Kek Cokelat Lobak Merah Kukus

5:11 PTG

Mengenangkan anak-anak mula bercuti sekolah, Amie pun mulalah merancang untuk menyediakan menu yang patut sebagai hidangan di sebelah petang memandangkan sarapan pagi semua ditaja oleh suami yang rajin membeli pelbagai alas perut di luar. Oleh kerana dari kelmarin si bongsu sudah berkali-kali merengek minta buatkan kek, jadi ibunya yang masih keras tangan ini pun mulalah pecahkan telur, mencari segala jenis tepung dan bahan-bahan asas yang masih tersimpan di dapur. Terfikirlah pula untuk menggabungkan lobak merah dengan cokelat. Amie kukus saja kek tersebut. Baru saja Amie tutup api, abang sulung dan si bongsu sudah menerpa ke dapur dan kek kukus yang masih panas itu terpaksalah Amie potongkan untuk mereka. Macam cerita kelmarinlah pulak...dah buat inti karipap tiba-tiba tak jadi buat karipap sebab habis intinya dimakan. Kali ini Amie lihat mereka makan dengan begitu berselera... mungkin disebabkan kek yang masih panas... tapi Amie sangat bersyukur kerana sekurang-kurangnya lobak merah sudah masuk ke dalam.perut anak-anak! Oleh kerana suami belum pulang, Amie potongkan sebahagian kek dan simpan di bawah tudung saji. Tiba-tiba si bongsu datang lagi ke dapur dan bertanya.... boleh makan kek lagikah? ...ambillah..... (cadang Amie nak minum petang dengan suami), tapi rasanya kek kukus tadi masih banyak..... bukan apa, saja nak tunjuk dekat dia ada hasil air tangan kita sedang menantinya walaupun taklah sesedap dan semolek mana seperti di bawah ini.


Tidak lama kemudian pulanglah si dia membawa pelbagai bungkusan. Salah satu daripadanya ialah tupperware berisi kek...... bukan sejenis kek tapi pelbagai kek. Kek lapislah.....yaaa..... kek lapis Sarawak! Rakan sekerjanya kirim untuk Amie....katanya dia. Wah! Ada 5 jenis semuanya..... tapi sayang Amie tak tahu nama-nama khusus untuk setiap kek lapis ini..... tapi sedap-sedap tau!!!!

Amie pun terus terlupa Kek Cokelat Lobak Merah Kukus yang hodoh tu......

12 comments

  1. Salam Amie,

    Rajinnya Amie buat kek..Kak Ros ni kalau nak buat kek bercita.....sat nak buat ..sat tak mau...tak pandai sama...tapi Kak Ros suka makan kek ni..

    BalasPadam
  2. seedap ye kak kek coklat letak carrot...saya selalu kek cokalt tak pernah nak campur dgn apa2 pun...hehehe

    BalasPadam
  3. Dah lama tak buat kek......bestnya kalau dapat makan.....

    BalasPadam
  4. Salam Kak Amie..wah petang2 makan kek ngan kopi panas memang mebeles..dapat sepotong syok ni wooo...

    BalasPadam
  5. ala jgn la ckp kek tu mcm tuuu kalu tak mcm mana anak2 suka..hehehe kak ilah pula meroti ptg ni...belum siap lagi dlm oven... berselerra kak ilah tgok air lobak dgn belimbing tuu...selalu minum lonak jer...
    sekarng ni kak ilah smbung membeli tpware..setelah setahun mendiam kan diri...syokkk oooo buat koleksi

    BalasPadam
  6. ala jgn la ckp kek tu mcm tuuu kalu tak mcm mana anak2 suka..hehehe kak ilah pula meroti ptg ni...belum siap lagi dlm oven... berselerra kak ilah tgok air lobak dgn belimbing tuu...selalu minum lonak jer...
    sekarng ni kak ilah smbung membeli tpware..setelah setahun mendiam kan diri...syokkk oooo buat koleksi

    BalasPadam
  7. Assalam amie, kek yg berkhasiat ni ada lobak merah. emmm sedapnya kek lapis , yg kita kenal kek lapis tembikai n sisik ikan je kat situ

    BalasPadam
  8. cuti2 sekolah ni mmg mcm tu lah amie..akak kat rumah ni tak kira cuti ke idak mmg sentiasa kena baking.peti ais tu tak boleh kosong..hehe

    BalasPadam
  9. Ros,
    Amie pun sama....nak buat ke tak nak buat...bila fikirkan anak-anak suka makan...buat ajelah dengan bahan asas yang ada, itupun main kukus je...

    Quinnie,
    pertama kali kakak buat bubuh lobak... biarlah ada khasiat sikit dalam badan anak-anak yang semuanya tak mahu makan sayur tu...

    MP,
    kak Amie pun dah lama tak buat... ni layan rengek si bongsu...

    Kerull,
    iye...jemput makan sama...memang sedap dengan secawan kopi panas...

    BalasPadam
  10. Ilahjy,
    taukeh tupperware ye... beberapa tahun yang lalu Amiepun rajin kumpul, tapi tak cukup tempat nak simpan (berkotak2)...

    he he hehhh Amie sebenarnya tak berapa reti buat kek...

    Rosa,
    betul tu...lobak banyak khasiat terutama untuk mata,
    ooo...ada yang Rosa kenal ye...

    Kak Anim,
    masa sekolah memang Amie masak sekali saja untuk makan malam,
    bila cuti sekolah... rasanya kalau boleh nak masak sepenuh masa untuk keluarga...

    BalasPadam
  11. hehe ummi nak kek coklat loabak merah tu jugak, kek lapis dah banyak kat sini..

    BalasPadam
  12. Ummi,
    nak belajar buat kek lapis dari Ummi pulak...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe