ADSENSE

Ahad, 31 Julai 2011

Nasi Ayam Saffron @ Zafran

Hari ini kebanyakan orang sibuk membeli-belah terutamanya untuk persiapan menyambut bulan puasa yang dijangka pada hari esok. Oleh kerana dari jendela rumah, Amie lihat kenderaan berjalan seperti semut, Amie tidak berhasrat untuk menyertainya. Mungkin malam nanti Amie bersama suami dan anak-anak akan keluar berbelanja serba sedikit. Sebenarnya persiapan untk bersahur telah sedia ada tetapi  sengaja bawa anak-anak supaya mereka boleh pilih sendiri makanan kegemaran (terutama jus bah-buahan) masing-masing memandangkan petang tadi kedengaran suara-suara gembira mereka sekiranya esok mula berpuasa. Moga-moga hari pertama berpuasa pada tahun ini yang bakal mereka lalui merupakan permulaan yang mengujakan bagi mereka. Cuaca yang panas berdebu pada hari ini juga membuatkan Amie merasa selesa di dalam rumah sahaja. Dapat jugalah hidangkan Nasi Ayam Saffron untuk keluarga.



Kali ini Amie masak nasi ayam dengan herba saffron. Selalunya Amie masak Nasi Ayam Hainan sebab lebih mudah, cepat dan tidak perlu banyak bahan. Teringin pula nak makan nasi ayam seperti di atas tu. Mesti ramai yang sudah biasa masak nasi ayam, tapi Amie turunkanlah juga resepi untuk nasi ayam hasil air tangan Amie.

Bahan-bahan:
500 gram beras - bersihkan dan toskan airnya
700 gram ayam - bahagian peha
secubit herba saffron - rendam dengan sedikit air panas
1 helai daun pandan
500ml air rebusan ayam
1 kiub pati ayam
3 biji bawang putih - hiris halus
3cm halia - hiris halus
3cmkulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
4 sudu marjerin

Bahan untuk perapan ayam:
1 sudu kicap pekat
1 sudu bawang putih  kisar
1 sudu halia kisar
1/2 sudu lada hitam - tumbuk
1/2 sudu garam
1 sudu madu
1 sudu minyak bijan
Gaul rata ayam bersama bahan pemerap di atas.

Bahan untuk sambal:
2 biji lada merah
5 biji cili padi
4 biji bawang putih
3cm halia
1 biji tomato
1 sudu gula
1/2 sudu teh garam
3 biji limau kasturi - ambil jusnya
Kisar semua bahan untuk sambal dan gaul bersama garam, gula dan jus limau kasturi

Bahan kicap:
Setelah ayam digoreng, ambil lebihan bahan pemerap dan tambah sedikit kicap, madu dan minyak bijan. Didihkan di atas api.

Bahan hiasan:
bawang goreng
hirisan daun sup
hirisan timun
hirisan tomato

Cara:
1. Perap ayam dengan bahan pemerap selama 1/2 jam. Ketepikan.
2. Masukkan air dalam periuk pengukus. Biarkan mendidih.
3. Panaskan marjerin dan tumis bawang putih, halia, daun pandan, kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang hingga wangi.
4. Masukkan air rebusan ayam dan kiub ayam. Biarkan mendidih.
5. Masukkan beras bersama  herba saffron yang direndam.
6. Kacau sekali sekala hingga beras kembang dan mengering.
7. Pindahkan nasi ke dalam periuk pengukus.
8. Kukus selama 15-20 minit.
9. Sementara menunggu nasi masak dalam kukusan, bolehlah goreng ayam yang diperap tadi.
10. Hidangkan nasi bersama ayam goreng, sambal, kicap dan bahan hiasan.



Marilah makan bersama....... Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak. Malam ini (kalau jadi) kita bangun sahur sama-sama ye....

16 ulasan:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ berkata...

mana nak carik saffron nie...
kena try carik kat supa...nak try rasa mcm mana ek

Amie berkata...

Ayu,
kena tanya tuan kedai, tapi tak semua kedai ada jual, kalau di sini dibungkus paket kecil... biasanya ada di kedai India...

rasanya biasa sajalah sebab herba ni tersangatlah halus & ringan... cuma ada sikit warna & bau

ainnoraini berkata...

nnt nak try la...untuk juadah berbuka puasa..

nak bukak blog amie mase lepas berbuka jer la...sebab nnt tergoda la pulak tengok semua masakan tu sedap2 jer...

mcm budak2 plk kan...hihihi...

Amie berkata...

Ain,
silakan untuk try.....

tak apa Ain, bila-bila masa boleh buka....memang dapur terbuka he hehehheee

IXORAROXI berkata...

Rajinnya Kak Amie ni, macam2 jenis Nasi dah dok buat.jeles saya

Kak Rosaliza berkata...

assalam amie, mengoda sunggu nasi ayam mu itu..sedap sanagt nampak tu, tentu anak2 suka. Akk awal2 lagi dah beli segala lauk pauk untuk puasa . Mmg dah agak, beli hari ahad mesti brg2 mahal n org ramaikan.

Selamat berpuasa buat amie dan famili

Amie berkata...

Ixora,
bila suka nak masak... sebenarnya entah apa-apa yang Kak Amie masak... he he heheh

Amie berkata...

Kak Rosa,

biasanya suami yang pergi beli, Amie tak sanggup nak bersesak-sesak, Amie tulis je apa barang yang diperlukan tapi kadang-kadang tu ada juga yang dia beli kita tak berkenan... he he he

sama-samalah kita semua berpuasa ye Kak Rosa...

Mieza berkata...

kak amie nak gi bersahur di sabah lah pg nanti..leh mkn nasi ayam ni..simpan kat mieza sepinggan ek :)selamat berpusa kak

Amie berkata...

Mieza,
Kak Amie cadangkan gini dik ....Mieza sahur di Tg. Malim...(waktu imsak lewat satu jam dari Sabah) buka puasa di Sabah..... he he he kami buka puasa awal tau...6.24 petang!

faridah nazurah berkata...

sedapnya. kalau tengok time2 puasa memang sah2 terliur. hish nak kena try resepi ni. sedap bebenor nampaknya :)

Juwita Jamaludin berkata...

salam kak .. ada nasi ayam.. saffron mahalkan kak.. berapa helai je dah mahal.. huhuhuuhu hari tu ada jumpa

Amie berkata...

Faridah,
boleh cuba, dipersilakan.... insya-Allah sedap!

Amie berkata...

Ita,
kawan kakak asyik cerita pasal saffron, tu sebab kakak pun berkenan gunakan herba tu.... guna sikit je...

nuwairani ismail berkata...

rajinnya kak amie masak nasik bertumis2 ni...

Amie berkata...

Nani,
agaknya dah biasa buat.... rasa mudah sebab sudah ada jadual/masa mnemasak...