Nasi Kuning Sambal Alu-Alu

10:08 PTG

Nasi Kuning? Bukan pulut kuning tau! Tidak tahu makanan tradisi suku kaum apa. Rasanya milik bersama, sebab pelbagai kaum masak, makan dan jual. Tidak terhad kepada kaum tertentu. Hanya ditemui di Sabah Negeri di Bawah Bayu. Biasanya dimakan waktu pagi sebagai alas perut atau untuk bersarapan. Dijual dalam bungkusan daun pisang. Lauknya terdiri daripada sambal ikan. Selalunya sambal ikan kayu, ikan tuna, ikan basung, tenggiri, kembung dan juga ikan layar serta ikan alu-alu. Dahulu harganya hanya RM1.00 sebungkus tapi kini sudah mencecah RM2.50-RM4.00. Kuantitinya pun tidaklah banyak, sekadar untuk alas perut sahaja seperti halnya dengan sebungkus nasi lemak! Lauknya pula semakin dipelbagaikan dan tidak terhad kepada ikan sahaja malah kita boleh pilih lauk udang dan juga ayam sekiranya ada. Sesuatu yang istimewa di negeri Sabah ini, kalau kita makan di kantin atau restoran, mesti disertakan dengan semangkuk kecil sup! Dan menu Nasi Kuning ini tidak ketinggalan sebagai salah satu menu yang dijual di bazaar Ramadhan.


Sejak bulan puasa, inilah kali pertama makan nasi kuning. Selalunya suami beli untuk sarapan pagi dan di kantin pun Amie biasanya makan menu ini. Amie tidak menggunakan resepi khusus untuk Nasi Kuning. Amie masak berdasarkan pengalaman merasa, bertanya kepada biras yang pernah menjual nasi kuning dan juga pengalaman rakan-rakan. Banyak cara masakannya termasuklah merendam terlebih dahulu beras dengan kunyit semalaman dan sebagainya. Ada yang campurkan segenggam beras pulut supaya nasi kuning lebih lemak, dan yang pastinya bahan asas seperti serbuk kunyit dan santan adalah satu kemestian. Dengan kata lain, penyediaan nasinya lebih kurang sama dengan penyediaan nasi lemak cuma ditambah dengan serbuk kunyit sahaja. Kadang-kadang Amie terbau serai dalam nasi kuning, kadang-kadang tidak pula. Ada kalanya nasi kuning tawar hambar, langsung tak bersantan... macam-macamlah yang ditemui! Ada juga yang warna kuning pucat, kuning terang...bla..bla..blaaa..

Bahan-bahan:
500 gram beras - bersihkan dan toskan airnya
400ml santan - sederhana pekat / cair
1 sudu serbuk kunyit -
3cm halia - ketuk
3cm kulit kayu manis
3 biji bawang putih - ketuk
1 helai daun pandan
garam / perasa secukupnya

Cara:
1. Tuangkan santan ke dalam kuali bersama serbuk kunyit, halia, kulit kayu manis dan bawang putih serta daun pandan.
2. Masukkan beras dan garam dan kacau sehingga kembang.
3. Apabila beras telah kering, pindahkan ke dalam periuk pengukus.
4. Kukus selama 15-20 minit atau sehingga nasi kuning masak.

Lauknya pula, biasanya kalau gunakan ikan, ikan digoreng terlebih dahulu hingga masak. Kemudian dimasak pula bersama sambal. Amie gunakan ikan alu-alu.


Ini ikan alu-alu yang telah digoreng. Ikan alu-alu ini dikenali juga dengan nama 'barracuda'. Ada jenis alu-alu yang sedap dan kurang sedap. Isi alu-alu warna kuning lebih enak berbanding isi alu-alu warna putih. Kalau di pasar, harga ikan alu-alu kuning lebih mahal sedikit berbanding ikan alu-alu putih. Masak sambal ikan alu-alu mudah sahaja, sama sahaja dengan buat sambal yang lain. Lebihkan gula sedikit.

Bahan-bahan:
20 tangkai lada kering - kisar
1 labu bawang besar - kisar
5 biji bawang merah - kisar
5 biji bawang putih - kisar
1.5cm belacan - kisar
2 keping asam gelugur - boleh guna asam jawa
1 batang serai - diketuk
garam dan gula secukup rasa / perasa lain
minyak

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar hingga pecah minyak.
2. Masukkan asam keping dan serai. Jika terlalu garing boleh tambah sedikit air. Masak hingga pekat.
3. Masukkan garam dan gula / perasa lain secukupnya.
4. Masukkan ikan dan biarkan seketika. Angkat dan hidangkan.


Selain sambal ikan, hidangan nasi kuning juga dilengkapi dengan telur dan juga timun serta hirisan tomato. Maaf, ini idea Amie. Sebenarnya kalau anda makan nasi kuning berbungkus daun pisang, anda akan hanya temui sambal ikan sahaja dan kadang-kadang terdapat juga sepotong telur rebus. Apa pun selamat berkongsi resepi, dan oleh kerana selalu makan nasi kuning di sini, bila sesekali balik kampung terasa rindu pula nak makan nasi kuning.... siap dengan semangkuk kecil sup!


Hi hi hiiii..... oleh sebab sudah hampir waktu berbuka puasa, tak sempat nak potong ikan. Jadi letak saja besar gedabak dalam pinggan.... Selamat berbuka puasa buat hari ke 21.

18 comments

  1. ahaa... baru je tgk shiela rusli masak nasi kuning dlm ketuk2 ramadan... mmg betul katanya dia pun belajar dr kwn dr sabah... hehe.. nampak sedaplah amie... boleh try one day... sambal ikan tu pun kemain mengancam lagi...

    BalasPadam
  2. isssyyy asal masuk sini mesti belajar benda baru....bagus betul la akak ni...masak siap ada sejarah makanan itew sendiri...terasa diri sangat kerdil sebab benda apa pow cheq tataw ni......perhhh terlioq tgk ikan goreng bolat yang sangat terangat itew...mcm dia pangey suruh ngappp jer ;-p

    BalasPadam
  3. 1st time dengar alu alu..
    hmmm menarik tu. kak amie, tq for ur birthday wish...terharu saya

    BalasPadam
  4. sejak2 puasa ni langsung tak nampak dah nasi kuning. bila kak amie buat ni baru teringat, oh nasi kuning..hihih... ikan alu2 tak kenal. tapi bila kak amie sebut barracuda tu rasanya mcm bleh agak kot. selalu nampak dalam game feeding frenzy. hihih...ikan yang besar pastu gigi tajam2, badan ada sedikit corak. (kuat betol pengaruh game ni)

    BalasPadam
  5. kak amie dearie..
    tak pernah makan nasi kuning ni..mcm2 dan unik2 ye makanan org lahad datu..seronok rasanya dpt mengenali masakan org sana dr blog kak amie ni..sekali pandang memang mcm nasi kunyit :)

    BalasPadam
  6. Salam Kak..Wahhhhh sesuatu yang baru ni..Bila akak sebut ada yang memansukkan sedikit beras pulut kedalamnya..tetiba plak terasa nak mencuba cara itewwww...Thanks sudi sedikit sebanyak info kat sini....Sesekali mengubah selera ngan citarasa luar bagus gak kan...

    BalasPadam
  7. Madiha,
    ada juga ye nasi kuning versi Sheila Rusli..., Amie tak tengoklah... sama tak dengan versi nasi kuning Amie?

    BalasPadam
  8. Lady Ayu,
    agaknya bersesuaianlah dengan tema blog ini ye...cerita-cerita yang dibawa dari dapur kakak!

    BalasPadam
  9. Izah,
    memang ada yang baru dengar nama ikan ni Izah, dan tidak semua tempat ada jual ikan ni... kakak datang sini, baru jumpa ikan alu-alu...

    BalasPadam
  10. Nani,
    nasi kuning ni kira sebagai menu nasi lemak (tempat kita), jadinya di sini makan sajalah menu ini di kantin, tiba-tiba terasa macam dah lamalah pulak tak makan...

    suka game ye, memang barracuda ada gigi tapi tak adalah sebesar dalam lukisan..hi hi hii...nak highlightkan giginyalah tu ye....

    BalasPadam
  11. Mieza,
    orang kata banyak berjalan luas pemandangan, jadinya lama kak Amie tinggal di sini, adalah sikit-sikit budaya masyarakat tempatan yang difahami... termasuklah makanannya sekali...

    BalasPadam
  12. Sue,
    cubalah... mana tahu datang selera, rasanya pun memang bolehlah diterima.... kalau masak sendiri lagilah sedap! nak cara tradisi di sini, jangan lupa sediakan semangkuk kecil sup dengan sepinggan nasi kuning..

    BalasPadam
  13. akak belum pernah makan nasi kuning ni..

    BalasPadam
  14. salam kak amie, macam pulut je eh. hehe.. nama sambal pun special gitu. mesti sedap!

    BalasPadam
  15. Amie,ada satu restoran kat sini baru buka, namanya Nasi Kuning, patutlah kawan ummi kata Nasi kuning tu dari Sabah, ummi tak pernah rasa lagi nasi kuning ni...

    BalasPadam
  16. salam kak amie.. sedapnya nampak nasi kuning akak tu.. ikan alu2 tu besar ye kak sebab potongannya nampak besar tentu manis isinya

    BalasPadam
  17. Whitecappucino,
    agaknya kalau tak datang sini, Amie pun sampai sekarang tak tahu ada nasi kuning & makan nasi tu...

    Asmara,
    ya... macam pulut tapi bukan beras pulut...kuningnya macam plut kuning ye..

    BalasPadam
  18. Ummi,
    oww..... dah sampai ke Sarawak ye, sesekali cubalah rasa, tapi kadang-kadang lain tempat lain pula rasanya, lain orang lain pula cara masakannya ye Ummi.

    Salam Ita,
    ikan alu-alu bentuknya panjang Ita, ada lebih 1 meter, yang kakak masak ni memang siap beli dipotong, kalau beli seekor boleh buat masak kenduri...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe