Ayam Kari Hijau

10:08 PG

Assalamualaikum semua. Hari ini masuk hari kedua umat Islam berpuasa. Seperti kelmarin, jadual Amie tetap sama. Bangun 3 pagi bersama suami, suami masak nasi dan sediakan minuman panas , Amie sediakan lauk-pauk mana yang patut dan tepat 4 pagi suami  bangunkan anak-anak untuk bersahur. Amie masak Ayam Kari Hijau dan Sup Sayur Campur.



Bahan-bahan:
600 gram daging ayam - potong ikut suka
200ml santan pekat - boleh gunakan susu cair
3 biji kentang -potong 3
2 tangkai daun kari
1 sudu biji sawi
4 sudu serbuk kari daging
2 keping asam gelugur
3cm kulit kayu manis
3 biji buah pelaga hijau
3 kuntum bunga lawang
garam & gula
minyak

Bahan kisar:
10 biji lada hijau
2 labu bawang besar
7 biji bawang putih
10 biji lada hijau
2 batang serai
3cm halia
3cm lengkuas

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan daun kari dan serbuk kari serta asam gelugur.
3. Masukkan ayam. Biarkan seketika sehingga ayam layu.
4. Masukkan kentang dan santan.
5. Masukkan garam dan gula. Masak hingga daging ayam dan kentang empuk
6. Angkat dan hidangkan.

Kalau bersahur, biasanya Amie sediakan sedikit sup supaya aromanya turut membangkitkan selera makan anak-anak. Amie buat sup campur seperti di bawah.


Bahan-bahan:
10 ekor udang kertas
4 lobster ball - belah 2
4 Thai fish ball - belah 2
4 red floss ball - belah 2
sayur petola - hiris ikut suka
3cm halia - hiris
1/2 sudu teh lada putih -tumbuk
2 biji bawang putih - pecahkan
2 biji bawang merah - pecahkan
1 kiub pati ayam
350ml air
daun sup / daun bawang
bawang goreng

Cara:
1. Didihkan air.
2. Masukkan bawang putih, bawang merah, halia dan kiub pati ayam.
2. Masukkan Thai fish ball, red floss ball, lobster ball dan udang. Biarkan seketika.
3. Masukkan lada putih.
4. Angkat dan hidangkan bersama daun bawang, daun sup dan bawang goreng.

Waktu imsak juga seperti kelmarin, 4.32 pagi. Nampaknya selepas ini Amie boleh terus bersiap untuk pergi ke sekolah. Jumpa lagi.

29 comments

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. rajinnye sampai 2 jenis lauk...
    kalau ucu menu wajib masa sahur mesti kena ada ikan kering..

    BalasPadam
  3. bestnye bersahur di rumah kak amie..bersahur di rumah org bujang ni makan nasik goreng je..heheh...tapi sebab nak menambah selera tu, panaskan la jugak sup tulang...

    BalasPadam
  4. kalau saya sahur satu lauk je dah cukup..hehe..

    dasar pemalas kan...

    BalasPadam
  5. kari hijau tu ada sama dgn paste yg ada jual kat kedai???

    BalasPadam
  6. Ucu,
    he he he...nak tambat hati anak kecil supaya bangun sahur...

    BalasPadam
  7. Nani,
    nanti kalau dah berkeluarga, Nani pun kena buat juga macam kakak... terutama bila nak latih anak-anak kecil bangun sahur...

    BalasPadam
  8. Wahida,
    suami suka sahur yang ada sup, Kak Amie mana-mana pun jalan... he he he

    BalasPadam
  9. Kazaztan,
    memang ada kari paste hijau tapi belum pernah gunakan yang itu....

    BalasPadam
  10. Menu byk akak ms waktu sahur ek
    Ayu jrng mkn byk waktu sahur ni tataw nyapa
    Terlioq tgk

    BalasPadam
  11. kat rumah sahur lauk kering saja..

    awal betul akak bangun

    BalasPadam
  12. salam ramadhan juga dari ida k amie....sedapnyer kari ayam ijau tu...ida jarang msk pedas2 kak...sbb anak2 lum pandai mkn pedas2

    BalasPadam
  13. amie, nanti masak lebih sikit, ummi nak tumpang sahur, hik!

    BalasPadam
  14. wahh dua dua pun menarik tapi terliur sgt2 tengok sup tu udang2 tu mcm sedap je...

    selamat berpuasa kak amie dan keluarga...

    BalasPadam
  15. Lady Ayu,
    buka puasa tak makan nasi, sahur memang makan nasi....tu sebab ada lauk & sayur.

    BalasPadam
  16. Mama Ema,
    Kak Amie suka lauk kering tapi suami suka yang ada kuah,

    pukul 3 di sini kira pukul 4 lebih di sana...

    BalasPadam
  17. Salam Ramadhan Ida,
    kari ayam hijau ni tak berapa pedas, Kak Amie kalau tak pedas macam ada yang tak lengkap pulak... he he he

    BalasPadam
  18. Ummi,
    boleh.... dengan rasa seronoknya jemput datang sahur di rumah Amie!

    BalasPadam
  19. Hanis,
    memang biasanya 2 lauk...ikan atau ayam dengan sayur...

    BalasPadam
  20. kite suka kari hijau, tapi selalu beli pes yg dah siap. hehe.. selamat berpuasa kak Amie! :)

    BalasPadam
  21. Sedapnya kari...

    Salam Ramadhan tuk Amie n family...:)

    BalasPadam
  22. Assalamualaikum....berkunjung balas keblog saya. Sedapnya ayam kari hijau tu. Rasax nak cubaesuklah. Hari ni masak ayam masak merah je ngan sayuran.

    BalasPadam
  23. Asmara,
    nanti Kak Amie pun nak simpan stok pes kari hijau, senang nak masak, tak payah buang masa sedia bahannya kan....

    BalasPadam
  24. Cik Cek,
    kari memang sedapkan, aromanya mamp membangkitkan selera...

    BalasPadam
  25. Wah...sedapnya menu sahur tu...Mp biasanya buat satu lauk jer...anak2 asyik minta ayam goreng jer..

    p/s...selalu ambik rspi di dapur Amie ....terima kasih bnyak coz sudi brkngsi rspi...Mp ni jenis yg tak berapa reti bab memasak ni..

    BalasPadam
  26. Manis,
    macam-macam style masak kari.... macam-macam kita boleh cuba, kari memang best!

    BalasPadam
  27. MP,
    memang .... anak-anak Kak Amie pun suka sangat ayam goreng,

    silakan MP, ambillah mana-mana resepi yang digemari... memang wujudnya blog masakan ini untuk kongsi masak-memasak...

    BalasPadam
  28. wah 2 2 nampak sgt sodap....mmg sesuai di buat buka or sahur...terliur sudah...

    BalasPadam
  29. Papa Mifz,
    terlir lepas buka puasa takpe.... he hehehehhh

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe