Nasi Ketumbar, Udang Kari Tomato & Acar Mangga

11:26 PG

Salam hari Isnin, dan sudah masuk hari ke 8 kita berpuasa. Sebenarnya ini menu berbuka puasa untuk hari ke 6, dan Amie pilih resepi Nasi Ketumbar. Sebelum ini Amie pernah buat Nasi Ketumbar Ayam Masak Merah, boleh lihat di SINI. Terima kasih Kak Nor Secubit Garam kerana resepi nasi Ketumbar ini sangatlah larisnya dimasak oleh penggemar pelbagai resepi sehingga Amie sendiri pun buat untuk kali kedua. Murah rezeki Kak Nor, tambah-tambah lagi bulan puasa begini, berganda-gandalah pahala Kak Nor dapat. Kali ini Amie gandingkan dengan lauk Udang Kari Tomato dengan Acar Mangga. Seperti biasa, memang Amie buat kari pekat-pekat.


Sebenarnya ini resepi tertunggak pada hari Sabtu lalu. Amie tidak sempat masukkan dalam blog kerana rasa tidak selesa akibat sakit kepala yang teramat sangat sehingga waktu bersahur pun suami yang masak. Rupa-rupanya sakit kepala tu membawa kepada penyakit lain pada keesokan harinya. Pagi Ahad kelmarin, pukul 9.30 pagi Amie bersiap untuk hantar anak sulung ke kelas tuisyen tapi sebaik sahaja keluar dari bilik air, Amie tak boleh bergerak kerana rasa sakit di bahagian perut hingga ke pinggang yang tak tertahan. Terpaksa telefon suami yang sedang bekerja, dan dia tidak benarkan Amie hantar anak. Dia cepat-cepat pulang dan sempat urut betis Amie dengan minyak panas, katanya kalau sakit bahagian pinggang kena urut bahagian betis. Terpaksalah Amie terbaring menahan sakit sebab Amie sangka Amie kena senggugut (kebetulan sedang 'cuti' hari kedua) tapi selama ini tidaklah pula begini teruk rasa sakitnya sehingga tidak boleh bergerak. Sebaik sahaja suami dan anak-anak habis berbuka puasa, suami terus bawa Amie ke hospital yang jauhnya hanya 1.5km dari rumah. Kesian suami, tak dapat pergi solat terawih kerana terpaksa tunggu Amie di bahagian kecemasan untuk pesakit luar dari pukul 7 sehingga 10.40 malam. Amie diperiksa dengan rapi, ambil ujian urine, ujian darah, suntikan tahan sakit (kalau tak kurang sakit kena masuk wad) dan dimasukkan antibiotik. Hari ini Amie dapat cuti sakit selama satu hari. Bagaimanapun rasa sengal bahagian perut dan pinggang masih lagi terasa. Pembantu perubatan sempat mengusik .... biasanya ini penyakit orang muda yang belum kahwin...... he he he..... Amie pun senyum-senyum tak tahu nak jawab apa. Entahlah... kalau penyakit dah nak datang pada kita kan.



Wokey.... berbalik kepada resepi Nasi Ketumbar tadi, lauk Amie ialah Udang Kari Tomato yang Amie olah berdasarkan resepi Kari Udang Tomato Segar dari Majalah RASA keluaran Februari 2011. Ada beberapa bahan yang Amie tidak gunakan seperti tairu yang pada Amie tersangatlah masamnya.

Bahan-bahan:
300 gram udang - Amie gunakan 500 gram
100 gram daun ketumbar - Amie gunakan 3 batang saja
5 ulas bawang putih - tumbuk
5cm halia - tumbuk
rempah 4 sekawan secukupnya - buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih
4 biji tomato - belah empat
2 biji cili hijau -dicincang
2 sudu makan serbuk kari
2 sudu makan serbuk cili
1/ 2 sudu makan serbuk jintan manis
1/2 sudu makan serbuk jintan putih
1/2 sudu makan serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk kunyit
180ml tairu segar - Amie tak bubuh
daun kari secukupnya - Amie tak bubuh
4 sudu makan minyak sapi - Amie gunakan minyak jagung
garam & gula secukupnya
air secukupnya - Amie gunakan 150ml susu cair

Cara:
1. Panaskan minyak sapi dan tumis rempah 4 sekawan, bawang putih dan halia hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan daun ketumbar dan kacau rata.
3. Masukkan pula cili hijau cincang dan buah tomato.
4. Masukkan serbk kari, serbukcili, serbk jintan manis, serbuk jintan putih, serbuk ketumbar dan serbuk kunyit. Kacau rata.
5. Sekiranya rempah kelihatan agak kering, masukkan sedikit air.
6. Kemudian masukkan udang dan daun kari. Kacau hingga udang hampir masak.
7. Akhir sekali masukkan tairu (Amie masukkan susu cair). Tunggu sehingga kari agak pekat.
8. Angkat dan hidangkan.



Walaupun sudah disediakan Nasi Ketumbar lengkap dengan Udang Kari Tomato dan Acar Mangga tapi suami mahu juga Amie sediakan untuknya mee goreng. Inilah rupa mee goreng yang sempat Amie sediakan untuknya. Amie goreng sepinggan saja tapi rupanya benda yang sedikit itulah yang sedap!



Memang rindu nak masuk dapur, nak masak sediakan menu berbuka dan bersahur tapi keadaan tidak mengizinkan. Pada ketika inilah suami ambil alih tugas, Amie pun tak tahu apa yang dimasak dan dimakan bersama anak-anak sebab Amie tak ada selera nak makan, hanya minum susu dan suami suruh berehat saja. Nampaknya Amie kena layan matalah dulu ye,  sebab kepala dah mula berat, mungkin akibat makan ubat-ubatan di bawah ini.... rasa sunyi sepi sebab hanya tinggal bersendirian di rumah, suami bekerja dan anak-anak semua bersekolah.


34 comments

  1. tak sihat ke kak amie terpaksa makan ubat cukup banyak ni? get well soon

    Aiseh nasi ketumbar yg mmg sedap..mieza pun dah pernah masak..teringin nak masak nasi daging tapi takut tak sempat sbb balik kerja pun dah 6pm..kak amieee nak dtg umah kak amie mkn nasi ketumbar ni

    BalasPadam
  2. tak jumpa lagi daun ketumbar di kinabatangan. kene cari di sandakan baru boleh buat nasik ni.

    erm...banyak2 rehat la ye kak amie... mcm risau pulak kalau sakit mcm tu. kalau berterusan jugak, bagus cek lagi sekali. kami di sini pon kalau sakit tak baik2 jugak, gi hospital sandakan untuk pemeriksaan kali kedua. risau jugak. lain doktor, lain cakapnya..

    BalasPadam
  3. sakit apa ni amie yg banyak sangat ubatnya tu.. apa pun take care dan semoga segera sembuh..

    sedap nampak set nasi ketumbar tu walau tukang masak tak sihat :)

    BalasPadam
  4. Assalam amie,
    wah menu nasi ketumbar dgn set2nya..udang nampak sedap tu amie..
    amie tak sihat ke tu?..take it slow ya amie..

    BalasPadam
  5. ciannyer akak...
    x pernah gi check ker kena setiap kali sesugut tue sakit sangat....teruk bunyinyer macam penyakit diana danielle tue
    akak jumpa specialist la

    BalasPadam
  6. Mieza,
    jarang kena sakit seteruk kali ini... kecuali masa bujan dulu,

    mehlah...datang aje rumah kakak, pilih je set nasi yang disukai,

    buat nasi daging sebenarnya ringkas saja sebab tak perlu banyak bahan untuk lauk, cuma perlu waktu yang sesuai sikitlah terutama masa untuk menyediakan, pelan2 Mieza...sampai masa masak juga nasi daging tu, jangan lupa sepinggan untuk kakak...

    BalasPadam
  7. Nani,
    dulu Kak Amie tanam sendiri biji ketumbar, masya-Allah cepatnya tumbuh sampai keluar biji ketumbar atas daunnya... tanam je dalam pasu, sebab kakak memang guna terutama untuk nasi ayam hainan,

    sakit ni baru sekali ini teruknya, sebelum ni sengal-sengal biasa saja, sebab berlarutan dari pagi sampai malam, tu kakak tak fikir 2 kali untuk ke hospital sebab di sini mereka periksa semua, tak seperti klinik swasta, periksa sikit bagi ubat je, harap ok lah lepas ni..

    BalasPadam
  8. Kak Nor,
    macam senggugut Kak Nor, tapi sakitnya kelmarin tu mengalahkan sakit orang nak beranak pulak! syukurlah tak ditahan di wad...

    ini menu sebelum sakit kak, tapi masa ni kepala dah mula pening-pening..

    BalasPadam
  9. Ayu,
    Alhamdulillah, sudah beransur pulih, dapat cuti 1 hari... berehat di rumah saja, tapi rindu nak masak...

    BalasPadam
  10. Lady Ayu,
    selama ni tak pula sakit begini kecuali sekali dua masa belum kahwin dulu,

    doktor pun memang dah pesan kalau tak ada perubahan kena buat pemeriksaan lanjutan, setakat ini ok... mudah2an sihatla...

    BalasPadam
  11. Salam kak amie! get well soon ya insyaALlah semoga senang nak jalankan ibadat puasa masa2 akn dtg nii. nasik akak tu sedapnyerr! alahaiiii sume 2nak dibuat udang tu pun sedap! suke udang tapiiiii syg betul ank amsak udang hihihi

    BalasPadam
  12. Siannye kak.amie..alhamdulilah ada mr hubby yang prihatin jadi tukang urut...
    geramnye tengok udang tu...

    BalasPadam
  13. semoga k'amie cepat sembuh..take care ye kak...dr ada suspect sakit apa kak..tgk pada ubat potasium citrate tu...apa2 pun nasi ketumbar nmpk best!!

    BalasPadam
  14. Salam Kak Amie..cantik warna nasi ketumbar tu...bawak2 rehat ye kalau tak sihat...

    BalasPadam
  15. Ika,
    mudah2an sihat walafiat seperti sediakala adanya,
    udang tu opsyen je untuk menu kali ini...hi hi hi

    BalasPadam
  16. Ucu,
    alhamdulillah mr. hubby dari dulu hingga kini sentiasa prihatin, kesian juga tengok dia selalu susah payah untuk kakak dalam banyak hal....

    BalasPadam
  17. Ida,
    katanya macam ada jangkitan kuman berdasarkan kandungan asid dalam ujian urine, tapi tak dapat dipastikan sepenuhnya memandangkan kakak tengah 'cuti', dan mungkin urine tu tercampur benda lain,

    insya-Allah, Kak Amie akan segera sembuh.

    BalasPadam
  18. semoga cepat sembuh kak.. tak pernah makan nasi ketumbar tu.. tentu sedap.. mee goreng akak mmg nampak mengancam sgt.. rupa mcm mee goreng mamak.. mmg membuka selera dibuatnya..

    BalasPadam
  19. Kerull,
    campur sedikit pewarna supaya nampak sekata pada nasi tu,

    iye...kakak sedang berehat, kejap lagi ke dapur... he he hehh

    BalasPadam
  20. Hanis,
    memang sedap nasi ketumbar tu,

    memang buat mee goreng ala mamak untuk mr. hubby, tapi anak-anak pun nak juga,tak pandai jemu anak-beranak ni nak makan mee,

    rasanya dah cukup rehat, tidur & makan ubat, tenaga pun sudah terkumpul... tak sabar nak ke dapur...

    BalasPadam
  21. Kak Amie, please take care! rehat2kan badan. jgn buat kerja berat sangat ok. time ni lah peluang untuk berehat sementara. InsyaAllah, saya doakan akak terus sihat walafiat. amin.. :)

    BalasPadam
  22. salam amie...
    alahaii.. tak sihat pulak yer? jaga kesihatan & ubat jgn lupa mkn yer... semoga cepat semboh..

    re: rasanya betul lah yg amie bgtau tu.. buah sentul dlm bahasa betulnya.. yang madiha sebut tu ikut loghat atau bahasa org terengganu.. hehe.. almaklum.. dah terbiasa guna bahasa t'ganu sejak kecik...

    BalasPadam
  23. salam amie..
    lama maklong tak jenjalan kedapur amie.. tau2 sakit rupanya..
    semuga amie cepat sembuh ya.. dan bolen memasak untuk berbuka dan sahur macam biasa..

    BalasPadam
  24. Asmara,
    dapat cuti sakit 1 hari, duduk berehatlah di rumah, rupanya bukan badan yang letih tapi sebenarnya otak yang banyak berfikir.... macam2 tugasan di sekolah yang perlu diselesaikan, tambahan pula kita urus bahagian halehwal murid, mahu tak mahu kadang2 terbawa2 masalah murid dalam hidup kita... kesimpulannya, sakit t sebahagiannya datang akibat stress... syukurlah ada dapur... tempat curah segalanya...

    BalasPadam
  25. Madiha,
    insya-Allah Amie makan ubat pada masanya,

    lama sangat tak tengok buah sentol (dah berpuluh tahun) tapi sebab masa kecik2 dulu selalu bergayut di pokoknya, sekali pandang gambar tu terus teringat...

    BalasPadam
  26. Salam Maklong,
    Alhamdulillah Amie segera sembuh seperti biasa, dan memang tak sabar nak sediakan juadah berbuka puasa untuk keluarga....

    BalasPadam
  27. Salam Kak Amie..Rasanya belom terlambat lagi nak ucap Selamat Menyambut Ramadhan Almubarak dan selamat menjalani ibadah puasa buat akak sekeluarga....

    Nampaknya dah ramai yang cuba nasi ketumbar ni....Udang tu buat saya tergoda abissss...Nanti boleh cuba juga ni....

    Akhir kata semoga akak cepat sihat seperti sediakala..

    BalasPadam
  28. 1st time nmpk nasik warna hijau...

    harap akak copat sembuh yer...

    BalasPadam
  29. Moga kak amie cpt sihat, sdpnya tgk menu2 tu kak, byk idea nk masak kt sini

    BalasPadam
  30. Salam Sue,
    sama-samalah kita menyambut kedatangan bulan penuh keberkatan ini,

    memang ramai dah cuba masak masak nasi ketumbar, buatnya pun mudah cuba mesti ada daun ketumbar...

    BalasPadam
  31. Papa Mifz,
    inilah warna-warni dunia masakan, macam-macam ada,

    insya-Allah, akan segera sembuh sepenuhnya...

    BalasPadam
  32. Aju,
    alhamdulillah, sudah beransur sihat, cuma kepala agak pening sikit....

    itulah bestnya kita bw, banyak idea kalau nak masak kan....

    BalasPadam
  33. Amie, ummi pun ada sekali sekala kena senggugut teruk.
    Cantik warna nasi tu Amie

    BalasPadam
  34. Ummi,
    macam-macam penyakit orang perempuan ye,
    memang kita kena jaga kesihatan sepanjang waktu...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe