Soto Ayam

10:39 PTG

Assalamualaikum semua! Sudah masuk hari ke 20 kita berbuka puasa. Tak terasa hari yang berlalu  dan sudah menuju pula ke sepertiga bulan Ramadhan. Semoga puasa kita mendapat keberkatan dari-Nya. Apa hidangan petang tadi? Amie teringin sangat makan soto ayam.... tak sabar nak tunggu balik kampung minggu depan, akhirnya buat sendiri.



Teringat soto ayam Wak Suparman di kampung masa kecik-kecik dulu. Dulu harganya 70 sen semangkuk. Tahun lepas sempat makan di pasar malam.... RM3.50 sen. Rasanya sudah berbeza... agaknya dulu wak itu yang buat, tapi sekarang anak-anaknya pula! Oh... agaknya wak sudah tiada lagi! Oleh  kerana teringin sangat makan soto ayam Wak Suparman yang dulu punya, Amie usahakan juga untuk membuatnya. Hasilnya.... puas makan.... terutama begedil atau pergedilnya tu. Tahun lepas semasa bonda datang ke Sabah, sempat Amie belajar buat kuah soto. Wah! banyak teguran bonda terutama tentang rempah-rempahnya. Kata bonda, rempah tu bertujuan untuk menambah perisa dan aroma dalam masakan dan bukannya untuk dimakan! Apa maknanya tu? Bubuh sedikit saja, jangan terlalu banyak dan macam-macam lagilah petua bonda. Patutlah kadang-kadang terasa sangat bau kulit kayu manis kalau makan kuah soto di restoran. Maklumlah, masa remaja Amie sampai bekerja dihabiskan untuk belajar dan tinggal di asrama. Banyaklah resepi orang kampung yang tak sempat dipelajari. Kahwin pula dengan kaum lain, tinggal jauh dengan bonda.... lagilah jarak budaya semakin melonggarkan pengetahuan Amie tentang pelbagai resepi seperti soto ayam ini!


Bahan -bahan:
1 ekor ayam sederhana besar - belah 4
3 kampit ketupat - rebus melebihi 90 minit - angkat, toskan, sejukkan dan potong kiub
1 cawan kacang tanah - goreng
1 mangkuk taugeh - (sebaik-baiknya tunas kacang hijau - buat sendiri lebih baik)
150gram soon - goreng dan toskan
bawang goreng
hirisan daun sup

Bahan tumisan untuk kuah soto:
1 labu bawang besar - kisar
10 biji bawang merah - kisar
5 biji bawang putih - kisar
5cm bonggol pokok sup - kisar
5cm halia - kisar
5 biji buah keras - kisar (pilihan)
1 1/2 sudu lada putih - tumbuk
5cm kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
garam /perasa pilihan
air secukupnya
minyak untuk menumis

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar sehingga naik bau.
2. Masukkan semua rempah seperti kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, dan buah pelaga.
3. Masukkan ayam dan balik-balikkan hingga layu.
4. Masukkan air secukupnya dan biarkan mendidih.
5. Masukkan lada putih, garam dan perasa pilihan. Tutup periuk dan perlahankan api.
6. Apabila ayam telah masak, angkat dan toskan.
7. Biarkan sup terus direnih dengan api paling perlahan.
8. Goreng ayam hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya.
9. Carik-carik isi ayam dan masukkan tulang ayam tadi ke dalam sup / kuah yang sedang direnih.

Ini baru cerita tentang kuah soto. Kisah belum berakhir di sini.... he he hee kena sambung lagi... Seterusnya kita lihat pula resepi begedil atau orang sebut pergedil. Ini pun Amie belajar juga dari bonda tahun lepas. Sebaik-baiknya kentang hendaklah digoreng sebab kalau direbus, isi kentang jadi lembik berisi air dan bila digoreng akan menyebabkan begedil pecah terburai isi perutnya. Bonda kata, buatlah begedil selalu untuk sarapan anak-anak.... tapi anak-anak tak berapa minat makan begedil!

Bahan-bahan:
6 biji kentang - kupas dan potong 8
3 tangkai daun sup - hiris
1/3 cawan bawang goreng
1/3 sudu lada putih
1/3 cawan udang kering - tumbuk (tak bubuh pun tak apa)
garam / perasa pilihan
1 biji telur
minyak

Cara:
1. Goreng kentang hingga masak dan toskan minyaknya.
2. Lenyek kentang hingga hancur - Amie tumbuk dalam lesung.
4. Gaul kentang lenyek bersama daun sup, lada putih, udang kering, dan garam / perasa pilihan.
5. Bulat-bulatkan adunan kentang dan leperkan ditepinya sedikit.
6. Pukul telur dan celup begedil tadi ke dalam telur sebelum menggorengnya.
7. Gorenglah hingga masak atau berwarna kuning keemasan.

Huh.... nampak macam banyak kerjanya kan....  tapi belum siap lagi! Ada lagi tugas seterusnya....

Bahan untuk sambal kicap:
15 biji cili padi
3 biji bawang putih - pilihan
4 sudu kicap manis - Habhals
3 sudu kuah soto
3 biji limau kasturi - ambil jusnya
garam / perasa - pilihan

Cara:
1. Tumbuk cili padi bersama bawang putih - jangan terlalu lumat
2. Gaul rata bersama kicap, kuah dan jus limau kasturi.
3. Jika kurang rasa, masukkan garam dan perasa pilihan.



Adeehhh.... gara-gara nak makan soto, akhirnya siap juga. Puaslah makan beberapa kali malam tadi. Oleh sebab kekenyangan, mata layu .... terus tidur. Sebenarnya Amie dah masukkan dalam blog resepi soto ini tapi entah macamana, entah apa yang Amie tekan, hilang pulak dari blog. Sempat jugalah baca beberapa komen dari kawan-kawan termasuk Lady Ayu yang berkunjung sebanyak 2 kali kerana menunggu resepi ini. Minta maaf ye dik Ayu, nanti kakak hantar resepi ini ke rumah Ayu ye.

Nak makan soto ayam pula, campurlah kesemua bahan dan bubuh kuah. Jangan lupa sambal kicapnya tu. Hmmm... teringat soto ayam yang dibuat bersama bonda! Bonda tak mahu gunakan taugeh yang dibeli, sebaliknya bonda buat sendiri. Jadi... memanglah sangat sedap sebab tunas kacang hijau yang baru bercambah rasanya lemak dan rangup! Dan itulah sebenarnya resepi soto ayam Wak Suparman yang Amie rindui! Satu lagi.... sambal Wak Suparman bukan macam sambal kicap yang Amie buat! Sambalnya warna hijau tak berkicap, dibuat daripada cili padi hijau yang dikukus terlebih dahulu! Alahai..... banyak betullah resepi soto ayam yang Amie abaikan.... apa pun Amie puaslah makan begedil (sebab anak-anak tak suka makan), tapi balik raya nanti nak berkunjung juga ke warung soto ayam Wak Suparman!

13 comments

  1. Nama wak suparman tu Mcm biasa dengar la....kt mana ek???? Soto ni Dulu Selalu mkn sbb jiran Selalu Kasi...Ayu suka sbb dia buat sedap...seingat Ayu 2 Kali jer bikin soto ni lepas tu x buat dah gara2 resepi hilang...uwaaaa
    Ni akak dh tempek Boley try buat nnt ngeeee ☆〜(ゝ。∂)

    BalasPadam
  2. salam kak amie.. sedapnya soto ita suk atu soto menu yang asyik KIV je kak nanti nak try resepi akak la sedpnya nampak

    BalasPadam
  3. wah...!!!! soto, sedapnya...kak Amie, ada lagi tak??? nak semngkuk...

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum akak amie cayang...
    wah terliur tgk soto ayam tu akak... nampak sgt sedap tu... bermcm2 bahan yang ada... suka sgt makan soto... tp kat cnie x ler dpt mkn soto mcm yg akak buat tu... bahagia sgt kalu dpt makan soto yg akak buat nie tau.. nmpk sgt sedap

    BalasPadam
  5. motip terasa mcm ader recipe but biler check balek x der la ngeee....sori akak smlm comment guna iPhone dah tgh mkn rasa confuse kat satu lagi blog kot ngeee

    BalasPadam
  6. samalah kita, saya pun buat soto jugak, ambik resepi dri tenet (harap dihalalkan oleh pemilik),lain sikitlah resepinya. Pepun habis & jiran kiri-kanan pun merasa.

    BalasPadam
  7. haaaa ni baru ader...
    tq akak baru nak salin nie :D

    BalasPadam
  8. Lady Ayu,
    he hehe hari ini dalam sejarah... ni terbang terus menerus 24 jam tak transit mana-mana dah... dapat gak resepi ye, sebenarnya lain orang lain cara masakannya kan Ayu... ini cara kakak, cara bonda dan cara Wak Suparman...

    BalasPadam
  9. Salam Juwita,
    alhamdulillah, sebab nak makan sangat soto tu... akhirnya menjadilah juga walaupun taklah sama dengan soto ayam wak itu...

    BalasPadam
  10. MP,
    memang sedap dik! ada lagi tu...jemputlah makan...

    BalasPadam
  11. Diana,
    di sini pun tak jumpa soto begini dik... ini pun paslah mengingat kembali ajaran bonda dan juga rasa soto wak suparman tu...

    BalasPadam
  12. Noname,
    betul tu... sebenarnya macam-cama cara, macam-macam resepi buat soto ayam, tapi Amie tetap nak makan soto ayam Wak Suparman... he hehehh

    BalasPadam
  13. yang ni memang feveret saya laa..adui..nakkk!!

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe