Casablanca & Maruku Deepavali

7:31 PTG

Beberapa hari belakangan ini kawan-kawan Amie sibuk cerita tentang Casablanca. Apa bendanya Casablanca itu? Kelmarin seorang rakan tunjukkan Amie Casablanca yang dipesan melalui seorang teman sekerja, merangkap tuan punya sebuah restoran di Lahad Datu. Amie pun merasalah sedikit.... sedaplah! Bila Amie tanya teman yang bertanggungjawab menjual Casablanca tersebut, katanya dia sendiri tidak tahu apa namanya... pudingkah....apakah? Katanya, kakaknya yang membuat Casablanca tersebut. Amie pun pesan satu dengan harga RM28, ukurannya pun tidaklah sebesar mana, lebih kurang 8X8 inci.


Tengahari tadi sampailah Casablanca yang Amie pesan. Oleh kerana ada jemputan ke majlis jamuan perpisahan akhir tahun salah sebuah kelas pelajar PMR di sebuah restoran di bandar, Amie pun tinggalkan Casablanca dalam bilik. Casablanca Amie kelihatan mula mencair. Menurut seorang rakan, bila sampai rumah masukkan Casblanca ini dalam peti sejuk bahagian beku selama 1/2 jam, kemudian barulah dipotong dan dimakan. Amie yang memang buta tentang dessert  memang tak tahulah nak terangkan Casblanca ini apa sebenarnya. Bila kami sembang dengan rakan-rakan lain, masing-masing sepakat mengatakan dalam Casbalanca itu ada keju, biskut, hirisan mangga dan susu pekat manis.

Itu cerita tentang Casablanca.  Belum habis lagi ni.... Tengahari tadi juga sebelum ke restoran, seorang rakan sejawat menghulurkan sesuatu untuk Amie. Ha.... cuba tengok di bawah..... kuih maruku laa.... Mantan Pengetua kami kelmarin datang dari Kota Kinabalu. Agaknya dapat cuti lebih sebab nak sambut Deepavali. Dari pejabat am sampailah ke bilik guru, semua dijamu dengan maruku. Kelmarin Amie hanya sempat makan sedikit maruku yang sangat sedap itu sebab sibuk terkejar-kejar ke hospital, ke ICU... ada pelajar kami kena tikam di bahagian dada tembus ke paru-paru.......(kejadian berlaku di tempat tinggal pelajar tersebut, bukan di sekolah). Alhamdulillah.... walaupun mantan Pengetua kami sudah terbang balik ke Kota Kinabalu tapi dia tidak lupa tinggalkan sebungkus maruku untuk Amie, dan baru tengahari tadi disampaikan kepada Amie.


Hari ini memang Amie tidak masak. Amie hidangkan Casablanca & maruku untuk rakan-rakan yang sudi datang bertandang.


Happy Deepavali untuk pengunjung yang meraikan perayaan ini. Waneckam.

23 comments

  1. Wah! amie dah boleh sambut deepavali la ni ya

    BalasPadam
  2. Amie...
    Kak cek nak dtg beraya esok...nak makan muruku...memang 1 Malaysia ni...

    BalasPadam
  3. tengok casablanca ni terasa jakun pulak. memang tak pernah jumpa.

    BalasPadam
  4. Casablanca tak pernah makan, maruku pulak dah lama tak makan, eloklah Amie hidang,dapat tumpang tengok, hik!

    BalasPadam
  5. alaaahai sedapnya nampak casablanca tu amie.ingatkan amie bagi resepinya sekali..hehe

    BalasPadam
  6. menariknya maruku tu.. awa je bentuk nya.. ada mangga tentu sedap casablanca ni

    BalasPadam
  7. Assalam amie, nmpk sedap sangat casablanca tu...

    Ooo patut la ada kwn kita ckp kat LD senang je main tikam, dia baru pindah kesana, kalo pg pasar mmg takut je rasa, tah la akk pun tal pasti lah

    BalasPadam
  8. As'salam Amie

    Nak tanya gak ni casablanca tu rasanya mcm mana amie. mmg xpernah makan, tengok pun barulah ni :)

    tr kasih kerana menjemput ya, kalau tak ketinggalan belon kami sampailah beraya ...hehehe

    BalasPadam
  9. ucu ni tekak banjar + jawa..nak nyebut pun tak pandai.. al maklumlah ucu ni org kampung aje...
    tapi desert ni mesti sedap sbb ada cheese...
    (eh..eh..pandai pulak tekak anak banjar ni mkn cheese ye..)

    BalasPadam
  10. Macamana rasa casablanca tu..ada manis-manis lemak-lemak gitu ke..

    p/s- mohon singgah diblog che mid ya, ada entri yang sangat perlukan komen.. tk

    BalasPadam
  11. Wahhh....ada maruku dan casablanca rupanya..ok..nak try sikit...

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum akak ..
    waah ingatkan ada resipinya td..hehehe.. mengoda btl tgk casablanca tu..

    BalasPadam
  13. Amie..cuba la cari resepi dan sharekan disini..

    BalasPadam
  14. wah mesti sedap casablanca ni...siap ada buah kat dlm nya...

    BalasPadam
  15. WC,
    dah sambut dah ni... titik tumpu pada maruku laaa ye...

    Cik Cek,
    datang... jangan tak datang, memang 1 Malaysia ni...

    Nani,
    Kak Amie pun bila pertama kali nampak & dapat pula merasa sedikit, terus order...sedaplah.

    BalasPadam
  16. Ummi,
    nanti kalau ada peluang nak juga korek resepi Casablanca tu...

    maruku tu memang sedap, pandai mantan pengetua pilih, sebab dia memang India dan semasa bertugas di sekolah kami, memang tiap tahun dia sponsor maruku untuk Deepavali walaupun di sekolah kami hanya ada 2 orang India saja...

    Kak Anim,
    dah cuba tanya resepi dekat tuan punya penjual, tapi katanya tak tahu....nanti Amie cuba tanya lagi ye..

    Juwita,
    maruku istimewa dari mantan pengetua, memang lawa & sedap..

    memang mangga tu yang buat Casablanca rasa lebih sedap!

    BalasPadam
  17. Rosa,
    ada kawasan hitam di sini terutama kawasan setinggan yang dihuni oleh PTI terutama dari Filipina & Indon... tu yang sangat bahaya tu, tapi sebenarnya kebanyakan tempat masih selamat.

    Ct,
    rasa Casablanca nilemak manis, rasa cheese, tambah sedap rasa mangga ranum, macam ada rasasusu pekat manislah... agaknya kalau orang dah pakar macam Ct tentu tahu apa bahan yang diguna dan boleh cuba buat sendiri...

    Ucu,
    memang sedap makan selepas keluar dari peti sejuk Ucu... tapi jangan makan terlampau banyak sebab lemaknya tu... he hehehh

    Che Mid,
    memang gitulah rasanya...lemak-lemak manis

    BalasPadam
  18. MP,
    try...jangan tak try, sedap tu...

    Diana,
    tuan punya restoran takmau share resepinyalah....

    Acik,
    nanti Amie cuba cari ye... memang kami dah sembang sesama rakan, bahan-bahan yang digunakan hanyalah keju, biskut, susu pekat manis dan juga hirisan mangga yang disusun bertingkat-tingkat...

    Quinnie,
    memang sedap dik... agaknya kalau bubuh lebih mangga lagi sedap!

    BalasPadam
  19. MP,
    try...jangan tak try, sedap tu...

    Diana,
    tuan punya restoran takmau share resepinyalah....

    Acik,
    nanti Amie cuba cari ye... memang kami dah sembang sesama rakan, bahan-bahan yang digunakan hanyalah keju, biskut, susu pekat manis dan juga hirisan mangga yang disusun bertingkat-tingkat...

    Quinnie,
    memang sedap dik... agaknya kalau bubuh lebih mangga lagi sedap!

    BalasPadam
  20. Mcm sodap jer casablanca tuh..nk skit kak..huhu

    BalasPadam
  21. salam Kak Amie
    saya pun buta bab dessert ni, 1st time tengok Casablanca ni.nampak sedap..Kalau lagu casablanca tu saya tahulah, one of my favourite song!:)

    BalasPadam
  22. Muruku? Waaah, sedap dimakan sambil tengok tv dengan secawan kopi...

    BalasPadam
  23. kak amie cayang, TQ sudi call mieza, mieza mintak maaf tk dpt ckp lama sebab tk der suara huhuhu..anyway, first time mieza dgr dessert nama casablanca..nnati nak google lah kot2 ada resepi..nampak menarik sgt..keju, biskut, susu, mangga..kompom sedap!

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe