedaplah... bolehkah ambil lagi? Makanlah roti dengan jem, sampuk si ayah. Amie menyahut.... inti karipap tu banyak sangat, tak habis nanti.... biarlah dia makan. Abangnya pun ikut makan sekali. Amie pun ikut makan juga. Memang kegemaran Amie makan inti karipap saja berbanding makan dengan 'rumah'nya.


Lama-lama nampak surut pula kuantiti inti karipap tu.....hhmmmmm... kalau ada n3 karipap malam ni maknanya jadilah Amie buat karipap. Kalau tak ada.....maknanya semuanya sudah selamat!

14 comments

  1. salam Kak Amie..
    bila singgah kat sini..perut asyik berkeroncong jer...ada minuman yang sedap2...haus pulak jadinya..emmm tolong lah..

    BalasPadam
  2. kak amie kita nak pisang yg ada kaki tu heheh sedapnya suka buah tu,tengok inti akak tu terguda kita sbb Mnya nak membuatnya

    BalasPadam
  3. Amie..kalau acik tak sempat jadi smoothie..dah tentu habis kena makan dulu..

    BalasPadam
  4. Salam Amie...

    suka sgt dgn persimmon atau buah kesemak mak kite panggil...

    jgn lupa cari gali masakan tradisional tempatan....

    BalasPadam
  5. Rahel,
    jomlah sama-sama minum....cuci mata & cuci perut... he heheh

    Chik Mimi,
    memang sedap pisang kaki tu...
    haaaa...tang inti tu ...nak bagi lembut tu yang lama sikit...

    Acik,
    he he hehhh...kena ada pokok sendirilah kalau gitu ye Acik...

    CuteOven,
    ooo...buah kesemak ye...terimakasih , dapat pengetahuan baru....
    ya...sudah semestinya suka cari gali masakan tradisional tempatan...

    BalasPadam
  6. assalam amie...ohh sedap ek smoothie pisang kaki, kita tak pernah cuba lg, mkn gitu je pisang kaki

    BalasPadam
  7. saya sgt suka persimmon ni..tp belum pernah try buat smoothie :)

    BalasPadam
  8. Belum jadi karipap, inti dah surut ya amie?

    BalasPadam
  9. akak saya tak pernah makan pisang kaki ni...apa rasa dia ye? boleh buat inti karipap? wahhh.kreatif tul akak ni..

    BalasPadam
  10. Rosa,
    rasanya...entahlah kalau dah bubuh yogurt dengan susu tu...lebih kepada bau yogurt je...tapi sebab suka smoothie, apa-apa buah.. Amie tibai aje Rosa...

    Kasih,
    dua-dua sedaplah... makan segar pun sedap, buat smoothie pun ok...

    WC,
    bukan lagi surut...dah licin dah... hu hu huuu

    Quinnie,
    he hehehh..pisang kaki satu cerita, inti karipap cerita lain pulak...2 dalam 1 entri...

    BalasPadam
  11. Singgah cari karipap, smoothie ada lagi ke?

    BalasPadam
  12. Kak Amie,adeii mcm2 smuti da kalomai umah kak,sy suka smua jns smuti kak,tapi pisang kaki xpernah lagi try..Nmpak cam best jer..Kak Inti karipap akak tuh mesti sedap kan,yerla 400gm daging,byktuh,puas mkn wat sendri,kalo yg bli nma jer karipap daging,tapi batang idung daging pon haram xda,huhu..

    BalasPadam
  13. kat mana ada jual persimmon ni? sandakan mcm takde je...

    BalasPadam
  14. Ummi,
    dua2 dah licin...Ummi tertinggal flight ni... he hehehh

    Dana,
    asal adea buah aje...memang jadi smoothie bila ada temannya yogurt, jadi tak kira buah apa... he hehehh
    tu sebab habis inti tu sebelum jadi karipap sebab sedap sangat ada dagingnya yang banyak tu... hu hu huuu

    Nani,
    kakak beli di pasar Sri Perdana ni.....

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe