ADSENSE

Isnin, 21 November 2011

Smoothie Lobak Merah & Epal Hijau

Amie ada Smoothie Lobak Merah & Epal Hijau. Kalau buat jus, kita cuma minum patinya saja tapi kalau buat smoothie...kenyang perut makan hampas-hampasnya sekali.....


Bahan-bahan:
2 biji lobak merah - buang kulit dan potong kecil-kecil
3 biji epal hijau - buang kulit /tidak buang dan potong kecil-kecil
200ml susu segar
100ml yogurt
3 sudu besar gula / boleh ganti dengan madu

Cara:
1. Sejukbekukan lobak merah dan epal hijau selama 4-5 jam dalam peti ais.
2. Kisar epal hijau dan lobak merah yang sudah beku bersama susu segar, yogurt dan gula / madu hingga halus.
3. Tuangkan ke dalam gelas.
4. Sedia untuk dinikmati.

6 ulasan:

Nens Collection berkata...

emmm..bestnye kak ami..sesuai dengan sy yg mmg suka buah2 han ni..boleh pelbagaikan lagi cara penyediann ni..hehe..suka skali!

☆*♥L@dy @yU♥*☆ berkata...

if cuaca panas mmg sedap minum ni...sejuk anak tekak sket khen....but sini sejuk mmg cr ayaq panas2 jer la ngeeee

Cheq Sue berkata...

kak amie, saya pernah jugak dulu buat smoothie apple dan carrot, memang sedap sgt... yang ni akak campur 2 jenis epal eh...nanti boleh la cuba

Antan Bertingkah berkata...

Macam best je, kena cuba buat ni...

Juwita Jamaludin berkata...

minuman yang enyegarkan kak.. selain baik untuk kesihatan .. boleh cuba ni kak..:)

Diana @ Melley Mey berkata...

Assalamualaikum akak amie cayang...
nak ckiiit... hehehee.. sedapnya nie kalu dpt minum smoothie lobak merah n epal hijau...