Nasi Jagung Ayam Ros Pandan

9:27 PTG

Assalamualaikum semua..... tengahari tadi sempat singgah di dapur Wattie Home Made sebab terbau Ayam Ros Pandan dari dapurnya. Oleh sebab cerita resepinya sungguh menarik hati, Amie pun berkira-kira untuk mencuba resepi yang katanya amat enak itu. Audit dari luar dokumen kualiti pun sudah datang pagi tadi, jadi bolehlah balik rumah sebelum pukul 3 petang. Sempat pesan dengan suami minta belikan ayam segar bahagian peha. Terbayang-bayang depan mata betapa lazatnya dapat masak ayam segar, terasa-rasa manisnya.....  Amie gandingkan Ayam Ros Pandan dengan Nasi Jagung yang Amie ubahsuai dari resepi asalnya dalam Majalah RASA keluaran Jun 2011.



Untuk resepi Ayam Ros Pandan bolehlah jenguk resepinya di dapur Wattie Home Made di SINI. Boleh juga terus menuntut ilmu dari pakarnya di Dapur Tanpa Sempadan CM Gebu di SINI dan juga daripada Kak Nor Secubit Garam di SINI. Terima kasih kepada semua sifu kerana telah menghasilkan resepi yang sangat sedap ini. Kena rajin buat bawang goreng sendirilah seperti kata Wattie supaya rasanya lebih lazat, wangi.... dengan aroma daun pandannya yang membangkitkan selera. Kepada tuan punya resepi, minta halal ye... dan Amie tolong sebarkan kerja amal yang baik ini untuk tatapan rakan-rakan yang lain.

Ayam Ros Pandan
Resepi Asal : CMG - Dapur Tanpa Sempadan
Sumber : Kak Nor - Secubit Garam

Bahan :
7 - 8 keping ayam (guna bahagian peha dan kepak, lagi sedap)
2 batang serai, dititik
2 helai daun limau purut
1 helai daun pandan, koyakkan dan simpul
1 cawan air
1 camca besar gula melaka
2 camca besar bawang goreng
Sedikit gula
Garam secukup rasa
1 batang kayu manis
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan.

Bahan kisar halus :
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 biji tomato merah
7 biji cili merah - Nur gunakan cili kering kisar
2 biji buah keras
1/2 inci halia
1/3 inci lengkuas
1 camca besar sos tomato


Cara Membuatnya :
1. Ayam dibersihkan, gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, kemudian goreng embal2 (lembap2 jangan garing sangat). Ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus bersama serai, daun pandan, daun limau purut dan kulit kayu manis hingga wangi dan garing.
3. Tuang air dan kacau rata.
4. Masukkan ayam tadi, gaul dan kecilkan api. Masak hingga pekat.
5. Tambah gula melaka, garam secukup rasa dan bawang goreng, kacau rata dan masak sekejap lagi hingga kelihatan sedikit kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
6. Hidangkan dengan taburan daun bawang dan bawang goreng..


Untuk Nasi Jagung pula Amie perturunkan resepinya di bawah ini.

Bahan-bahan:
4 cawan beras - cuci dan toskan airnya
1 tin jagung
200ml susu cair
150ml air
1 helai daun pandan
1 sudu makan serbuk pati ayam
100 gram minyak sapi
50 gram marjerin
sedikit pewarna kuning telur - jika suka

Bahan tumis:
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
1 labu bawang besar - cincang halus
3 biji bawang putih - cincang halus
1.5cm halia - hiris nipis

Cara:
1. Didihkan air dalam periuk pengukus.
2. Pada masa yang , sementara air mendidih, panaskan minyak sapi dan marjerin dalam kuali dan kemudian masukkan kesemua bahan tumis. Kacau dan tumis hingga naik bau.
2. Masukkan beras, jagung dan serbuk pati ayam serta pewarna dan gaul rata.
3. Masukkan susu cair dan air.
4. Kacau sekali-sekala sehingga beras kembang dan menjadi kering.
5. Pindahkan nasi yang telah kembang tadi ke dalam periuk pengukus.
6. Kukus selama 20 minit atau sehingga masak.
7. Hidangkan bersama Ayam Ros Pandan dan Acar Mentah.



Jom makan.... bismillah.....

20 comments

  1. sedapnya tgk menu nasi jagung akak ni...sungguh menyelarakan dgn ayam ros tu lagi...order 1 set kak yer...hehe

    BalasPadam
  2. Nieza,
    nampaknya Nieza langkah kanan malam ni....sebab dtg duluan...ada lagi sepinggan untuk Nieza... he heheheh

    BalasPadam
  3. suke tgk your cooking~ hehe inspiring~ hopefully one day i can be a good cook for my family..

    BalasPadam
  4. Assalam kak,uishh memalam singgah sini,udah terliur nih kak..Rajinya akak,selalu wat mcm2 jenis nasi..Ayam tuh pon nmpk sedap sgt,yerla mesti wangi jer kan..

    BalasPadam
  5. kak amie. sedapnya menu akak ni.. terliur tgk nanti leh la cuba plak..ba

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum akak amie...
    wah sedapnya set nasi tu akak... semua ada... tengok ayam tu mmg menyelerakan sekali ler akak... sedap sungguh...

    BalasPadam
  7. kat rumah dah lama tak beli ayam..sbb incik suami dah tak makan ayam...

    selalunya masak simple2 saja

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum Amie,
    Wuisshhh....cepatnya Amie buat projek ayam tu, akak juga yang mai lambat, gerenti dah tinggai bekas ni

    BalasPadam
  9. Aesh,
    insya-Allah....any one can cook...

    BalasPadam
  10. Dana,
    hari2 di kantin makan benda yg sama je... bosan, kena masak sendiri kalau nak makan, di sini mmg tak byk pilihan resepi mcm yg dijual di tempat kita...

    BalasPadam
  11. Juwita,
    jom... kita sama2 kongsi resepi, cuba mana yg berkenan...

    BalasPadam
  12. Diana,
    kelainannya ayam tu sbb ada bawang goreng yg dimasukkan bersama di akhir masakan.... sedap!

    BalasPadam
  13. Mama Ema,
    memang ada orang yg tak makan ayam, abang ipar amie pun tak makan ayam...

    BalasPadam
  14. Wattie,
    sedaplah ....hingga jilat jari, tang bawang goreng tu yang best

    BalasPadam
  15. Rumah saya, ayam kurang sikit. Kalau beli pun selalu buat goreng je..

    BalasPadam
  16. ummi tak pernah buat lagi nasi jagung ni, nampaak sedap sangat..

    BalasPadam
  17. Hazila,
    ayam goreng semua orang suka....anak2 lagi laaa...

    BalasPadam
  18. Ummi,
    kami sekeluarga suka sgt makan jagung, terutama anak2...kalau masak begini cepat licin!

    BalasPadam
  19. Ixora,
    memang sedap... tak tinggal sisa pun...licin!

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe