Kuey Teow Goreng Buat Ucu Faridah @Ucu Bakery

11:46 PG

Koey Teow Goreng ini sebenarnya menu yang dihidangkan untuk keluarga petang kelmarin. Hari ini baru sempat masukkan dalam blog. Petang kelmarin balik lewat petang sebab ada mesyuarat, jadi sampai rumah perut sangat lapar...... Maklumlah, makan tengahari di kantin hanya meratah ayam masak kicap dengan kerabu pucuk ubi serta sebiji donut!    Manalah nak kenyang kalau mesyuarat pun habis pukul 4.30 petang!  Bila bongkar peti sejuk, terjumpa sebungkus kuey teow yang belum dimasak. Kemudian selongkar bahagian atas, terpandanglah pula udang.... senang kalau dah jumpa udang, sebab tak perlu masa yang lama untuk merendamnya. Kemudian tengok lagi di bahagian bawah, ada beberapa jenis sayur yang boleh duduk bersama dengan kuey teow dalam kuali termasuk kobis dan daun kucai. Satu lagi.... lobak merah! Amie memang pernah makan kuey teow goreng campur dengan lobak merah di restoran. Bukannya banyak... sikit saja! Wah! Ada cili jeruklah....wokey! Nampaknya Kuey Teow Goreng ringkas akan siap sebentar lagi!


Bahan:
600 gram kuey teow 
15 ekor udang kertas
1 cekak daun kucai - potong anggaran 3cm
4 keping tauhu basah - potong ikut suka dan goreng sebentar - toskan
1/4 biji kubis - hiris nipis
1/2 biji lobak merah - potong ikut suka
4 biji bawang merah - cincang
4 biji bawang putih - cincang
3 sudu sos  tomato
3 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
3 sudu kicap pekat
1 sudu serbuk pati ayam
minyak

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih serta bawang merah hingga wangi.
2. Masukkan lobak merah dan udang kertas.
3. Masukkan sos tiram, sos tomato dan cili sos. Gaul rata.
4. Masukkan kubis dan kuey teow.
5. Masukkan kicap pekat dan gaul sebati. Jika terlalu kering, masukkan sedikit air.
6. Taburkan serbuk pati ayam.
7. Masukkan daun kucai dan kacau seketika.
8. Kuey Teow Goreng siap untuk dihidangkan.
9. Jika suka hidangkan bersama perahan jus limau kasturi dan cili jeruk.


Kuey Teow Goreng nan sepiring ini Amie hantar ke rumah Ucu Faridah di Meru, kiranya bertukar menulah kita ye Ucu.... Kak Amie nak kerang, Ucu nak udang..... mana ni Ucu.... ada tak Ucu di rumahnya, senyap aje......ooooo Ucu! Agaknya Ucu pergi tempat orang kenduri kot. Kak Amie letak sepiring Kuey Teow Goreng siap dengan cli jeruk sekalini.... letak depan pintu rumah Ucu ye... Ha... yang lain, apalagi...jom makan  di dapur Amie. Bismillah....


14 comments

  1. sedapnya nmpk kue teow tu kak, punch ni masak nasi dan kerang dan sayur, budak2 suka sgt huhuu

    BalasPadam
  2. Aju,
    sedapnya dengar lauk kerang.... tak sabar nak balik kampung nak makan kerang....

    BalasPadam
  3. Assalam amie, suka sangat kalo ada menu penyelamat di saat darurat atau kesuntukkan masakan, dapat isi perut dengan masa yg singkat. Walaupun ringkas nampak sedap tu..udang tertonggeng

    BalasPadam
  4. Rosa,
    betul tu...yang penting dapat layan perut yang sedang berkeroncong... he hehehh udang tertonggeng-tonggeng tu tak sempat dikupas he he heheh sibuk potong segala sayur-mayur...

    BalasPadam
  5. emmm Amie..my fav sangat2 ni..suka2.

    BalasPadam
  6. Amie, ummi singgah makan tengahari, kuay teow pun cukup.

    BalasPadam
  7. memang sedap kuew teow kalau dimakan ngan cili jeruk...

    BalasPadam
  8. kalau ucu faridah tak mau hantar jer kat rmh saye jer amie..saye suke mkn udang...hihihi

    BalasPadam
  9. Amie..besor nampak udangnya..memang sedap tu..rugi ucu tak ambik.

    BalasPadam
  10. Rahel,
    memang sedap Rahel... kalau beli dipasar tak puas makan, buat sendiri boleh tambah berkali-kali ye...

    Ummi,
    betul tu Ummi.... malam semalam tak masak nasi, sebab kenyang makan kuey teow... tapi malam-malamanak goreng kentang pulak...laparlah tuu...

    MP,
    cili jeruk tu yang buat kuey teow tambah sedap ye MP

    BalasPadam
  11. Ain,
    iyelah Ain... siap telefon lagi kat Ucu, belumlagidia datang ambil depan pintu... daripada burung makan,baiklah hantar kat Ain pulak ye.... he heheh

    Acik,
    ni gara-gara nak tukar kerang dengan udang ni...Ucu buat kuey teow kerang, kalau Ucu tak datang memang kita makan ramai-ramai ye Acik.... he hehhhee

    BalasPadam
  12. amboi2....ucu baru nk ambil depan pintu..dah licin..oooo pakat dengan acik nak bg habis ye..takpe..tak pe...jap lagi ucu serang pulak dengan ... bunga mekar (tp hari isnin lah..)

    tadi masa akak call,ucu kt sek.anak ada sukan..

    Pas tu tetamu (abng n kakak) dari kpg datang, baru je balik...

    jab lagi mlm ada kakak ipar pulak nak datang n tidur kt rmh ucu...

    tak sangka sibuk betul hari ni...

    harap2 k.amie masakan utk ucu lagi yer...baik udang tu dengar cakap cikgu..beratur lurus jer...hehehe...

    BalasPadam
  13. Ucu,
    sibuknya dia hari ni... nasib baik udang tu dengar cakap cikgunya, sanggup bersusun beratur dari pagi sampai petang di depan pintu Ucu....

    WC,
    memang ramai suka kuey teow...lembut, sedap...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe