Roti Sosej Berkeju

8:09 PTG


Assalamualaikum teman-teman blogger yang disayangi.... Terima kasih atas doa untuk FIL Amie, insya-Allah segalanya akan berjalan lancar dan masih lagi di bawah pengawasan doktor. Amie pun baru balik dari menziarahinya di hospital tapi sampai rumah Amie sempat hidangkan Roti Sosej Berkeju untuk semua yang sudi berkunjung ke dapur Amie. Sebelum ini Amie pernah buat tapi tak bubuh keju. Nampaknya hasilnya kurang kemas sedikit sebab buatnya pun..... sambil melayan rancangan ADILA, mana perginya 'cooking with my heart and soul' sebab jiwanya melayang bersama lagu Bisikan Hati. Sesekali layan lagu begini, habis berjurai-jurai airmata. Waduh! Kenapa petang ini suasana jadi melankolik yaaa..... teringat zaman di universiti dulu pada tahun 1989.... Amie suka dengar rancangan Bisikan Hati yang ke udara menjelang tengahmalam hingga pukul 2 pagi. Pernah sekali hantar coretan dan tersiar. Seronoknya tak terkira.....sampai sekarang masih teringat sebuah lagu pilihan juruhebah Zulraidi Razi yang disesuaikan dengan coretan Amie.... nak tahu lagu apa? Kita minum dulu secawan teh dan cicipi sepotong Roti Sosej Berkeju di bawah ini.....




Bahan-bahan:
12 keping roti - lenyek hingga nipis
12 batang sosej
12 keping keju
2 cawan serbuk roti
1 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum
100ml air
sedikit marjerin - pilihan
minyak

Cara:
1.  Sapukan marjerin ke atas roti - pilihan
2. Letakkan kepingan keju di atas roti.
3. Letakkan sosej dan gulung roti.
4. Lekatkan roti dengan telur.
5. Celup roto berisi sosej ke dalam tepung.
6. Bancuh tepung gandum dengan air dan jika suka letak secubit garam.
7. Salutkan roti tadi dengan serbuk roti.
7. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
8. Angkat dan hidangkan. Boleh makan begitu saja atau jika suka makan dengan sos yang digemari.



Sambung cerita yang terputus tadi tu...... lagu yang disiarkan oleh juruhebah melalui Ruangan Bisikan Hati siaran Radio Malaysia Rangkaian Nasional itu ialah lagu Mahligai Syahdu nyanyian Hattan. Jom nyanyi pelan-pelan kat dapur Amie...... satu .... dua.... tiga.....

kita bertemu kali ini untuk apa
adakah hanya menambahkan lagi sengsara
luka yang lama
belum dapat aku sembuh.....

lupalah pula senikata seterusnya....he hehehhhh...PERINGATAN: yang boleh ikut nyanyi hanyalah ibu-ibu sahaja, yang masih anak dara macam Nani@Nuwairani Ismail dan Puteri Kasih kurang digalakkan .....hi hi hiiii... gurau aje yea...


22 comments

  1. Amie..zaman sekarang ni dah tak kisah dah amie..didapur pun menyanyi jugak..he he
    nampak sedap la roti berkeju amie tu.

    BalasPadam
  2. Acik,
    kalau gitu kita kuatkan sikit volume kita erkkk.....

    BalasPadam
  3. lucu kak amie ni...siap pernah buat permintaan lagu lagi...hahah! seronok baca cerita kak amie. penuh nostalgia...

    nani pernah juga telefon stesen radio dulu. tapi radio 4 la. kene cakap omputeh la kirenye. padahal x pandai pon nak speaking.masa tu dah jam 12 malam. sekali ayah terbangun pulak. terus letak tepon. x sempat nak cakap hello kat DJ tu. lucu sungguh...

    BalasPadam
  4. Nani,
    ooo... guna telefon ye, Kak Amie hantar coretan tapi tak minta lagu, dibagi lagulah tu... esok pagi kepoh kawan-kawan usik di Dataran Sastera UM, he... nyesal pun ada sebab tulis nama betul dan disebut bulat2 nama kita....

    BalasPadam
  5. Kak Amie,nih sy mai nak mkn roti sosej nih kak,Amboi siap lagu hattan eks..A"ah nani xleh nyanyi kat dapo nnti dpt laki tua,hihi..

    BalasPadam
  6. Nostalgia... memang seronok melayan kenangan silam. Ma pun tak kurang kenangan silam. Huhu...

    BalasPadam
  7. simple tapi sedap..layannn lagu Hattan!

    BalasPadam
  8. idea baru lagi ni...bleh try bagi anak2 makan..

    tq atas ucapan tahniah tu...

    BalasPadam
  9. Bila Kak Amie tulis Dataran Sastera , teringatlah pulak pada kakak yang jual nasi dengan ikan bakar yang sedap kat situ . Kalau nak lauk ikan bakar mesti kena beratur panjang...masa tu tahun 1991. Tak tahulah masa Kak Amie dah ada ke belum....Air asam dia memang meletop. Tak kurang jugak dengan roti sosej berkeju tuuuuuuuu

    BalasPadam
  10. amboi bestnyer kak mkn roti sosej sambil layan lagu tu..rindu lak radio malaysia...:)

    BalasPadam
  11. Makin sedap rasa roti tu smbil menyanyi mmbuatnya hihi

    BalasPadam
  12. good morning amie..
    ni memang kegemaran bebudak ni mie..

    BalasPadam
  13. memang sedap sepanjang zaman roti sosej ni..hehhehe....

    BalasPadam
  14. inilah menu paling gempak bagi anak2 saya..tp harus letak keju la..hehe

    BalasPadam
  15. Kak amie..wwaaaa windu sama kak amie..kak amie, mieza suka roti yanng dibuat begini..celup2 telur, golek2 dalam crumb then goreng..tp hubby tak suka..miezakan kalau ketak inti sardin pun sodap..waaaaa laparnya kak, mieza belum breakfast...

    BalasPadam
  16. Sedap & simple..hari mgu blh buat ni..qema jarang nyanyi kat dapur sekarang ni, duk masak sambil duk cakap2 nga anak kat luar, kalau senyap je meraung dia tu hehe

    BalasPadam
  17. Salam...Lamanya tak makan roti gulung sosej ni, tapi belum pernah lagi buh cheese kat tengahnya..ada masa hujung minggu boleh gak cuba ni...

    BalasPadam
  18. Amie, ummi datang makan sosej sambil dengar lagu yang mendayu-dayu tu...

    BalasPadam
  19. Dana,
    rasanya tak meriah hidup ni kalau tak ada lagu ye Dana....

    Ma,
    kenangan silam ni... sesekali layan, habis berjurai-jurai airmata, yang pahit terasa manisnya, yang rindu bertambahlah dendamnya... hehehehhh

    WC,
    layan... jangan tak layan...

    Nora,
    anak-anak mesti suka roti sosej Nora...

    BalasPadam
  20. Yatie.....
    memang di situlah, di belakang tu... tempat kami lepak makan tengahari....pukul 10 pagi dan berebut ikan bakar dengan sambal lada belacannya yang tiada tolok bandingnya! Murah lagi tu.... Yatie, 1991 Kak Amie masih lagi ada di situ...tahun akhir, dan 1992 ambil Dip Ed... aduh Yatie, banyaknya kenangan di UM!

    BalasPadam
  21. Nieza,
    jarang benarlah Kak Amie dengar lagu Hattan ni di radio... sekali-sekala dengar memang best!

    Aju,
    sedap...memang sedap... sib baik tak goreng hangus...

    Ibundo,
    memang anak-anak tak tolek tepi roti sosej ni...

    Quinnie,
    kalau dah namanya sosej... memang pilihan sepanjang zaman ye...

    BalasPadam
  22. Anna,
    samalah... kalau kita tak buat, anak-anak beli di luar, baiklah kita buat sekali-sekala ye...

    Mieza,
    sebut pasal sardin tu teringatlah pula resepi roti poket sandwich tu... sedapnya!
    miss you too Mieza....

    Qema, memanglah gitu kalau ada anak kecil ye... keselamatan yang kita utamakan, tapi bila dah besar... macam kakak ni, nyanyilah sorang-sorang di dapur sambil masak...

    Sue,
    he hehhh...suka-suka je bubuh cheese tu, anak-anak pun makan saja tanpa banyak soal... senang hati kita kan kalau anak tak pilih sangat hal-hal makanan ni...

    Ummi,
    aduh....apa agaknya rasa sosej tu kalau Amie kunyah sambil melayani lagu yang mendayu-dayu... hi hi hiii kelakarlah Ummi..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe