Daging Sri Tanjung

6:59 PTG

Jom cuba resepi  Daging Sri Tanjung yang Amie masak untuk hidangan tengahari tadi. Nampaknya masih ada lagi baki daging korban bahagian batang pinang  dalam peti sejuk. Untuk resepi kali ini Amie merujuk Buku Masakan Koleksi Saji. Bagaimanapun, Amie buat sedikit penambahan iaitu dengan memasukkan yogurt asli dalam masakan tersebut.


Resepi : Daging Sri Tanjung
Sumber : Buku Masakan Koleksi Saji

Bahan-bahan:
350 gram daging - potong dadu - Amie potong ikut nipis
2   1/2 sudu besar minyak masak
450ml air
1/2 sudu besar cuka - Amie ganti dengan 100ml yogurt asli
1 sudu besar puri tomato - Amie bubuh 2 sudu
1/2 sudu besar kicap pekat - Amie bubuh 1 sudu
3cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 labu bawang besar - belah 4 
150gram lobak merah - Amie tak bubuh
150gram ubi kentang - Amie bubuh lebih
garam secukup rasa - Amie tambah gula

Bahan perap:
1  1/2 sudu besar kicap cair
1/2 sudu kecil tepung jagung
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam 

Cara:
1. Perap daging bersama bahan perap - Amie perap 1 jam
2. Panaskan minyak. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan bawang besar hingga wangi.
3. Masukkan daging yang telah diperap, kacau seketika.
4. Tuangkan air dan biarkan mendidih. Kecilkan api dan masak hingga daging empuk.
5. Apabila daging sudah empuk, masukkan lobak merah, ubi kentang, cuka, cuka, tomato puri, kicap pekat dan garam secukup rasa - Amie gantikan cuka dengan yogurt asli dan tambah sedikit gula.
6. Jika sukakan kuah yang pekat, bolehlah tambahkan dengan sedikit bancuhan tepung jagung - Amie tak bubuh sebab memang kuah sudah cukup pekat.



Bila hidangan diletak di atas meja, benda pertama yang anak-anak senduk tentulah ubi kentang. Itu sebab Amie suka bubuh lebih ubi kentang dalam masakan ini.


Alhamdulillah, resepi masakan yang Amie cuba ini tidaklah mengecewakan. Insya-Allah lain kali Amie akan cuba lagi tetapi mungkin Amie akan lebih pekatkan kuahnya. Jom makan.... he he hehhh dah licin pun!

16 comments

  1. Assalamualaikum kak amie nampak sedap daging tue.

    BalasPadam
  2. Amie...ada lagi ke lauk daging...kak cek dtg nak tumpang makan...:D

    BalasPadam
  3. Chik Mimi,
    dah habis licin... tinggal gambar kenangan.. he hehhhee

    Cik Cek,
    laaa... tertinggal keretapi ye Cik... nanti Amie masak untuk Cik ye...

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Amie,

    baru nk ngendeng...tup2 dh habis...lambat kita dtg...mcm semut...nampak sedap nama nya pun unik.

    BalasPadam
  5. wah!rata2 menu daging je nih..banyak betul lebihan daging korban tu hari ya amie?..tahun ni akak tak buat korban dan hadiah daging dr teman2 dan jiran2 pun tak banyak mcm thn2 yg lepas..jadi akak makan bubur jagung je la nampaknya.hehe

    BalasPadam
  6. salam kak amie...wah sedap nmpk daging sri tanjung nie,,nanti nak cubalah..

    BalasPadam
  7. Nampak sedap...kak Zai pun suka kentang kalau ada dalam masakan.

    BalasPadam
  8. Daging Sri Tanjung Amie itu memang menggamit! Ia mengingatkan saya kepada Masak Kicap Ayam Kampung arwah emak dulu-dulu. Kicapnya jenis yang terpekat, kayu manis, lada hitam, dan kentangnya lebih sikit, dan lebih sikit juga gulanya (gula = ajinomoto orang Jawa!). Salam bahagia.

    BalasPadam
  9. mat mlm Kak Amie..
    Rahel dah sampai ni..ada org kat umah tak?..kite ada bawak nasi tomato n ayam berempah kari..nak tukar ngan daging sri tanjung..nampak sodap sangat.

    BalasPadam
  10. Salam Kak Amie..nyumnyummm..nmpk menyelerakan daging tu..stok daging ada lg..nnt bleh lah yana try resepi nii..tgk kentang yg byk tu lg yana suka hehee

    BalasPadam
  11. bderet2 menu.. saya jugak yg tak ter updated blog.. malas mjadi2 tul

    BalasPadam
  12. Nuridah,
    memang namanya unik, tapi takpasti pula kenapalah ada tanjungnya...

    Kak Anim,
    tengok bubur jagung kakak tu teringin sangat nak makan....

    Azu,
    cubalah Azu... nanti hantar sepinggan untuk kakak ye...

    BalasPadam
  13. Kak Zaitun,
    memang ramai suka kentang, bukan Amie saja, anak-anakpun kalau laukada kentang, itu dululah yang disenduknya..

    Ayah Temuk,
    itulah dia resepi bonda Amie...memang ayam masak kicapnya pekat, terasa lada putih atau lada hitamnya....tiba-tiba rindu pula masakan bonda!

    Rahel,
    boleh sangat... jom kita tukar-tukar lauk, bukan tukar pinggan kosong ye Rahel... he hehehhh

    Yana, try jangan tak try... Kak Amiepun tak gemar simpan stokdaging lama-lama, nanti hilang kesegarannta...

    Dzana,
    takpe....layan dulu malas tu,nanti bila mood rajin datang...lagi berderet-deret menu Dzana... he hehehh

    BalasPadam
  14. sedapnya nampak..thanks Kak Amie kongsi resepi

    BalasPadam
  15. siap posing dengan batang kulit kayu manis lagi tu...mengancam betol!

    BalasPadam
  16. Salam Kak Amie...Daging ni nampak sedap...masak2 kicap macam ni memang saya suke ni....

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe