Ikan Bolu@Milkfish Kukus Cendawan Shiitake

2:22 PTG

Amie hidangkan menu Ikan Bolu@Milkfish Kukus Cendawan Shiitake untuk 2 anak bujang sulung dan bongsu. Aduhai.... bujang yang tengah masih lagi mengikuti Jambori Pengakap Asia Pasifik di Terengganu. Kalau ada miss call.... memang sah dari dialah tu.... walaupun jambori berakhir pada 25 November tetapi rombongan anak kami akan sampai ke Lahad Datu pada 28 November kerana banyak tempat transitnya....rindu! Berbalik cerita menu tengahari ini, cukuplah masak sepotong ikan untuk mereka berdua. Amie sebenarnya masih kenyang makan di sekolah tadi. Kesian, nampak lapar betul bujang-bujang Amie ini...sampai habis licin lauk ikan nan sekeping di bawah ini di sapunya.


Mereka suka makan isinya kecuali kulit dan bahagian perut ikan padahal bahagian-bahagian itulah yang berlemak! Di bawah lapisan warna hitam itulah lemak ikan bolu yang sangat sedap! Oleh kerana anak-anak kurang gemar makan pedas, Amie tidak bubuh cili dalam menu mereka. Resepi ikan kukus ini merupakan resepi asli ciptaan Amie sendiri.

Resepi: Ikan Bolu@Milkish Kukus Cendawan Shiitake
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 potong ikan bolu@milkish
2 kuntum cendawan shiitake - cuci dan rendam hingga kembang, kemudian hiris-hiris  (air rendamannya jangan dibuang)
1/4 batang lobak merah - hiris kecil
2 sudu taucu manis
1 sudu sos ikan
1.5cm halia - hiris halus
2 biji bawang putih - hiris halus
1/2 labu bawang besar - mayang
1 sudu teh serbuk pati ikan bilis / gula
minyak

Cara:
1. Letakkan ikan di atas dulang pengukus. Renjiskan sos ikan dan taburkan bawang putih serta hirisan halia di atasnya. Kukus selama 7 minit.
2. Sementara itu panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar, taucu, cendawan shiitake serta lobak merah. 
3. Masukkan 50ml air rendaman cendawan shiitake dan biarkan sehingga kuah menjadi pekat.
4. Taburkan serbuk pati ikan bilis dan gula (jika perlu).
5. Buka penutup kukusan dan tuangkan bahan tumisan tadi ke atas ikan. Tutup periuk pengukusan dan kukus lagi selama 3 minit.
6. Angkat dan hidangkan panas.


Selamat mencuba. Resepi ini tidak terhad hanya kepada ikan bolu@milkish tetapi apa-apa jenis ikan pun boleh terutama yang isinya lembut seperti jenahak, kerabu, tenggiri dan ikan-ikan lain yang sewaktu dengannya.

18 comments

  1. Eh adake taucu manis.. tak pernah tau la pulak..

    BalasPadam
  2. Che Mid,
    entahlah.... Amie ada jumpa 2...1 taucu kacang masin, 1 lagi taucu kacang manis tapi yang katanya manis tu pun rasa masin jugak...

    BalasPadam
  3. Salam Kak Amie..

    Kak Mid, Saya pernah jumpa taucu manis jenama Yeo's..Jenama lain mesti jenis masin..

    Kak Amie, sedapnya ikan kukus ni..ada masa boleh cuba ni....

    BalasPadam
  4. sedapnya tgk lauk kak Amie ni..kalau mkn ni saya suka ratah gitu jer...ada cendawan shitake lagi tu...memang yummy la:)

    BalasPadam
  5. mana tak licin kak..tengok pun dah terliur..

    BalasPadam
  6. hai masak utk anak bujang je ke..selebihnya tu tolong masakan utk ucu pulak ye malam ni...

    BalasPadam
  7. Kalau letak depan saya pun tentu licinnn.....

    BalasPadam
  8. Salam Sue,
    baru kejap tadi tengok dalam sejuk... betul tu kacang kuning manis jenama Yeo's..
    resepi Amie ni guna bahan yang ada saja Sue...

    Nieza,
    cendawan shiitake tu... kakak suka bau harumnya...kononnya boleh awet muda gitu... katanya orang Cina... he hehehh

    Qema,
    alhamdulillah... anak-anak ada selera...

    BalasPadam
  9. Ucu,
    dah habis ke daging rebus cecah air asamnya tu... ha...tengok dulu dalam peti ais apa yang ada, nanti fikir nak masak apa buat Ucu cayanggg....ye...

    MP,
    suka makan ikan kukus ye MP..

    BalasPadam
  10. kat sana mmg mcm2 ada jenis ikan ekk....selalu bljq bhsa baru jer ni....mcm kat sini ikan ada mcm2 tapy tataw nama jer....sedapnyer akak ada lagik?

    BalasPadam
  11. Noname,
    iye... tak apalah yang adik-adik pergi bercuti, kita memang ada tugasan di sekolah...

    Ayu,
    ikan di Jepun tentu sedap-sedapkan Ayu...

    BalasPadam
  12. salam mie. nampak menyelerakan. ikan bolu tu bundo tak kenallah mie. tapi nampak macam ikan siakap je.
    Resepi sedap macam ni mesti bundo terai..

    BalasPadam
  13. Ibundo,
    memang boleh try dengan apa-apa ikan yang lembut ...selamat menerai ye Ibundo...

    BalasPadam
  14. WC,
    orang putih kata milkish, orang Indon panggil belanak sembawa, orang ilipina panggil bangos, di Sabah disebut bolu...di semenanjung tak tahulah WC.... ada atau tidak ye sebab ikan ni wujud di tempat tertentu je...

    BalasPadam
  15. P/S: pembetulan: milkfish bukan milkish

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe