Popia

9:36 PTG

Siapa suka popia? Jom masuk dapur Amie, kita minum petang.....


Oleh kerana balik awal sedikit, sebelum azan Asar sempat siapkan inti popia. Amie kena ikut selera anak-anak sebab merekalah pelanggan tetap Amie. Anak-anak memang tak suka makan sayur, jadi sia-sialah Amie masukkan sayur itu dan ini sebab waktu makan nanti, anak-anak keluarkan isinya. Baiklah jangan membazir. Mereka masih boleh terima lobak dan sengkuang, tapi bersyarat.... mesti bubuh jagung dan udang. Macam-macamlah selera anak-anak kita ye..... Oleh kerana popia merupakan makanan kegemaran anak-anak, Amie buat 50 keping saiz sederhana.



Bahan-bahan:
50 keping kulit popia saiz sederhana
sebiji telur
minyak
sos cili Thai

Bahan inti:
1 cawan udang - cincang
1 cawan isi ayam - cincang
1 tin jagung
2 biji lobak merah - hiris halus
2 biji sengkuang - hiris halus
3 biji bawang putih - hiris halus
1 sudu serbuk pati ikan bilis

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan goreng bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan ayam dan udang. Gaul sebati.
3. Masukkan lobak merah, sengkuang dan jagung.
4. Masukkan serbuk pati ikan bilis. Gaul hingga mesra.
5. Angkat bahan tumis dan masukkan ke dalam mangkuk penapis.
6. Biarkan seketika supaya kuahnya kering.
7. Letakkan inti di atas kulit popia. Lipat dan gulung. Lekatkan dengan putih telur di bahagian hujungnya.
8. Goreng hingga kekuningan / garing.
9. Angkat dan toskan minyaknya.
10. Hidangkan bersama sos cili Thai.

Seperti yang dijangkakan, masa menghabiskan popia bersama anak-anak tidak sampai pun 7 minit....licin selicin-licinnya!



Sesiapa yang suka makan popia, ambillah seberapa banyak yang anda suka. Memang sengaja buat lebih untuk para tamu yang sudi datang bertandang ke dapur Amie. Jangan balik dulu sebelum kenyang. Minum sekali di dapur Amie.... air kopi ada di atas tu, lemon tea ada di sebelah ni.....teh 'o' ada dekat popia tu.... he hehehhhh.... kalau tak minum panas, carilah sendiri air sejuk dalam peti ais tu....

20 comments

  1. Malam Amie

    baru tadi jenguk kat rumah Juwita ada popia,kat sini pun ada popia..bertambah terliur...mesti nk buat juga nie...nur kalau dh mkn popia tk cukup sikit mesti laju...tk hingat org belakang.

    BalasPadam
  2. 2 umah dah tayang menu popia ni
    x boley jadi esok kena bikin gak la....ayu suka letak sambal kat atas popia tue....sedap :)

    BalasPadam
  3. Nuridah,
    tak tahulah kenapa jadi hantu popia... sedapkan!

    BalasPadam
  4. Lady Ayu...
    buat...jangan tak buat dik, kang termimpi-mimpi pulak... he hehehh

    BalasPadam
  5. popia...sedap tu buat minum petang...
    kalau en somi suke popia basah...tapi yg goreng kalau dah ade mkn jugak...

    BalasPadam
  6. Ain,
    Kak Amie pun suka popia basah... tapi belum pernah buat,kena cari gur popia basah ni...

    BalasPadam
  7. Kami anak beranak mmg suka sgt popia :)

    saya ambik 5 biji popia ye dlm peti ais amie..hihi

    BalasPadam
  8. Assalam Kak Amie,sy pon suke sgt popia kak,sedapnya kak,nasib ptg tadi baru wat pai tee,inti pon lbh kurang sama,hehe..Nih sy amik 2 3 ketul ngan secawan teh ya kak..

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum akak..
    dianaaa dah datang nie akak... fav diana nie popia.. sedaaapnya tu akak.... dah lama x buat sendiri.. selalu beli jer kerja diana.. ehhehe.. meh nak ckit popia tu akak..

    BalasPadam
  10. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  11. salam Amie..Cm suka popia!!!selamat menyambut bulan puasa buat Amie sekeluarga semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun yang sebelumnya....

    BalasPadam
  12. suke makan popia...tak kira la goreng biasa je, popia basah ke, popia sira pedas ke...tapi tak suke buat! uwaaa! sape nk tolong buatkan??

    BalasPadam
  13. Kasih,
    sama2 suka popia ye...,

    cukup ke 5 ketoi tu makan anak beranak...ambillah banyak sikit...he hehehh

    BalasPadam
  14. Dana,
    ni ambil 2-3 ketul dengan secawan teh ni ... minum sorang-sorang ke... he hehehh

    BalasPadam
  15. MP,
    memang sedap, buatnya ambil masa... tapi time makan tak perlu banyak masa.. kih kih kih

    BalasPadam
  16. Diana,

    Kak Amie pun suka beli... tapi kalau buat sendiri...puas makan!

    BalasPadam
  17. Salam CM,
    terima kasih...selamat berpuasa sama, moga-moga tahun ini lebih mendapat barakah.....

    BalasPadam
  18. Nani,

    semua jenis popia ada ye... Kak Amie pun suka semuanya tu, tapi yang bersira dengan yang basah belum pernah buat.... beli je

    BalasPadam
  19. Pelanggan2 saya kat sini pun tak makan sayur. Kalau nak bagi makan popia goreng kulitnya je.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe