Al-Fatihah: Sepupu dan Anak Sepupu Amie Lemas di tasik di Puncak Alam

4:53 PTG

Amie ada berita sedih. Malam tadi keluarga Amie telefon memberitahu anak lelaki bongsu ibu saudara Amie, dan anak lelaki kedua sepupu Amie ditemui lemas di dasar sebuah tasik di Puncak Alam. Sebentar tadi Amie telefon bonda dan Amie diberitahu kedua-dua jenazah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Mahang, Jeram, Selangor dalam satu liang lahad. Menurut bonda seorang mangsa ditemui pada pukul 5 dan seorang lagi pada pukul 6 petang kelmarin. Sepupu Amie ingin menyelamatkan 2 orang anak saudaranya yang sedang lemas, dan berjaya menyelamatkan seorang daripadanya. Bagaimanapun beliau turut tenggelam bersama anak saudaranya yang seorang lagi. Amie tidak dapat bayangkan apabila bonda bercerita, Makcik Semah iaitu ibu saudara Amie turut berada di tempat kejadian menyaksikan usaha menyelamat. Mereka dipercayai tenggelam pada pukul 3 petang. Menurut bonda lagi, pihak penyelamat mengukur kedalaman tempat kedua-dua mayat ditemui... dan Amie sangat terkejut bila bonda memberitahu...kedua-dua mayat tersebut terjerumus masuk sedalam 10 kaki ke dasar tasik. Al-Fatihah buat keduanya....  dan takziah serta banyak-banyak bersabar buat Makcik Semah yang kehilangan anak lelaki bongsunya dan juga buat sepupu Amie, Samsuria yang kehilangan anak lelaki keduanya. Sedih sangat bila bonda kata....makcik menggelongsor jatuh dalam pelukan bonda bila menyaksikan jenazah puteranya....

20 comments

  1. Al Fatihah dari DIA kiter datang kepada DIA kiter kembali,....semoga roh arwah di tempatkan di kalangan orang2 yang soleh....ini adalah ujian yg berat buat seluruh keluarga akak...semuga roh arwah aman di sana...insyaAllah

    BalasPadam
  2. Ya Allah sedihnya..moga arwah ditempatkan dalam golongan org yang beriman..AL-FATIHAH
    takziah buat keluarga mangsa juga kak.amie.

    BalasPadam
  3. Al-Fatihah.....dua2 pergi sekali gus, ajal maut di tgn tuhan..apa2 pun moga roh kedua2 arwah ditempatkan di kalangan org2 yg soleh

    BalasPadam
  4. AlFatihah dan salam takziah buat keluarga sepupu amie.

    BalasPadam
  5. Al-fatihah dan Salam Takziah untuk keluarga arwah

    BalasPadam
  6. Lady Ayu,
    memang sangat berat....kakak pu dari malam tadi macam tak sanggup nak dengar cerita dari anak buah, kakak dan bonda...

    Qema,
    sangat sedih...sangat sedih sekali kerana beberapa minit sebelum lemas, arwah sepupu kakak memang sedang merakan video suasana di situ... termasuk saat-saat anak buahnya sedang tenggelam(yang disangkanya hanya gurauan)...

    Ida,
    mudah-mudahan...amin...

    Acik,
    terima kasih Acik...

    BalasPadam
  7. Assalam Amie, alfatihah buat keluarga makcik amie, semoga rohnya dicucuri rahmat.

    Oo hari tu saya ada lalu ikut jeram masa blk dari Pantai remis, saje lalu short cut untuk ke rumah di puncak alam, tak perasan pulak kat mana letaknya tasik tu ya amie

    BalasPadam
  8. Salam Kak Amie..Salam AidilAdha buat akak sekeluaga dan salam takziah di atas pemergian mereka berdua..semoga roh keduanya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..

    Alfatihah...

    BalasPadam
  9. Rosa,
    Amie pun tak tahu di mana tasik tu... nak tahu cerita lanjut tapi tak sampai hati nak cerita panjang sebab bonda keletihan tak tidur sehari semalam menenangkan makcik....

    Sue,
    terima kasih.... amin...

    BalasPadam
  10. sedihnya time2 raya dapat berita macam ni...semoga keluarga arwah tabah...takziah buat kak amie dan keluarga...

    BalasPadam
  11. As'salam Amie

    sedih betul ct baca ni Amie, menitis airmata. kita baru saja menyambut raya korban. Takziah dari ct buat ibu saudara Amie dan juga Amie sekluarga. Sama2 lah kita berdoa semoga kedua2 roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama2 insan2 yang bertakwa aminnn...Al-Fatihah.

    BalasPadam
  12. al Fatihah
    semoga yg ditinggalkan tabah..
    terharu :(

    BalasPadam
  13. Innalillahiwainnailahirojiun..Al Fatihah buat keduanya..Takziah buat keluarga mangsa dan keluarga Kak Amie ya

    BalasPadam
  14. sedihnya..Takziah dan Alfatihah buat arwah

    BalasPadam
  15. akak tumpang sedih...sabar ya amie ya...takziah buat kedua2 keluarga dan al fatihah.....

    BalasPadam
  16. Al-Fatihah buat kedua2 mangsa dan takziah buat keluarga.

    BalasPadam
  17. Al fatihah buat kedua2 arwah...kesiannya, di saat kita bergembira menyambut raya korban ada insan lain yg pergi menghadap Ilahi buat selamanya..semoga rohnya aman di sisi Tuhannya

    BalasPadam
  18. Takziah Amie, tentu mengejutkan berita macam ni kan tambah bila kita diperantauan.Al Fatihah..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe