ADSENSE

Rabu, 24 Ogos 2011

Mufin Mr. Tan & Epal Bidara

Kelmarin petang, dalam perjalanan pulang dari sekolah, anak bongsu Amie tiba-tiba berkata:
-Mummy, boleh tak nanti buat mufin? Saya sudah janji dengan cikgu nak bagi esok.
+Haaaaa? (... agaknya masa tu mata Amie terbeliak memandang wajah si bongsu. )
-Saya tanya, cikgu suka makan mufinkah? Cikgu bilang, suka. Nanti mummy saya buatkan cikgu.
+Cikgu adik puasa tak? Siapa nama cikgu adik tu?
-Cikgu Tan, dia ajar kami Sains, Kemahiran Hidup dan Bahasa Melayu.
+Lelaki ke perempuan?
-Lelaki.

Bukan nak tahu jantina atau mata pelajaran apa yang diajar, puasa atau tidak, tapi sebenarnya memikirkan apa patut Amie lakukan. Tidak ada angin dan ribut, anak sudah berjanji dengan gurunya. Apa moralnya di sini? Apa alasan perlu diberi? Memandangkan ada nilai pengajaran di sebalik janji yang tersurat, maka janji mesti ditunaikan. Kata mesti dikota... itu yang Amie ingin terapkan dalam diri si bongsu. Amie pesan pada si bongsu:

Lain kali kalau sayang nak bagi cikgu apa-apa, bincang dulu dengan mummy ye... (bukan apa... tak berapa reti nak buat mufin....walaupun Mieza dah bagi A++)

Malam tadi sempatlah godek-godek tepung mufin pineapple mix, campur dengan tepung  lagi sebab terlalu manis. Oleh sebab nampak togel saja mufin itu, Amie bubuhlah hirisan ceri hijau, ceri merah dan juga nenas. Terfikir pula di kepala Amie, agaknya si bongsu gunakan strategi begini supaya Amie buat mufin sebab boleh katakan setiap petang balik dari sekolah dia ajak Amie buat mufin tapi Amie tak buat! Syukurlah ada cawan yang Mieza kirim tempohari. Terima kasih banyak-banyak ye Mieza, nampaknya cawan bersama isinya sudah pandai berjalan tau Mieza, ke rumah jiran dan juga ke tempat Mr. Tan!


Pagi tadi si bongsu dengan bangganya membawa 5 ketul mufin ke sekolah untuk gurunya. Bulan puasa woiiii...
Sampai di rumah pukul 3.20 petang tadi, terpandang taman yang masih terbengkalai. Tiba-tiba terpandang beberapa biji epal bidara yang bergantungan di celah daun...



Amie sangka bunganya belum mengeluarkan putik buah, rupanya selama ini tidak sedar sudah menjadi buah sebab di sebahagian dahan yang lain masih dipenuhi bunga. Teringat tahun lepas, suami terpaksa tebang pokok epal bidara ini kerana tumbang akibat hujan ribut seperti di bawah ini....



Terpaksalah dikorbankan separuh pokok sebab menimpa tingkap rumah. Harap tahun ini pokok epal bidara kesayangan kami ini akan terus berbuah lebat seperti tahun-tahun sebelumnya seperti di bawah ini.


Tahun lepas semasa balik raya di Selangor, bawa epal bidara sebab masa tu buah sudah matang. tahun ini tak dapat bawa balik kampung sebab baru mula berbuah.


Amie bawa ke sekolah... rupanya ramai yang baru tahu tentang buah epal bidara ini. Dapatlah setiap seorang sebiji atau dua ..... mana yang sempat ambil dapatlah, yang tak sempat tu tak dapatlah.....

8 ulasan:

dedetea berkata...

very nice,I like it

izahdaut berkata...

kak amie.. tu mcm epal yang jual tu ke? krup krap gitu ke? sedap nyerr.. tepi rumah je ada buah epal.. tak dapat nak imejin..

wahh mapinnn.. nanti kak amie try buat mapin coklat pula.simple je.. mapin coklat resepi mak lang azi. recomended!!

Papa Mifz berkata...

wah akak ado tanam pokok epal yer...best nyer...

Kak Rosaliza berkata...

muffin mr tan bestnya untung mr tan tu dprt mkn muffin hehe

Amie, aepal bidara tu buah dia ranggup dan berlendir sikit ke, akk rasa mcm ada jual kat rantau panjang .

lebatnya buah, suka tgk

Amie berkata...

Dedetea,
tq...


Izah,
epal bidara dik.... tapi rupanya macam epal hijau, memang rangup...

nanti kakak cuba bat mufin tu... he he hehh belajar sikit-sikit..

Amie berkata...

Papa Mifz,
ni epal dalamlag Rafeah Buang... nasi lemak buah bidara..


Kak Rosa,
memang epal tu ada jual di Rantau Panjang (kata kawan), dibuat jeruk...

Mieza berkata...

kak amie cayangggg..santeknyer muffin mr tan tu..siap deco dgn ceri lg..muffin vanilla ke kak? tak per kak kang abis muffin cup tu boleh dikirim lagi dr malaya ni..no prob :)

tapi epal bidara tu rasanya mcm mana kak? mcm epal hijau yg biasa tu juga ke mcm lain..rupa dah hampir sama..:)

Amie berkata...

Oooo Miezaaa ayang...
mufin tu pakai pineapple mix punya tepung... gara-gara si bongsu jadi beginilah Mieza... hi hiii

epal bidara ni rupa dia memang seakan epal hijau, tapi bijinya satu je, kalau tua/matang rasanya manis, rangup...setengah orang makan dengan kicap/buat rojak, setengah lagi dibuat jeruk... ada t jeruk buah bidara... kami tanam tahun pertama dah buah, lebatttt sangat buahnya...