ADSENSE

Khamis, 6 Oktober 2011

Ikan Pari@Kiampau Bakar Berlada

Selamat tengahari semua. Tentu ramai yang sudah kenyang setelah menikmati hidangan tengahari. Di kesempatan ini Amie kongsikan bersama hidangan (sebenarnya menu kelmarin tapi tak sempat masukkan dalam blog) Ikan Pari Bakar Berlada. Jangan terkejut tengok ikan pari yang masih bermata tu.... he hehhheee.. ini anak pari saja, bukan emak bapak pari. Ikan pari jenis kecil begini dipanggil 'kiampau' oleh masyarakat Bajau di daerah sini.


Rasanya cara masakan seperti di atas ramai yang sudah buat. Bagaimanapun ada beberapa bahan yang berbeza Amie gunakan untuk sambal ladanya mengikut citarasa dan bahan yang ada di dapur. Misalnya Amie bubuh buah tomato sedar dan daun kemangi@daun selasih di dalam sambalnya.


Ada beza tak antara daun selasih semenanjung dengan daun selasih Sabah seperti dalam gambar di bawah ini. Orang Bugis suka memasukkan daun ini di dalam masakan seperti sambal dan juga sayur kerana aromanya menimbulkan selera untuk makan. Amie pernah makan Nasi Ayam Penyet di Tawau dan supnya dibubuh daun kemangi. Memang baunya enak sekali!


Bahan-bahan:
1 ekor anak pari@kiampau - 1kg - bersihkan dan tos
1/2 sudu garam
1/2 sudu pati asam jawa - bancuh dengan sedikit air
limau kasturi/nipis/kapas
garam/ gula / perasa pilihan
minyak
daun pisang

Bahan kisar:
3 biji lada merah
7 biji cili padi
2 biji tomato
2 tangkai daun kemangi@selasih
1 batang serai
7 biji bawang merah
7 biji bawang putih
1/2 cawan udang kering

Cara:
1. Lumurkan ikan pari dengan garam dan bungkus dengan daun pisang. Panggang selama 7 minit - Amie panggang dalam oven.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis semua bahan kisar sehingga pecah minyak.
3. Masukkan bancuhan air asam jawa, garam, gula dan perasa yang digemari.
4. Keluarkan ikan dari oven dan tuang sambal tadi ke atas ikan.
5. Masukkan semula ikan ke dalam oven dan panggang lagi untuk seketika.
6. Keluarkan ikan dari oven dan hidangkan. Jika suka boleh perahkan jus limau nipis  / kasturi ke atasnya sebelum dimakan.

P/S: Jangan panggang terlalu lama kerana isi ikan pari sangat lembut dan cepat masak.



Okey.... Ikan Pari Bakar Berlada siap! Jom..... ratah-ratah sampai habis! Alhamdulillah.

7 ulasan:

Sheila Shafeareen berkata...

Assalamualaikum
harap sihat ye..mak hai ikan pari besau tu...mcm anak tuka pun ada ...fv ni dapat memancing besau mcm ni mmg puas hati...nak pulak masak bakar2 mcm ni pehhh puas makn..apa pun mmg terliur negok manu ikan pari bakar belada ni...nak sikit meratah heheh

Ummiross berkata...

Adess!!, datang2 je terus lapor ni Amie, buat muka tak malu masuk dapur Amie, ummi ambik nasi sepinggan, hik!

Amie berkata...

Waalaikumussalam Sheila,
jom ratah sama-sama....besau ni! he hehhheee

Ummi,
jom Ummi...makan sama-sama...Bismillah...

Sue @ Nenie berkata...

Salam Kak Amie, saya suke pari, tak kira bakar atau masak asam....

nuwairani ismail berkata...

nani suke ikan pari....lembut aje isisnya..moist pulak tu (macam kek pulak komennya). pernah tengok daun tu. pernah jugak pegang, pernah cium baunya...org bugis bubuh dalam sambal sanggar peppik. tapi, orang panggil semangi ke kemangi ye? konfius pulak. nani pernah tayang dalam entry ni.
http://nuwairaniismail.blogspot.com/2011/08/yang-sikit-sama-dipikit-yang-banyak.html

Yana Shaiful berkata...

Salam Kak Amie..waaahhh besar punya ikan pari..best ni ratah mcm tu jee :=)

Amie berkata...

Sue,
Kak Amie pun suka semua resepi ikan pari...sebab memang dah ikan tu pun sedap

Nani,
ada yang panggil cemangi tau Nani, lain kaum lainlah sebutannya... tapi betul kot itu daun selasih...

Yana,
jiomlah ratah sama-sama...