Rabu, 7 September 2011

Ikan Lampam Masak Taucu

Selamat malam semua. Resepi Amie kali ini ialah Ikan Lampam Masak Taucu. Susah nak dapat ikan ini sekarang. Di pasar pun jarang dijual. Beberapa tahun dahulu Amie dan suami pernah beberapa kali memancing di Sungai Segama. Umpannya hanyalah buah kelapa sawit. Campak pancing ke dalam sungai, tak sampai berapa saat sudah mengena. Tapi sekarang, entah mengapa..... sukar untuk menemui spesies ini lagi. Agaknya sudah semakin pupus. Ikan lampam yang Amie masak ini suami beli di Pasar Tani di Kampung Paris sebelum cuti raya tempohari.


Bahan-bahan:
3 ekor ikan lampam - bersihkan dan kelar-kelar
4 sudu taucu
2 keping tauhu basah - potong dadu dan goreng sebentar
5 ketul pickled lettuce - hiris
1 labu bawang besar - mayang kasar
4 helai daun limau purut
5 biji cili padi - pilihan
1 sudu gula
1/2 cawan air
garam
serbuk kunyit
minyak

Cara:
1. Lumurkan ikan dengan sedikit garam dan kunyit. Goreng hingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar, taucu dan daun limau purut.
3. Masukkan air dan biarkan mendidih hingga pekat.
4. Masukkan gula. Tutup api.
5. Susun ikan di atas pinggan.
6. Tuangkan kuah taucu ke atasnya.
7. Hiaskan dengan tauhu goreng dan pickled lettuce serta cili padi.
8. Sedia untuk dihidangkan.


4 ulasan:

nuwairani ismail berkata...

kak amie pernah memancing di sg segama ke? dulu pernah jugak sorg cikgu kt sini nk bg ikan patin. katenya dr sg segama..tapi nani tak pandai makan ikan patin..dh tak ingat rupe ikan lampam mcm mana..memang susah nk jumpa la..

Liza @ Adzriel AB berkata...

kemarin beli sebotol tauchu bawak balik rumah mak mertua. lupa nak bawa balik rumah semula. mak mertua dok sorang, tak makan tauchu2 ni. tak sama dgn keluarga saya...

Amie berkata...

Nani,
sedap oooikan patin! masak lemak tempoyak...adeeehhhh


Liza,
sesekali makan resepi bubuh taucu memang sedap!

myza berkata...

rajin nye masak :) ikan lampam saya bela jd x boleh la nk makan..huhuhuk