Malam Ketupat

4:52 PG

Pernah dengar istilah malam ketupat? Malam ketupat merupakan amalan tradisi masyarakat Melayu Cocos menyambut malam ke 15 sempena berpuasa di bulan Ramadhan. Pada malam tersebut, biasanya mereka akan membawa ketupat  ke masjid dan akan bertukar-tukar ketupat selepas solat terawih sesama mereka. Isi ketupat terdiri daripada beras pulut, dan adakalanya diisi dengan kacang tanah, atau kacang hijau dan juga udang kering, dan ada juga yang kosong begitu sahaja.



Bentuk anyaman kelongsong ketupat sama saja dengan yang kita buat, cuma isinya sedikit berbeza dengan penambahan bahan. Hanya ketupat sahaja yang dibawa untuk ditukar, dan Amie buat sendiri sambal kacang di bawah ini untuk cicah dengan ketupat.


Bahan-bahan Sambal Kacang:

500 gram daging ayam - potong kecil-kecil
300 gram kacang tanah - goreng dan tumbuk (jangan sampai halus)
2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
1/2 sudu pati asam jawa - bancuh dengan sedikit air
3cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 sudu gula pasir
garam secukup rasa
minyak

Bahan kisar:
7 biji lada kering
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1.5cm belacan
2 batang serai
3cm halia
1.5cm lengkuas
1/2 sudu ketumbar
1/2 sudu jintan manis
1/2 sudu jintan putih

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar hingga pecah minyak.
2. Masukkan ayam dan gaul rata hingga layu.
3. Masukkan bancuhan air asam jawa, santan cair dan biarkan sehingga daging ayam empuk.
4. Masukkan kacang tanah dan perlahankan api. Masukkan pula santan pekat.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau sekali-segala.
6. Apabila kuah telah pekat, angkat dan hidangkan.

Jom....cicipi sedikit juadah malam ketupat!

20 comments

  1. ketupat sedap tu kak... ita dah lama tak makan hanya makan yang dalam plastik je.. huhuhuhsedihnya

    BalasPadam
  2. laaaa.... iye ke Ita, siannya...
    tak apalah dik, kebetulan di sini ada daun kelapa, nanti kakak balik raya ke selangor pun makan yang dalam plastik juga he heheh (biasanya tak dapat belu daun daun / pucuk kelapa muda)

    BalasPadam
  3. sedapnya kak ketupat...memang dah terasa2 je nak makan ketupat nih..saya pun suka ketupat pulut nih..memang best...nak buat sarung dia tak pandai...memang kena tunggu raya je baru dpt makan...hehhehe

    BalasPadam
  4. baru tahu ada malam ketupat, ingat tadi kak Amie nak kata makan ketupat. hehe..

    BalasPadam
  5. kak amie..kalau di kelantan, malam ketupat tu selalunya malam raya...sebab masa tu la semua org sibuk buat ketupat.mak nani selalu buat ketupat palas tp letak inti serunding daging...adus...mcm tak sabar dh nk balik...

    BalasPadam
  6. uniknya...baru tau ada ketupat letak inti.Macamana caranya ye?

    BalasPadam
  7. 1st time dengar istilah 'malam ketupat'... sy klu p beraya, tgk org jamu ketupat daun, otomatik selera terbangkit wlupun perut dah fulll.mesti jugak nak jamah sikit.tp klu ketupat plastik, senyum2 kamben je menolak hehehee

    camnelah agaknye mengisi intinye tu ye kak...?

    BalasPadam
  8. salam amie, bundo ni sejak haritu lagi nak dapatkan daun kelapa untuk buat ketupat. teringaaaat sangat nak makan ketupat. nampak kat sini ketupat lagilah teringat.
    bundo tak penah lagi rasa ketupat yang ada inti ni. sedap tak..

    BalasPadam
  9. uwaaa akak dah beraya ker???
    nak makan ketupat gak uwaaaaaaaa hentak kaki

    BalasPadam
  10. Assalam amie,
    wah dah ada ketupat ..!!!
    ada inti pulak dalamnya tu..
    kat sini malam ketupat malam raya ajeler..hehe..

    BalasPadam
  11. tak pulak tau amalan bertukar2 ketupat ni.. yelah.. mana nak tau sebab takde sedara mara kat sana.. hehe.. kalau kat sini kat negeri sembilan ada hari mantai.. iaitu hari membuat lemang sebelum puasa kalau tak silap.. kiranya buat lemang mcm dah nak raya ler gitu.. siap ngan rendang bagai lagi.. sekampong memantai.. seronokkan ada amalan tradisi gini.. meriah suasana kg...
    nampak sedap ketupat tu amie.. bertambah sedap dicicah ngan kuah kacang yg amie buat tu.. resepi amie lain sebab ada campuran rempah2 tu.. belum pernah rasa kuah kacang berempah..

    BalasPadam
  12. Quinnie,

    Ketupat ni orang kampung yang buat, ipar duai semua buat... Kak Amie tak sempat buat.


    Asmara,
    Kak Amie pun hanya tahu tentang malam ketupat setelah berkahwin, memang tak pernah dengar tradisi di tempat kita kan... di sini, orang Cocos je yang buat...


    Nani,
    tradisi Cocos memang malam ketupat sempena malam ke 15 berpuasa.

    BalasPadam
  13. Kasih,

    Kalau buat sarung ketupat Kak Amie pandai, kalau isi beras pun pandai, tapi yang isi benda-benda tu... tak pandai...


    Fiza,

    Kak Amie pun patutnya tahu nak isi intinyakan, tapi... tau makan je.. he hehehh


    Ibundo,

    bergantung kepada intinya kot, kalau udang kering memanglah sedap, dan ketupat tu pun direbus dengan santan bercampur garam...

    BalasPadam
  14. Lady Ayu,

    belum raya lagi dik! baru malam ketupat nih... he heheh


    Ayu,

    lain tempat lain tadisinyakan Ayu, itulah uniknya masyarakat Cocos ni...


    Madiha,

    memang tempat Amie sendiri pun tak ada amalan begini, tapi bestlah, dapat eratkan silaturrahim, lepas terawih, tukar2 ketupat di masjid,

    resepi sambal kacang tu memang sedap Madiha, sebab bahan yang digunakan tu bahan untuk buat sate...cukup lengkaplah!

    BalasPadam
  15. akak ni mcm tau2 je saya tgh mencari ketupat sepanjang bulan puasa ni...tapi masih tak dpt..sekarang tgk n3 ni saya terliur tau...huhu...

    BalasPadam
  16. Amie, ketupat tu ada inti ye, dah rasa macam raya dah ni Amie

    BalasPadam
  17. Wahida,
    cepat2 lap liur tu ye... he hehehhh


    Ummi,
    memang ada inti, tapi Amie sendiri tak tahu dan isi... hi hi hi

    BalasPadam
  18. nak buat pengakuan bertulis ni...
    ucu sampai dah tua bangka mcm ni pn tak reti2 nak ngayam ketupat lagi, tapi kalau disuruh makan yg ada inti ke takde ke semua akan ku balun sampai habis....hehehe...

    BalasPadam
  19. Ucu,
    yang bernama Ucu memang orangnya begitu... tolak batu & kayu je... hi hi hiiiii...

    BalasPadam
  20. kak amie cayanggggg...mieza suka ketupat..especially kan ketupat yang ada serunding kat dalam..alahaiiii sedap tak hengat dunia kak..pastu badan pun berangin sebab makan pulut..time mkn semua kesakitan tu dilupa..lps makan baru nak ingat..tak sabar nak balik makan ketupat serunding kat kelantan..syedapppppp

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe